Friday 17 May 2013

Dean List vs Deen List....

Assalamualaikum semua..

Sebelum tu ana nk ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua guru2 di Malaysia.. Ana ingin berkongsi talk yg ana pergi baru2 ni dr Ustaz Don Daniyal...

Sedar x kita ni semakin besaq semakin hilang rasa hormat pada guru nak lg bila dah dok dalam kampus ni. Suka suki je masuk klas lambat pas tu bersikap kurang ajar pulak tu..x patut....JANGAN! Guru org yg mulia kita kena hormat dia sebaik mungkin sebab guru kan ibu bapa ke2 kita selepas mak ayah kandung kita.

Kalau jumpa, jgn lupa bagi salam..tolong mana yg patut..Jangan berlagak sangat.. x sedar ke ilmu yg kt tau hari ni adalah dari usaha seorg guru mahupun pensyarah kita yg x pernah mengenal erti jemu menyampaikan ilmu kpd kita. Jangan bangga dengan title dean list kalau deen list jauh ketinggalan kat belakang..

Wahai pemuda!!!
Agama itu perlu diutamakan dlm segala urusan hatta dlm hal pelajaran sekalipun..
So nk jd pelajar yg mdpt anugerah dekan kena la seiring dgn apa yg agama kita suruh buat dan tinggal mana yg Allah larang. baru la blh tercalon dalam DEEN LIST..

 Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga."


Ustaz Don kata kita belajar ni ada 3 tujuan:

1. kerana Allah
2. utk hilangkan kejahilan
3. utk menegakkan kalimah  لا اله الا الله 

2 yg atas tu boleh la kita laksanakan tp yg ke3 tu rasa mcm berat sikit. x pe kita cuba sama2 kay utk bantu agama Allah. For sure Allah akan bantu kita semula.. Janji Allah kan benar...

Last but not least, selagi hayat dikandung badan jangan pernah lupa untuk mengirimkan doa buat guru2 kita mcm mana kita doakan ibu bapa kita..X payah tunggu sampai 16 Mei stiap thn, tiap2 hari kita ingt guru2 kita. Itu lebih baik kan..Ingat berkat guru tu penting kalau nak berjaya...



Tanpa guru kita tak mampu nak mengeja,
Tanpa guru bukan mudah untuk berjaya,
Tanpa guru sukar untuk mengenal Pencipta,
Tanpa guru siapalah kita...
Akhir kalam, terima kasih kepada semua guru yg telah mendidik saya sehingga menjadi org yg berguna sekarang...Moga Allah sentiasa redha dgn kalian wahai guru2ku..