Wednesday 12 August 2015

Novel Ke-2

Assalamualaikum..

Maaf lama dah x update blog ni atas kesibukan  menghabiskan tahun terakhir sebagai pelajar universiti..

Kepada semua  yg menantikan karya saya yg seterusnya, tahun ni baru ada. Alhamdulillah setelah melalui pelbagai proses hampir setahun lebih lamanya terbit juga manuskrip ni.

Setelah tiga tahun baru saya kembali dengan karya terbaru.
Terima la Bius Cinta Dari Ardul Kinanah...


Sedikit gambaran tentang novel ni utk tatapan korang semua..

“Abang  Ngah  sibuk  sangat  nak  paksa  Sham  buat  benda  yang  Sham  tak  suka  ni  kenapa?  Abang  Ngah  ingat  semua  perempuan  bertudung  tu  baik  ke?” – Sham Izwani

            Dari  blog  turun  ke  hati.  Itulah  yang  berlaku  pada  Sham  Izwani.  Jika  dulu  hidupnya  mengagungkan  hukum  duniawi  tapi  kini  cinta  Ilahi  yang  dijejaki  untuk  membentuk  peribadi  menjadi  muslimah  yang  sejati.  Darul  Quran  menjadi  pilihan  di  hati  untuk  menjunjung  amanah  kitab  Ilahi.  Di  sana,  hatinya  diuji  dengan  cinta  seorang  lelaki  yang  mahu  merebut  cintanya  terhadap  Rabbul  ‘Izzati.

“Hang  dah  kenai  aku  lama  kan.  Tolong  la  faham  keadaan  aku.  I  need  some  time  for  myself.  It  is  not  easy  for  me  to  go  through  and  forget  about  it  easily.  Bila  dah  sampai  masanya  nanti  Allah  hadirkan  seorang  wanita  yang  mampu  melengkapkan  hidup  aku,  aku  takkan  tolak.” – Haris Naim

            Haris  Naim  merupakan  seorang  pemuda  yang  menuntut  di  bumi  anbiya’  mula  memperkasakan  diri  mencari  ilmu  perubatan  dan  ukhrawi  untuk  dijadikan  benteng  pertahanan  diri.  Pengalaman  lalu  yang  amat  memeritkan  menjadikan  dia  trauma  dengan  insan  bergelar  perempuan  sehingga  hadirnya  seorang  muslimah  yang  berjaya  mencairkan  hati  yang  dahulunya  dingin  bagaikan  ais  di  kutub  utara.

“Awak  kena  percaya  kita  merancang  dan  Allah  juga  merancang  kan.  But  Allah  is  the  best  planner  isn’t  it?  Andai  kata  penantian  awak  tu  terlalu  lama  dan  saya  masih  tidak  muncul,  awak  terimalah  mana-mana  lelaki  yang  baik  untuk  memiliki  awak.”  - Haris Naim

“Kalau  betul  Sham  belum  berpunya,  saya  nak  masuk  meminang  dia.  Tak  payah  tunang  pun  tak  apa  terus  kahwin.” – Najmuddin Rabbani

Saat  bahagia  yang  ingin  dikecapi,  takdir  Allah  tidak  dapat  dihindari.  Najmuddin  Rabbani  datang  menuntut  janji.  Siapakah  yang  bakal  menjadi  pilihan  Sham  Izwani?  Adakah  untuk  terus  setia  dengan  Haris  Naim  ataupun  memilih  untuk  hidup  bersama  Najmuddin  Rabbani?

 Korang boleh dapatkan novel ni di kedai buku yg berdekatan atau beli online je kat www.p2u.my.

Kalau dah baca nanti komen je kat sini kay. :-)