Tuesday, 28 February 2012

Tanggungjawab kau ke aku ke kita?

Bismillahirrahmanir rahim...

Wah, dah berhabuk gamaknya blog ni ek. Lama dh x jenguk..x jenguk ke rasanya jenguk je tapi x berkesempatan nak meng'update' je sebenarnya.



Sem baru pun dah mula. So, insya Allah semangat mestilah diperbaharui.
Apa yg penting? Bukan kerjasama jawabnya.
Tapi niat kita belajar mestilah kena betul. Moga ilmu yg ana dpt kat sini dapat dikongsi dengan kalian di luar sana.

Hari tu ana blajar Dakwah. Subjek ni dlm bhsa arab. Mula2 rasa

 "ha dlm ba!". blh ke nk faham ni. "
Tapi alhamdulillah ustaz gunakan 2 bhsa iaitu bhsa inggeris & bhsa arab utk memudahkan kami memahaminya.

Rupa2nya subjek ni sgt menarik.

Nak tau kenapa?
Sebab kita ni la bakal meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yg terhenti sampai akhir hayat baginda dulu.

Kita ni kan ibarat produk keluaran islam jadi kena la tunjukkan akhlak yg baik. Zaman Rasulullah dulu pun org kafir ramai yg msuk islam sebab jatuh hati dgn akhlak baginda yg sgt cantik, tertarik mmg debom la kan.
Apa salahnya kita pun berbuat baik dgn org bukan islam.


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 
 (Surah An-Nahl,125)

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Mana la tau kan depa pun terbuka hati nak peluk islam bila tgk akhlak kita yg baik
Jgn pula kita jauhkan diri dari diorg
Mentang2 la depa ni kafir trus x nk pandang dh
Kalau boleh nk kwn dgn org islam je
x blh la mcm tu
nnti diorg x dpt gambaran yg jelas pasal agama kita
tu yg kluar islam ni terrorism la itu la ini la
padahal agama kita dh ckup baik da
cara nak perkenalkan je x brapa betul sikit

Nak tau x kenapa Allah ciptakan kita semua ni lain-lain agama?
Kalau ikutkan Allah boleh je jadikan semua makhluk yg ada kat muka bumi ni jadi Islam
Cuba korang fikir kenapa ada orang cina, india, kristian semua tu
Sebab Allah nak tolong org Islam dpt pahala lebih dgn menyebarkan dakwah kpd mereka


Jadi persoalannya sekarang, tanggungjawab siapa pula ni yg nak sebarkan dakwah?

Ustaz dgn para ulama la yg layak...
mungkin itu jawapan korang
tet...jawapan anda salah sila cuba lagi..

Dlm surah Ali Imran,104 Allah dah kata:



Maksudnya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Ha...dh jelas kan.Kena ada juga sebahagian daripada kita yg bljar agama utk meneruskan misi ni. Jadi sebarkan dakwah tu dah jadi tanggungjawab kita. Jangan fikir org tua alim ulama je kena tau bnda ni org muda lagi pnting dan diperlukan to spread the deen around the world.

Rasulullah pernah bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Nak sebarkan dakwah ni kena ada ilmu. Ustaz ckp klau x de ilmu nnti jd fahaman sesat lg payah jadinya.
 Anak2 muda kat luar sana
Jgn tau dok merempit je dgn 'sweet' girl tu 'sweet' girl ni 
x ada faedah langsung
itu la yg korg suka buat kan
tp para pembaca blog ni insya Allah semua baik2 belaka

lepas ni ubah perspektif okey
drpd melepak kat tepi jln tu baik lepak kat masjid
at least dpt belajar ilmu agama

 Jadi, jom kita tolong Allah sebarkan agama-Nya
Insya Allah pasti akan tolong kita balik
Percaya lah...


Akhir kalam, mari kita sama2 menjadi hamba yg sentiasa perbaiki diri dari hari ke hari...

Wallahua'alam.
 

Friday, 10 February 2012

Syafaat Baginda yg kt terlepas pandang....

Assalamualaikum wbt...

Kt masih lg dlm mood maulidur rasul kan...
So apa kata ambil masa skit selawat ke ats baginda SAW

Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim
Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim
Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim



 Meh, nk share smthing dgn hangpa...

Ari tu ana ada dgr tazkirah kat tv..
Ustaz ni ada bgtau ssuatu yg kt dh tau tp mgkin kt tlpas pndang kot.
Ana pun mcm tu gak..
xpe lpas ni kt sama2 cba ikut snnah  baginda kay..

tau x lpas azan kt dgalakkan mbca slawat ke atas baginda..
jgn trus bc doa lpas azan
dpt gmbarkan x?
x dpt..x pa ana trangkan bg jlas skit na..

smbil2 kt jwb azan tu
katakanlah azan dh smpai ke phujungnya..
allahu akbar allahu akbar
lailahaillallah...

trus bc allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..
then. baru baca doa lpas azan.
ingt x doa tu?
 ini doanya bg sesiapa yg lupa mahupun x tau






Maksudnya:"Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

 Jd lpas ni cuba amalkan ye...moga Rasulullah akan mbri syafaat kpd kita umat akhir zaman ni...

Wednesday, 25 January 2012

Perginya pemuda idaman islam...

Bismillahirrahmanir rahim...

Terasa berat jari ni utk menaip post kali ini. Tp saya gagahkan jua utk bkgsi ssuatu yg bmkna utk kalian. Moga dpt ambil iktibar.

Tanggal 23 jan yg lalu stelah mndpt brita drpd Pak Ngah, saya tsntap.Bgaikan x pcaya yg Along dh x de. Slepas Asar saya skluarga bgegas mnuju ke Hospital Serdang utk mlihat jnazah. Stelah post-mortem dlakukan, pihak hspital mbnarkan kluarga tdekat utk mlihat wjah arwah.

Along...
wajah Along tenang je walaupun ada lebam skit kat pipi.Lpas tu, jnazah Along dmndikan. Along tau x rmai sgt kwn2 Along yg mnunggu dr ptg smpai la Along siap utk dbwa plg ke kampung slepas Isyak.



Bila smpai kat dpan masjid dkat dgn rmh Along, ramai sgt org kampung dh stia mnnti jnazah Along utk dsmbahyangkan. Smua org kampung x sabar nk solatkan jenazah ank muda yg hatinya sntiasa dekat dgn msjid mcm Along.
Solat 5 waktu Along smua kat msjid smpai nama Along pun dknali ramai. Along sgt mjga hbgan dgn Allah apatah lg hbgn dgn mnusia..Along jg sllu bgun mlm utk bmnajat pd Kekasih yg Satu krana Along rasa wktu siang sbuk dgn urusan dnia sbb tu Along pilih di spertiga mlm utk btmu Allah. Tp kini Along sdh slmat kmbali ke sisiNya..

Btol la pepatah dulu ada mngatakan "harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama". Rmai org mnyebut yg Along ni org nya baik. Aie x nafikan Along memang ank yg baik, abg yg baik, pkerja yg baik lg AMANAH, shbt yg baik. Sbb tu ramai yg snang dgn prangai Along.

Lpas Along dsmbhyangkan, jnazah Along dbwa ke rmah sbb adik2 prempuan Along nk tgk wjah Along buat kali terakhir. Nenek pun nk tgk jg wajah Along.Adik2 Along dh teresak2, ada smpai nk pitam.Ibu Along cba kuatkan diri utk ank2 prmpuan dia.

Saudara mara dan shbat handai gagahkan diri utk mgucup Along sblm dkbumikan. Darah di telinga Along x bhnti2 mngalir persis org yg mati syahid yg darahnya sntiasa mengalir.

Stelah jnazah Along dtutup, Iji x dpt menahan sebak. Dia trus peluk adik2 & kakak dia. Tggjwab Along kini tlah jtuh ats bahu dia. Dia yg bakal mlndungi kluarga ni. Dia jg akn mgganti posisi Along sbg hrpan kluarga.
Ayh Along redha walaupun berat utk mnrima kenyataan yg Along dh pergi buat slama2nya.

Along tau x spjg nk mnguruskan pngbumian Along, smuanya bjln lancar. Traffic light smua hijau. Kereta pun x bnyk.Org kata kalau org baik mmg mudah je nk uruskan.

Along...
Jdoh Along x ksampaian d dnia, tp Aie yakin yg Allah dh siapkan bdadari syurga utk menymbut kpulangan Along yakni pmuda idaman Islam yg drindui oleh bdadari2 syurgawi slama ni.

Along...
Aie sntiasa doakan moga Allah tmpatkan Along dlm kalangan mreka yg briman dan beramal soleh. Sekarang ni Allah nk ambil nyawa org2 yg baik je. Nnti smpai suatu ktika tggal la org yg jahil kat dnia ni. Waktu tu x tau la apa yg jd.

Perginya Along mbri impak yg sgt bsar dlm hdup Aie.x dpt dnafikan Aie trut rasa tmpias ksdihan kluarga Along. Kesedihan itu ftrah jwa x mngapa utk mnangis seketika sbg 1 smber kkuatan d masa hdpan.

Yg dh pergi ttap prgi.Kt yg hdup prlu truskan pjuangan agama yg blum slesai. Along telah pergi, pergi bsama doaku. Along tggu d sana, pasti Aie akan menyusul nnti.

Buat spupuku Iji...
Tbah & kuatlah utk menggalas amanah Along.Bjuanglah agar Along tsenyum gmbira di Barzakh sana. Sedekahkanlah al-Fatihah dan al-Mulk biar sungai pahala trus mngalir utk arwah selamanya.

Ingatlah Iji,
Dulu kamu berdua btmu utk bpisah. Kini kamu berdua bpisah utk btemu.
Ikutlah jejak langkah Alongmu yg x jmu mperbaiki kualiti ibadah sbg hmba.
Beribadahlah shgga kau rasa letih utk mrasa sedih
Andai ksdihan dtg btamu, bwudhuklah dan tataplah kitab suci itu serta dirikanlah solat.
Solat itu 1 kerehatan.
Rasulullah sdri bila sdih, diluahkan apa yg tbuku d hati pd Ilahi.

Mati itu PASTI hdup INSYA ALLAH...
Maut itu x mngenal usia..
xcdent hnya pnyebab shja kpd kmatian..
Hakikatnya nama Along yg trukir d daun syurga tlah gugur smlm utk diambil nyawa dan kmbali kpd Sang Pencipta.
Along jg smpat bpesan 3 hari sblm arwah mninggal utk wanita khususnya  TUTUPLAH AURAT KALIAN... Insya Allah Along adik2 prmpuan Along smua btudung dgn 'TUDUNG YG SEBENAR2NYA'. Mereka x akan mnarik Along ke dlm neraka.

Along..
Moga kau tenang di sana..

Al-Fatihah buat Muhammad Basir Hair...


Monday, 23 January 2012

Ada Apa Dengan Cinta?

Bismillahirrahmanir rahim...

Lama beno rasanya ana x update blog ni. Maklum la baru lepas habis exam. Ini baru dapat idea utk mnulis tajuk yg baru.

Cinta? Ana pasti tajuk ni memang jadi favourite para remaja. Biasa la tu dh mningkat ke alam lbih dwasa ni prasaan tu akan lbih kerap tmbul. So kita kena la pandai kawal supaya ianya x tsasar dr landasan yg spatutnya.



Cinta mnurut perspektif Islam ialah satu perasaan yang merupakan kurniaan agung daripada Allah kepada hamba2Nya. 

Pandangan Umar AL-Khattab ttg cinta : "Cinta adalah sesuatu yang tak mungkin dibendung", cinta adalah fitrah manusia, pengurusan cinta yang tak betul akan menjadikan fitrah ini fitnah..

Sebab itu Allah tak marah kita kalau bercinta kena pd caranya kerana perasaan itu adalah fitrah. Jadi kita kena jaga fitrah itu supaya x menjadi fitnah.

Jom kita hayati ayat Allah berkenaan cinta...


 
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Ar-Rum,21)

Itulah cinta yg plg best n pnuh keberkatan iaitu cnta pada suami or istri. Kpd lelaki2 di luar sana kalau sblm khwin hangpa dah brani nk mnta touch skit itu mmg x layak la nk dbuat suami. 

Bak kata Akhi Hilal Asyraf kalau kt cntakan seseorg kt akn bw dia menuju Allah. Jgn katakan sntuh nk pdg dia pun kt x brani sbb prasaan cnta yg ada sdh bpksikan syariat dan undg2 yg Allah dh tetapkan.

Sbg lelaki kenalah penuhkan diri dgn ilmu agama. Kalau hangpa nak tau skang ni ramai mak mrtua yg bkenan kat teruna yg beriman ni utk djadikan calon suami utk anak depa. Apa lagi jom la PAKAT JADI BAIK, JADI SOLEH.

Cuba bygkan kalau kt dtg rmh awek kt tetiba mak dia suruh, "Zaki, sat lagi hang jadi imam na. Teringin mak cik nak dengaq bacaan ayat Quran dari mulut hang." Ah sudah. Time tu la cuak giler. Bentang sejadah pun terbalik, arah kiblat pun entah ke mana. Pak mrtua pun tgk lain mcm je. Malu kot. Tp berkenan kat anak dia ilmu agama zero. Ya syabbab, jgn jmu utk tmbah ilmu sbb awak tu bakal pmimpin.

Pmimpin pd istri
Pmimpin pd anak2
Pmimpin pd kluarga


Bila ek cnta tu dtg? Ha tu yg kt x tau tu. Kadang2 tu dtg dgn tiba2 tnpa dpinta. Kt pun pelik. Betul ke ini cinta or its just a trick to make us going crazy and not realize the satan' game. Naudzubillahi min zalik..

Selalunya prasaan itu akn menjerat kt. Tu yg dh pndai nk couple sgala bagai. Itu la unsur yg mngotorkan prasaan cnta shgga ia mjd JIJIK utk dbahaskan. Tlglah....jaga prasaan yg Allah dh bg tu sebaik2nya. Jgn cemarinya dgn bnda2 yg x spatutnya shgga tjrumus ke lmbah mksiat.

Kalau dh x tahan sgt, dh puasa pun x dpt nk bndung prasaan tu, pi hantaq rmbongan meminang. Cthnya: Abu ni tpdg Minah. Dah berkenan. Kalau gtu la prasaannya pi msuk mminang trus. Bcnta pas khwin lg best. Dah la best berkat plak tu. x de istilah dosa dh. Smuanya halal.Nk kluar pgang tgn...nk dduk bduaan...nk rndu2an..Dah jadi pahala smua tu.Klau sblm khwin kt buat bnda2 di atas free aje dpt dosa.

Bak kata Ustaz Syed khwin pas khwin tu mmg best giler.x caya cuba try test.Memang nkmat x thgga ble kt lksanakan ibadah tu krana Allah. Khwin jg mrupakan salah 1 jln utk kt pbaiki kualiti ibadah kt yg lain stelah mdpt ktenangan hati & jiwa.

Nak share ni...lelaki yg btul2 gntleman kalau dia btul2 srius nk kan pmpuan tu mmang trus g jmpa parents pmpuan tu n nk khwin cpat sbb x nk tlibat dlm dosa scra pcuma.

Katakanlah dh btunang..korg ingt blh usung tunang korang tu ke hulur ke hilir ke..bw tgk wayang la...kluar mkn la..mmg la x buat apa2.but rmember yg korg tu ttap blm ada ikatan yg sah dgn tunang korang as long as korg x lafazkan lg ijab kabul tu.



"kita org nk bli brg nikah la..kena la selalu kluar.."

weh der! Kalau nk cari brg nikah bw la mahram tunang korang sama..adik ke kakak ke abg ke.. plg bgus bw mak ayah dia.ADA BERANI KA? Even korg dh btunang but ikatan tu ttap x mhalalkan phbungan korg. Apa2 pun matlamat x mhalalkan cara. Rmmber this yeah!

"Blh abg pgang tgn ayg? Kt kan dah tunang x lama lg nk khwin..." yg pmpuan pun dgn murah hati nya bagi la pgang. Wahai perempuan! Bertegaslah dlm mempertahankan maruah korang. Jgn murah sgt. Lelaki ckp skit mcm tu dh layu lmah kpala ltut sgala bagai. "Wah, lmbutnya tgn ayg. Pakai losyen apa ni?" Mula2 pgang tgn pas tu dh lbih2 tu yg  menuju ke arah pzinaan shgga lahirlah bayi2 yg x diingini. Naudzubillah...

Ya Ikhwanul Kareem...
Hadirnya kalian utk mlndungi kaum Hawa bkn memusnahkan mereka. Rasulullah SAW dh mengangkat tggi mrtabat wnita suatu ktika dhulu. Jgnlah kalian dgn mudahnya mjtuhkan mreka yg lmah x bdaya tu.

Buat adik2 yg msih d bangku sekolah, KEJAR CITA2 DULU BARU KEJAR CINTA...Ckuplah cnta Allah utk adik2 buat masa ni.

Firman Allah SWT:

 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali Imran,31)

Ingt x masa kecik2 dulu kt ada nyanyi

satu satu syg2 Allah
dua dua syg Rasulullah
tiga tiga syg ibu ayh
satu dua tiga syg smuanya...

akhir kalam, kalau rasa cnta mnyelubungi diri pliharalah ia dgn syariat Islam. Agama kt agama yg mulia..Bgitu jg prasaan yg lahir tnpa dpinta itu. Apa2 pun jom kita  nilai blik diri kita..muhasabah diri...perbaiki diri dan akhirnya psiapkan diri utk masa depan..Ana pun dlm proses mentarbiahkan diri. Bukan snang nk lwan nfsu. Itulah jihad plg bsar. Moga Allah pmudahkan sgala urusan yg mlibatkan prasaan ni...

Monday, 2 January 2012

Wahai remaja yg disayangi...

Bismillahirrahmanir rahim...

Assalamualaikum wbt...

Apa habaq semua? Ana agak kpenatan gak ari ni slpas join program yg bnyk manfaatnya slma 2 hari. Kekangan masa n study ana tgguhkan sktika sbb nk kgsi mutiara yg amat bhrga dgn korg. Pejam celik pejam celik dh msuk thn 2012. Rasa mcm baru je 2011 tup..tup dh msuk thn baru..Tahu x 31 dec bru2 ni ada mcm2 program mnymbut thn bru yg diadakan utk para rmaja & belia di sekitar Kuala Lumpur. Semuanya brusaha utk mmbuat program blndaskan syariat demi memelihara remaja kita dr terjerumus ke lembah zina. Harapnya tiada lg kes pmbuangan bayi thn ini..



Ana nak kgsi skit ilmu yg ana dpt spjg program

Saat remaja di luar sana menantikan percikan bunga api smpena thn baru, kami di Dewan Muktamar berhmpun dduk dlm mjlis ilmu yg dpengrusikan oleh Fedtri Yahya. 

Dia ada bgtau kat ktorg bru2 ni dia g msjid. Pas tu ada sgolongan ank2 muda ni duk kat tpi msjid. 

FY: Adik2 knapa x pergi solat.
 Bdk2: x pe la bang. Nanti kesian kat Allah. Dia dh cpta neraka klau smua solat sape yg nk duk dlm tu.
Astaghfirullahalazim..x pernah ana dgr jwpn yg brani mati mcm tu. Ada ke patut ckp mcm tu. Ank2 muda skrg makin luar biasa prangainya. Tau x korg prkara ptama yg Allah hisab kat pdg Mahsyar nnti adalah solat. Solat kan tiang agama kalau x solat runtuhlah agama korg.

Kalau mcm ni blh x...

A:Knapa jd pjenayah? Kan bnyk lg pilihan yg lbih baik.
B: Kesian la kat polis. Kalau x de pjnayah, sape yg nak duk dlm lokap tu.

Fikir2kanlah...korg nk jd pjnayah pd agama korg sdri ke?tpuk dada tnya iman klau ianya msih berbaki dlm diri tu.

Bila sesi dgn u. Zahazan Mohamad...


bnyk sgt ilmu yg ustz kgsikan..

Kata beliau, kita ni ank2 yg hdup & mbesar dgn zaman tknologi. So, lbih tdedah dgn pngaruh ngatif yg mmpu mbri ksan yg bsar dlm hdup kt. 

Buat ibu bapa kna la ddik ank2 mngikut zaman mreka.
Tp itu x bmkna 100% zman ank2 itu dlhirkan kt kna ikut.
Apa yg pntg pastikan agama Islam jd ASAS UTAMA.

Pmakanan pun ibu bapa kna pntau jg. Pastikan ianya halal.
Kenapa?Apa kaitan mknan dgn prangai ank2 kita?
Dr mknan la tbntuk prangai ank2 kita. Kalau dtg dr smber yg halal lg baik,
insya Allah baik la prangai ank2 kt.mknan kan mngalir dlm tbuh kt.Klau haram
x elok la bnda yg mngalir dlm tbuh tu,itu yg kluar mcm2 fi'il pelik lg ssh nk kawal.

Ya أبناء(ank2 lelaki)  wa بنات(ank2 perempuan)...
ingatlah kt kna bbuat baik dgn ibu bapa kt. Jaga maruah diri, kluarga & agama sbaik mngkin. Kalau akadmik kt krg x apa. Asalkan kt x buat parents kt mnderita dgn prangai yg bakal memalukan mreka.

Maklumlah, remaja skrg tlbih advance dlm pkara yg ke arah lelaki & prmpuan ni. Baru tgktan 1 dah pndai nk bcouple sgla bgai. Tlonglah adik2...kesian kat mak ayh kt. Depa htr kt g sekolah utk mnuntut ilmu bkn nk bcnta. Itu smua mbazir masa. x de faedah apa pun.

Ingtlah...couple la step ptama ke arah zina. Jadi, jauhkan diri anda dgn bdaya couple. Kalau anda org yg BIJAK, maka JAUHILAH ZINA.

Kata ustz lg, kalau nk jd kaya, berusahalah mendapatkan hidayah Allah sebab hidayah Allah x de nya nk dtg bergolek dgn riang rianya dpan mata kt. Mana ada bnda yg mdh dlm dunia ni tnpa usaha. Nak bjaya pun kna study dulu bru blh dpt. (ana pun tgh tspit antra masa ni, final rabu ni dh mula. Mohon doa kalian.)

Mcm mana nk dptkan hidayah Allah tu:
1. rajin2 la pergi surau/masjid especially time Subuh (utk syabbab khususnya)
2.sllu baca Al-Quran itu la tman plg sjati.Ambil pngajaran dr kisah2 yg ada
3.Last but not least, pilih kwan yg betul yakni yg mmpu bw kt ke jln kbaikan
sbb mreka mbwa ksan yg sgt bsar dlm hdup kt.
Baik kwn kt maka baiklah peribadi kt.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Hargailah iman yg  Allah dh kurniakan pd kt. Bila iman dh pergi jauh dr kt ianya x kan dtg blik. So, kwn2 ptahankan iman kt. Bg pluang kat iman tu utk sntiasa tmbuh & kmbang mekar dlm hati kt.

Kt ni produk kpd agama kt. Pergi mana2 kt bw imej islam. Scra x lngsung kt sdh bgelar pendakwah utk smpaikan msej kpd org kat luar sana tu. Tggjwab kt skang sgt la besar.

Apa yg bsaq sgt tu?

Kt kena,mesti dan wajib kembalikan Islam pd tempatnya memandangkan ngra kt ni hmpir
pupus dgn nilai2 agama yg Rasulullah dh sebarkan dulu.

Ya ikhwan wa akhawat bangkitlah kalian!!!
Agama Islam memerlukan kt
Agama Islam menanti kt
Agama Islam mhrapkan kt

Tepat 12 mlm rmaja lain truja dgn prcikan bnga api, kami dgn pnuh smangat melafazkan ikrar jnji
jnji pd dri sdri,pd agma & pd Ilahi

 barisan fasi yg bkpimpinan mngendalikan program ni



Rasa brgetar jiwa ini saat mlfazkan ikrar yg ckup berat utk dlksanakan amanat d dlmnya.
Kmudian IM Najdi mengetuai alunan selawat beramai2.
Inilah hburan yg dnantikan oleh rmaja islam.
Ckup menenangkan jiwa
Ckup mdamaikan...


 
Keeseokannya pula,(ceh, dh mcm buat karangan time sekolah rendah dulu)  IM Hasan ada berpesan slpas sempat qiyamulail bsama beliau & solat sbuh bjemaah...


Dh msuk thn baru ni, ubah diri jd lbih baik. Yg pntg jd diri sdri. Jgn tiru org lain. Kut la kome minat beno dgn Justin Bibir (IM sbut gitu) jgn la smpai rmbut pun ikut dia.
Plg pnting, ltakkan agma kt dkat atas skali. x kisah lah dlm urusan apa pun, dahulukan agama. Tukar skit slogan...

Agama Islam didahulukan, urusan dunia diutamakan 

Rajin2 la tuntut ilmu..

Dlm satu rwayat yg mngatakan :

“Sesiapa mahukan dunia, mestilah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, mestilah dengan ilmu. Dan sesiapa mahukan kedua2nya mestilah dengan ilmu."

Jadi kt kena psiapkan diri dgn ilmu sckupnya utk mhdpi
msuh2 Islam pd masa akan dtg..

Then, kita org kena lari smpai ke Tmn Tasik Perdana utk spread the latest event ni kat org rmai. Biaq depa smua tau yg rmaja muslim masih ada lg dan akan trus btmbah dr hari ke hari. Insya Allah zaman itu akn kmbali x lama lg..






 Harapan ana, moga program mcm ni akan ada bnyk lg utk mbntuk & mbimbing rmaja kt spya dkat dgn Allah, dekat dgn Islam..klau hjg thn lpas dlm lgkungan 1000 lbih moga phjg thn ni bakal mcecah puluhan ribu. Jom serbu Dataran Merdeka pula....

kita mahukan apa?
bjihad or mnjadi jahat?
bmjahadah or mhsap dadah?
Merempit ke syurga or merempit di jalanan?
You choose...

Program hmpunan 1000 jiwa 1 hati mmg TERBAIK!!!

Sunday, 25 December 2011

Istikharah Cinta: 7 Julai...

SHAM IZWANI leka memerhatikan buku-buka agama yang berada di Popular itu. Di tangannya sudah ada buku yang dicari tapi hatinya tidak mahu pulang lagi. Tanpa disedari tubuhnya dilanggar seseorang sehingga terlepas buku yang berada dalam pegangannya.

     "Maaf, saya tak sengaja." Haris Najmi berasa serba salah. Matanya kini terpaku pada insan yang berada di hadapannya. Semuanya serba hitam. Tudung besar bidang 60 hitam, blaus labuh hitam, kain hitam, niqabnya hitam,sandal dan stokin juga bewarna hitam. Hanya satu yang paling menyerlah iaitu perempuan itu memiliki sepasang mata biru laut yang cukup cantik. Orang Arab mungkin.
     "Asif jiddan." Haris mengulang kembali perkataan maaf dalam bahasa Arab. Sham terkedu kerana insan yang selama ini hanya berada dalam doanya kini sudah berada di hadapannya.
     "Ris..." Hanya itu yang terlafaz di sebalik purdahnya. Sangat perlahan tapi sudah cukup utk smpai ke pendengaran Haris.
     "How do you know my name?" Aku pernah jumpa kat mana-mana ke?
     "Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu." Sham terlebih bijak menutup malu. Tangannya dilekap ke telinga seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang dan berlalu meninggalkan Haris.

    Ceh, dia bukan cakap dengan aku ke! Malunya ya Allah. Haris mengetuk perlahan kepalanya. Tapi bahasa yang aku dengar tadi bukan bahasa Arab maknanya dia orang Melayu la. Tapi mata dia warna biru. Pakai lens kot.
    Haris baru tersedar buku perempuan tadi ada di tangannya. Allah! Macam mana boleh lupa nak bagi ni. Kepalanya dipusingkan 360 darjah untuk mencari kelibat perempuan tadi tapi tiada. Akhirnya dia membawa buku itu ke kaunter pembayaran. Kalau jumpa lagi boleh bagi pada dia.
    Sham melajukan langkahnya meninggalkan kedai buku itu. Ya Allah dia benar-benar berada di hadapanku kini. Dia dah habis belajar kat Cairo ke?


BUKU Bawalah Hatimu Kepada Tuhan kepunyaan insan yang tidak diketahui namanya itu diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya.

     Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia. Penampilan yang sangat berbeza dengan orang lain. Purdah yang menutupi wajahnya juga lain dari yang lain. Selalunya kalau perempuan Malaysia nak pakai purdah guna kain yang lain tapi warna yang sama. Dia tak. Purdahnya dari kain bidang tudung yang sama juga. Paling tak boleh lupa, mata dia. Kenapa aku rasa familiar sangat dengan mata tu?
     Sony Ericsson W20 yang mendengdangkan For The Rest of My Life melenyapkan segala kekusutan yang melanda dalam benaknya.

    "Assalamualaikum akhi. Apa cerita sejak jejak Tanah Melayu ni? Senyap je." Haris mengeluh perlahan.
    "Kenapa ni Haris? Macam ada masalah besar je. Ce cite dengan aku." Pali di hujung talian setia menanti.
    "Jom keluar weh. Nanti aku cerita kat kau."
    "Woi, kau ingat Penang dengan Puchong ni dekat sangat ke?" Apa kena dengan kawan aku ni. Tak sampai seminggu sampai tanah air jadi mereng ni apa hal?

    Haris menepuk dahinya. "Sorry der. Aku lupa bagi tahu kau yang aku ada kat KL sekarang. Aku duduk rumah abang aku. Umi dengan ayah aku pun ada dekat sini. So aku memang tak balik Penang lagi."

    "Tu la kau. Lain kali habaq awal-awal. Tak de menyusahkan orang. Nak jumpa kat mana ni?"
    "Jom lepak kat Sate Kajang. Tak jauh sangat kan dengan rumah kau."
    "Okey. Dalam setengah jam lagi aku sampai." Talian dimatikan. Masing-masing bersiap untuk date. No dating with women before akad. Dengan kawan sejantina boleh diterima akal lagi selagi tidak melanggar syara'.


 HARIS NAJMI setia menunggu teman sekuliahnya di Cairo dulu. Allah menemukan mereka di bumi anbiya' itu dan mereka juga tinggal serumah di sana. No wonder la hubungan yang terjalin sangat akrab.

    "Assalamualaikum ya zamili." Salam disambut dan mereka berpelukan serta berlaga pipi. Budaya arab itu juga telah lama sebati dalam diri mereka. Kalau orang yang tak faham mesti ingat mereka berdua ni gay. Tapi sayangnya ramai yang tak tahu itu juga budaya Rasulullah untuk mengeratkan lagi ukhuwah. Ingat orang perempaun je boleh laga pipi. Lelaki pun boleh la.
    "Cepat la cerita." Dzul Fadzly atau lebih dikenali sebagai Pali duduk berhadapan dengan Haris tidak sabar untuk mendengar masalah yang dihadapi sahabatnya.
    "Kut ye pun excited nak dengar cerita aku, order la air dulu ke. Kau nak sate apa?" Haris mencicip limau ais di hadapannya.
     "Bagi sate ayam 10 cucuk dengan sirap limau ais satu." Pekerja kedai tadi telah berlalu setelah mengambil pesanan.

     Kali ini pandangan Pali jauh menikan mata Haris sebagai tanda untuk dia cepat menceritakan hal yang sebenarnya. Haris yang mengerti mula membetulkan duduknya.

    "Macam ni al kisahnya. Petang tadi aku pergi kedai buku. Aku ada terlanggar seorang perempuan ni..."
    "Aku dah agak mesti pasal perempuan punya. Kalau tak kau tak ada mengeluh berat beno bila aku call tadi." Pali menggelengkan kepalanya.
   
    Haris merengus kecil. "Kau ni tadi beria suruh aku cerita. Aku tak habis lagi kau dah potong cakap aku." Pali tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik. "Sorry. Sila sambung kembali ya pak."

    "Penampilan dia sangat terjaga. Susah nak tengok perempuan sekarang yang begitu menjaga auratnya. Semuanya tertutup. Aku just nampak mata dia je. Warna biru laut macam Laut Matrouh yang kita pernah pergi dulu."
    "Haru la kau. Ada ke patut samakan mata perempuan tu dengan laut kat Mesir sana. Orang Arab ke?" Sate yang baru tiba di mejanya dijamah.
    "Itulah pasal. Aku pun ingat orang Arab tapi dia cakap Melayu."
    "Apa nak peliknya. Orang Arab ramai la kat Malaysia ni. Bahasa kita pun bukan susah sangat nak belajar." Haris berfikir sejenak. Kata sahabatnya itu ada benarnya.

    Haris mengambil sate daging dan dicicahkan ke dalam kuah kacang. Mereka menikmati seketika makanan yang berada di hadapan mereka. Memang dah lama tak makan makanan Malaysia. Peluang balik bercuti kali ini sebelum tahun terakhir mereka sebagai pelajar medik digunakan sebaik mungkin untuk berada di samping keluarga tersayang.

    "Tapi bila dia pandang muka aku, dia sebut Ris. Itu lagi buat aku bertambah pelik."
    "Macam mana dia tahu nama kau pulak." Cerita sahabatnya semakin menarik untuk didengari.
    "Lepas tu aku tanyalah mana dia tahu nama aku. Dia jawab, 'Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu.' Rupa-rupanya dia cakap dengan telefon. Malu gila. Aku rasa nak aje sorok muka ni belakang almari buku banyak-banyak tu."

    Ketawa Pali dah meletus terlebih dahulu. "Lawak la cerita kau. Buat malu kaum aje. Tapi kalau aku ada kat tempat kau pun aku buat macam tu juga. Dah la nama panggilan kita yang dipanggilnya. Lepas tu apa jadi?"
    "Dia pergi macam tu je. Buku dia ada pada aku. Tak perasan la tu lepas berlanggar dengan aku." Limau ais sudah tinggal separuh gelas.
    "So, apa masalah kau sekarang?"
    "Entahlah Pali. Aku asyik teringat mata dia je ni."
    "Jangan kata kat aku yang kau dah jatuh cinta."
    "May be..." Pandangan Haris jauh dilemparkan ke arah bangunan Metro Kajang yang berada di hadapan kedai makan yang cukup sinonim dengan Kajang.

    Pali tersedak mendengar jawapan Haris. "Parah dah kau ni. Baru jumpa, kenal pun tak lagi dah jatuh cinta."
    "Kau kan ada pengalaman. Macam ni ke perasaan bila dah suka seseorang?" Mata Haris bersinar memandang Pali. "Apasal kau tanya aku pula?"
    "Iyalah kau tu dah bertunang. Sebelum tunang kau dah kenal si Adila tu kan."
    "Memanglah tapi at least aku dengan dia belajar di tempat yang sama. So dapatlah aku kenal dia sedikit sebanyak. Untuk mengelakkan dari tersasar jauh aku ikat dia dulu. Kau tu nama perempuan tu pun kau tak tahu macam mana nak settle ni?"

    Haris semakin buntu. Masing-masing memikirkan jalan keluar. "Macam ni la Ris. Kau istikharah dulu minta petunjuk betul ke dia tulang rusuk kau yang Allah hilangkan tu untuk kau cari balik. Buat solat hajat moga akan ada pertemuan yang seterusnya dengan dia."
    Cadangan Pali diterima baik oleh Haris. Itu sahaja sebaik-baik jalan penyelesaian. Allah pasti akan membantu hamba-hamba yang memohon petunujuk daripada-Nya.


DI SEPERTIGA malam, Sham bangun melabuhkan cintanya kepada Maha Pencipta. Bukan mudah untuk dia bangkit dan keluar dari zaman silamnya yang dirasakan cukup kotor dan perit untuk diingat kembali.

    "Ya Allah kenapa aku rasa lain sangat bila berhadapan dengan dia. Kerana dia juga yang telah banyak menyedarkan aku akan cinta-Mu. Aku malu sangat untuk berhadapan dengannya lagi. Tidak aku nafikan hati ini cukup gembira akhirnya Kau perkenankan doaku yang dulu untuk dipertemukan dengan insan yang ku rasakan sempurna agamanya di mataku. Pada masa yang sama, aku juga rasa tidak bersedia dan tidak layak untuk berada di sampingnya ya Allah..." Air jernih mula membasahi pipi Sham.
    "Bantulah aku yang lemah ini ya Rabb. Berikanlah aku petunjuk yang tepat."

    Haris juga sentiasa mengambil masa sebegini untuk meluahkan rasa rindu kepada Tuhan yang sentiasa menunggu hamba-Nya.
    "Ya Allah yang Maha Mengetahui isi hati yang terpendam dalam diri manusia. Kali ini buat pertama kalinya aku diuji dengan perasaan sebegini. Apa maksudnya ya Allah? Bantulah aku untuk menemukan jawapannya. Siapakah dia wanita yang ku rasakan cukup hebat itu?"

    Setelah selesai melakukan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan istikharah, Haris mengambil masa untuk lelap seketika sementara menunggu waktu Subuh.

    Kabus memenuhi ruang kamarnya. Kelibat seorang wanita juga dirasakan sukar untuk dilihat dengan jelas. Semakin lama gambaran itu semakin jelas dan dekat. Wanita itu berpakaian serba putih. Hanya mata biru laut yang kelihatan.
    "Ya zauji...ya zauji...ya zauji..." Itu sahaja yang disebut oleh wanita itu sebelum meninggalkan Haris Najmi.
    "Astaghfirullah..." Haris terjaga dari lenanya saat azan Subuh berkumandang. Ternyata mimpi itu datang lagi. Dulu sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia mimpi itu juga pernah menjengah dirinya.
    "Ya Allah andai itu jawapan dariMu, akan ku buru wanita itu untuk melengkapkan sunnah Rasulullah..."

Wednesday, 14 December 2011

Aduhai Wanita...

Assalamualaikum wbt...

Kaifa haluk kullukum? Harapnya smua sihat2 belaka. Maaf dah lama x update blog ni. Ana smakin sbuk dgn assignment di phujung semester ni. So kena la dahulukan yg wajib.

Hari tu ana tdgr luahan dr seorg shbt(perempuan)  ttg tdg zman skarang. 

"Weh, aku rasa malu la tgk pmpuan zaman sekarang. Ko tgk la fesyen tdg skang. Ntahpaperntah. Lilit sana lilit sini. Tmbh lak lg dgn toncit kemain tggi lg ats kpala tu. Lawa sgt ke."

 
Ana pun tgk la sekeliling. A'ah mmg betul pun tdg skang memang pelik. Wanita kita telah dijajah pemikirannya melalui fesyen terkini. Nak bergaya x salah asalkan x berlebihan & menepati hukum syara'.


Adakah tudung labuh itu dilabel ketinggalan zaman?
Adakah memakai baju yg longgar itu dikatakan x up-to-date?


korang, agama Islam ni dh ckup cntik & sgt ssuai spjg zman. x de istilah ketinggalan zaman. Asal la pmikiran korang cetek sgt. Aturan Allah tu dah elok da..x payah nk memandai buat hkum sdri.


Bg sesiapa yg x tahu lg la kan...

Rasulullah pnah bersabda:


عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:

Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212,
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)-



 Rasulullah dh pesan awal2 klau buat mcm tu x dpt hidu bau syurga. Bau pun x dpt apatah lg nk msuk. 

Ya akhawatul karimah...


Agama Islam dh cuba utk mengangkat martabat kaum hawa stggi yg mngkin. Agama kita nk pelihara wanita drpd pkara yg x elok.So please la tlg la tutup apa yg patut. X perlu nk tayang pd bkn yg slayaknya. Jagalah aurat betul2. Smpan utk tatapan sang suami bkn utk tygn umum...


Kalau shbt ana yg pmpuan pun malu tgk ni apatah lg kaum adam. Menyampah lg ada la. Kalau bttup elok kan manis je.. Perempuan skang keliru agaknya balut dgn tutup aurat.. Jadi tlg la  jgn balut tp tutup dgn elok. Ramai je yg btdg skang tp pkaian ketat, jarang, lengan pendek n bnyk lg la yg x kena. Apa2 pun sblm kluar rmh tu ce tgk cermin. Tanya balik diri sdri pakaian aku ni buat Allah marah tak? 


Jgn peduli apa org nak kata sbb mulut manusia mmg x blh nk ttup tp kt kena pduli apa Allah akn kata ttg cara kt.


Akhirul kalam, maaf andai post kali ini agak kasar. tp ianya btujuan utk mbri kesedaran pd akhawat yg dsygi...