Wednesday 11 April 2012

Novel Pertama

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah syukur di atas nikmat-Mu yg x terhitung.. Akhirnya novel pertama ana telah pun siap..

Insya Allah kalian semua boleh dapatkan di pesta buku  hujung  bulan April ni..
Selamat membaca..
Segala kkritikan boleh la dihantar melalui blog ini mahupun facebook ana..

Memandangkan ini karya pertama ana, jadi banyak la kekurangan yg ada. So, kritikan membina dari kalian amat diharapkan..

Terimalah...



Wallahua'alam..

Sunday 1 April 2012

Kalau terluka macam mana?


Bismillah pembuka kalam...
Tajuk kali ini untuk memberi kesedaran ataupun sedikit nasihat kepada orang yang kita paling sayang.. 

Siapakah mereka?



Mereka adalah saudara perempuan kita.

Kenapa nak beri nasihat pada diorang ni? Apa salah yang depa dah buat?

Tahukan anda terdapat 4 golongan yang bakal ditarik ke neraka jika kita tidak ambil kisah pun apa yg diorg buat jika ianya bertentangan dengan suruhan ALLAH???

Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

(Diedit dari http://www.hanan.com.my)

Masalahnya sekarang macam mana kita nak tegur diorg ni. Maklumlah depa ni org yg dekat dengan kita, org yg paling kita sayang pula tu.

Rasulullah kan dah ajar kita kalau nak bagi nasihat:
- jangan malukan dia depan khalayak ramai
-tegur kesalahannya dengan lemah lembut

Situasi utk si ayah:

Ayah : Siti sayang kat ayah dak?
Siti    : Mestilah Siti sayang ayah. Kelakar la ayah ni...
Ayah : Dulu zaman sekolah elok ja ayah tengok Siti pakai tudung. La ni awat keluaq x pakai 
           dah?
Siti    : Tu zaman sekolah ayah. La ni Siti dah tak terikat dengan peraturan sekolah lagi.
Ayah : Tapi tutup aurat tu kan peraturan Allah sejak azali lagi.
Siti    : .*#@...
Ayah : Ayah faham remaja sekarang suka berfesyen, tapi Islam sendiri ada cara untuk 
           berfesyen dalam keadaan yg lebih terjaga.
Siti    : (masih terdiam)
Ayah : Kalau betul Siti sayang ayah, lepas ni bila keluaq pakai la tudung. Tapi jangan 
           berbonggol2 unta tu ada atas kepala. Baju biaq longgaq na. Ayah dah cuba 
           jadi ayah terbaik untuk Siti. Ilmu agama ayah dah bagi sejak kecik lagi. Siti 
           jangan lupa na semua tu. Jangan tarik ayah ke neraka bila akhirat kelak.
Siti    : (Sambil teresak) Baik ayah.Siti akan berubah lepas ni...

Situasi utk si suami

Suami : Syg...syg syg abang x?
Isteri   : (Berkerut dahi) Mesti la Sayang syg abang.
Suami : Sebelum tu, abang nak minta maaf jika selama ni abang tersalah mendidik
            Sayang.
Isteri   : Kenapa dengan abang ni?
Suami : Kalau dulu sebelum kahwin abang tak ada hak nak tegur sayang tapi 
            sekarang abang ketua keluarga dan abang rasa abang patut buat sesuatu
            demi kebahagiaan kita dunia akhirat.
Isteri   : Apa yg abang cuba nak bagi tahu ni?
Suami : Abang lebih suka tengok sayang bertudung dari terdedah sana terdedah sini.
            Faham kan maksud abang?
Isteri   : Abang x bangga ke ada isteri secantik Sayang ni?
Suami : Kecantikan itu x kekal lama sayang. Cukuplah kecantikan itu disimpan utk
            abang suami sayang ni. x perlu nak tunjuk pada orang lain. Nanti abang jeles tau.
Isteri   : x kan sebab jeles je bang...
Suami : Sebab abang nak bawa sayang menuju ke syurga tanpa ada sebarang 
            sekatan yg datang dari api neraka... Sayang amanah abang dari Allah. Abang
            juga pemegang amanah dari ayah sayang utk terus mendidik sayang dengan 
            acuan dan arahan dari Allah...
Isteri   : (begitu tersentuh) maafkan Sayang kerana x taat perintah abang sebelum ni.
            Abang tegur la sayang jika sayang tersilap langkah. Sayang ni kan 
            kaum yg lemah. (Tunduk mengucup tangan suami)


Situasi utk si abang atau adiknya

Along  : Angah nak pi mana tu?
Angah : Nak keluar sat Along.
Along  : Ce tengok kat diri angah ada yg kurang dak?
Angah : (Muka blur) apa yg kurangnya Along...
Along  : Angah dah baligh kan....kat sekolah pun dah belajaq pasal ni. Along

             kena habaq mai lg sekali ka?
Angah : Apa kaitan dgn apa yg Along habaq. Angah x faham.
Along  : Along sayang kat Angah sangat. Angah tengok zaman sekarang, 

             remaja perempuan kebanyakannya dah rosak. Along x nak Angah 
             jadi lagu tu...
Angah : Habis tu Along nak Angah jd lagu mana?
Along  : Angah tau dak awat ramai pompuan kat luaq sana dah rosak?
Angah : x tau..
Along  : Depa jadi lagu tu sebab pak depa,suami depa, abang depa

             dgn anak depa x peduli apa yg depa nak buat kat luaq rumah. Along
             x nak abaikan tggjawab Along kat Angah. Lepas pak dah tak dak,
             tggjwb pak jatuh atas bahu Along. Jadi, Along nak Angah jaga diri elok2 na.
Angah : Awat la Along cakap berbelit sangat ni. Habaq tenguih ja kan senang.
             Cheq x paham.
Along  : Meh sini Along bg analogi skit. Kalau diberi pilihan antara gula2
            yg terbuka dgn yg masih ada plastik mana 1 Angah nak pilih?
Angah : Mesti la yg masih berplastik tu.
Along  : Awat?
Angah : Sebab masih elok la. Kalau dah terbuka mesti dah x elok.
Along  : Ha lagu tu juga kami kaum Adam ni pandang kat hang pa. Kalau tutup
            aurat tu lagi baik dari yg terbuka. Sekarang dah faham maksud Along?
Angah : Faham. Baik Along. Terima kasih kerana sedarkan Angah. Angah x 
             nak tarik Along pi neraka. Kesian kat Along...

Situasi utk si anak lelaki

Aiman : Ibu...
Ibu      : Ada apa Man?
Aiman : Man ada hadiah nak bagi kat ibu. Man harap ibu suka dengan
             hadiah yg x seberapa ni.
Ibu      : Kenapa tetiba bagi ibu hadiah ni. Besday ibu lambat lagi.
Aiman : Kalau kita nak bagi hadiah x payah tggu besday la ibu. Bila2 
             masa je blh bagi.

Ibunya pun membuka balutan hadiah dari anaknya lalu terdiam.

Aiman :Kenapa ibu diam? Ibu x suka hadiah dari Man?

Ibu Aiman hanya memandang sayu tudung pemberian anak lelakinya. 
Selama ini dia x pernah bertudung tetapi tetap berkeras untuk menghantar 
Aiman ke sekolah agama. Sekarang anaknya pula yg nak membetulkan kesalahannya.

Aiman semakin resah bila ibunya diam membisu.

Aiman : Maafkan Man ibu. Man x berniat utk lukakan hati ibu. From 
            bottom of my heart, Man sangat suka kalau ibu pakai tudung. Nampak
            manis dan tenang je.
Ibu      : Kenapa Man cakap macam tu?
Aiman : Maafkan Man sekali lagi ibu kerana ini perintah Allah yg patut Man
            jalankan. Sebagai anak lelaki ibu, Man patut jaga ibu dengan sebaiknya 
            sebab Islam sendiri dah angkat tinggi martabat kaum perempuan dengan
            menyuruh mereka menutup aurat. Sebab Allah tau apa yg terbaik 
            utk hambaNya.
Ibu      : Malu ibu anak ibu pula yg tegur silap ibu. Maafkan ibu sebab
             x tunjukkan contoh yg baik pd kamu.
Aiman : Mana ada manusia yg sempurna ibu. Ibu kembali kepada fitrah asal ye.
Ibu      : Baik la Man.

Ini antara jalan yg penuh hikmah untuk menegur perempuan2 yg kita sayang. Cuba la lepas ni untuk bawa mereka menuju jalan ke syurga jika benar kita sayang mereka...

Wallahua'alam...