Monday 8 July 2013

Bebas...

Bismillahir rahmanir rahim...

Bebas? Apa maksud bebas bagi korang sebenarnya? Bebas dari dijajah itulah definisi yg dipegang sejak kita merdeka tapi dari sudut islam pernah tak kita fikir..




TEPUK DADA TANYA IMAN KITA


25:43


Maksudnya : "Sudahkah engkau (Muhammad) melihat org yg menjadikan hawa nafsu
                      sebagai Tuhannya. Apakah engkau menjadi pelindungnya?"
 (Surah al-Fuqan:43)


Bebas tu bermakna bila kita bebas dari belenggu hawa nafsu dan dapat peluang untuk beribadah pada Allah tanpa batasan. Itu baru bebas namanya bukan bebas melakukan apa saja tanpa mengira hukum-hakam.. Ana belajar benda baru dari video ni..


Nice job bro...keep it up for ummah..

Jadi sempena bulan ramadhan yg tinggal beberapa jam saja lagi, jom kita kaut peluang yg terhidang di depan mata untuk membebaskan diri kita dari dibelenggu hawa nafsu yg sentiasa cuba menyesatkan kita dan membawa kita jauh daripada Allah..

Selamat tinggal dunia gelapku.. Jangan pernah berani kau kembali mengganggu hidupku untuk bersama-sama dengan Tuhanku yang Satu..Selamat datang Ramadhan kareem..Sila terangi hidupku dengan cahayamu.. Moga terus menyinari hati dengan sinaran keimanan yg tiada malapnya untuk selama-lamanya
Sejak akhir-akhir ni, kita juga dihidangkan dengan pelbagai berita tentang saudara2 kita yg masih lagi ditindas oleh musuh2 islam.. Jadi kawan2, teruskan berdoa untuk saudara2 kita di Mesir, Syria, Palestin, Rohingya malah seluruh pelusuk dunia.. Moga dengan keberkatan bulan yg mulia ini, Allah perkenankan doa kita untuk saudara2 kita yg telah lama ditindas..

Moga Dr. Morsi bakal mendapatkan semula kuasanya untuk memerintah Mesir..Jangan biarkan org yg jahil agama memegang tampuk pemerintahan.. Biar agama yg menjadi pegangan utama bukan nama dan pangkat yg diagungkan semata-mata..

Ahlan wasahlan ya ramadhan....

Friday 17 May 2013

Dean List vs Deen List....

Assalamualaikum semua..

Sebelum tu ana nk ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua guru2 di Malaysia.. Ana ingin berkongsi talk yg ana pergi baru2 ni dr Ustaz Don Daniyal...

Sedar x kita ni semakin besaq semakin hilang rasa hormat pada guru nak lg bila dah dok dalam kampus ni. Suka suki je masuk klas lambat pas tu bersikap kurang ajar pulak tu..x patut....JANGAN! Guru org yg mulia kita kena hormat dia sebaik mungkin sebab guru kan ibu bapa ke2 kita selepas mak ayah kandung kita.

Kalau jumpa, jgn lupa bagi salam..tolong mana yg patut..Jangan berlagak sangat.. x sedar ke ilmu yg kt tau hari ni adalah dari usaha seorg guru mahupun pensyarah kita yg x pernah mengenal erti jemu menyampaikan ilmu kpd kita. Jangan bangga dengan title dean list kalau deen list jauh ketinggalan kat belakang..

Wahai pemuda!!!
Agama itu perlu diutamakan dlm segala urusan hatta dlm hal pelajaran sekalipun..
So nk jd pelajar yg mdpt anugerah dekan kena la seiring dgn apa yg agama kita suruh buat dan tinggal mana yg Allah larang. baru la blh tercalon dalam DEEN LIST..

 Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu nescaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga."


Ustaz Don kata kita belajar ni ada 3 tujuan:

1. kerana Allah
2. utk hilangkan kejahilan
3. utk menegakkan kalimah  لا اله الا الله 

2 yg atas tu boleh la kita laksanakan tp yg ke3 tu rasa mcm berat sikit. x pe kita cuba sama2 kay utk bantu agama Allah. For sure Allah akan bantu kita semula.. Janji Allah kan benar...

Last but not least, selagi hayat dikandung badan jangan pernah lupa untuk mengirimkan doa buat guru2 kita mcm mana kita doakan ibu bapa kita..X payah tunggu sampai 16 Mei stiap thn, tiap2 hari kita ingt guru2 kita. Itu lebih baik kan..Ingat berkat guru tu penting kalau nak berjaya...



Tanpa guru kita tak mampu nak mengeja,
Tanpa guru bukan mudah untuk berjaya,
Tanpa guru sukar untuk mengenal Pencipta,
Tanpa guru siapalah kita...
Akhir kalam, terima kasih kepada semua guru yg telah mendidik saya sehingga menjadi org yg berguna sekarang...Moga Allah sentiasa redha dgn kalian wahai guru2ku..
 

Tuesday 30 April 2013

1 + 1 = ?

Bismillahirrahmanir rahim..

Fuh! Penat dok menyapu sawang2 yg bertapa dlm blog ni..Maaf sgt sibuk dgn komitmen yg perlu diutamakan.. Kenapa tajuk kali ni pelik  sikit?

1 + 1 = ?.. Cikgu kat sekolah ajar dapat 2 la jawapannya. Itu pakai teori zaman sekolah. Zaman sekarang dunia dah maju so formula pun boleh berubah luar dari apa yg kita fikirkan..

Di ambang PRU yg semakin hangat terasa ni, macam2 yg berlaku. Tolong la org Melayu semua...bangkitlah! Jgn tunjukkan kelemahan kita pada musuh2 negara kat luar sana.. sampai bila nak jadi macam ni? sampai bila? A tuduh B..C bawa cerita pasal B..D pula menokok tambah..Apa semua ni? Asyik2 nak bawa cerita tak betul aje mengalahkan wartawan Melodi.. Please stop this bad habit..

Bagi saya 1 + 1 = RAMAI
Tak kira parti apa sekali pun, jangan dok memfitnah sesama sendiri..
Kita kena bersatu bukan bergaduh..
zaman kanak2 dah lama lepas..dah tua2 ni toksah la gaduh2..buruk rupanya..
Dunia dah akhir zaman jadi UMAT ISLAM perlu bersatu utk kembalikan zaman kegemilangan Islam yg pernah saudara2 kita gapai dulu

Para pemuda!
Tolong kembalikan zaman yg Sultan Muhammad al-Fateh hidupkan dulu..
Kalau dia boleh menakluki Constantinople ketika berusia 21 tahun sehingga berjaya menukarkan negara itu menjadi negara Islam, kenapa kita kat negara kita sendiri yg lebih 60% semua penduduknya adalah beragama Islam tapi tak mampu tegakkan hukum sebenar agama Islam yg telah lama dinobatkan sbg AGAMA RASMI...Jgn berani sangat la dok permainkan apatah lagi pertikaikan hukum yg Allah dah tetapkan.. Kita ni HAMBA ALLAH je..Hidup kat dunia ni pun ada tujuan jgn berlagak sgt dgn nikmat yg Allah bg sampai lupa diri..

Apa rahsia di sebalik kejayaan besar Sultan al-Fateh tu?


Ini lah rahsianya..para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Kalau ada yg masih belum tau org kafir sgt takut bila melihat org Islam SOLAT BERJEMAAH. Itu la tanda penyatuan umat..tapi kita ni berjemaah bila solat Jumaat..solat terawih..solat hari raya..solat fardhu susah la nmpak masjid tu penuh mcm solat2 tadi..Itulah masalah kita sekarang x nak bersatu..

Allahu Akbar...betapa hebat ciri2 seorang pemimpin seperti Sultan Al-Fateh..
Ya Allah jika masih ada pemimpin seperti beliau, tampilkanlah untuk meneraju tampuk pemerintahan yg baru supaya kami semua dapat bersatu untuk menggapai redha-Mu..

Bolehkah kita buat Rasulullah bangga dgn keadaan umatnya sekarang?
Tepuk dada tanya iman..
Anda semua bijak belaka utk membuat pilihan..
Pilih la pemimpin yg Allah redha..
Kita juga akn dipersoal di akhirat nanti ats apa pilihan kita..

Wallahu a'alam..


Saturday 30 March 2013

Malam Palestin Kami Bersamamu...

Bismillahir  rahmanir rahim..

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat umur yg masih panjang untuk meneruskan perjuangan baginda SAW...

Baru2 ini ana ada pergi satu talk yg sangat memberi impak maksima pd diri yg slalu sgt merungut akan nikmat Allah..perkongsian yg sgt menarik drpd Kak Farrah Adeeba dan Kak Salima yg telah pun menjejakkan kaki ke bumi tumpahnya darah para syuhada pd Disember 2012 yg lalu.



Satu kisah yg sangat menarik hati ana adalah saat rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Gaza,  mereka  disambut dgn penuh mesra.  Kata salah seorang rakyat Palestin "Selamat kembali ke tanah  kamu.  Ini tanah kamu bukan tanah kami. Kami hanya menjaganya saja.".

Allahu akbar! Sampai begitu sekali anggapan mereka sedangkan kita di Malaysia ini x pernah terfikir sebegitu rupa tentang  bumi Palestin. Walaupun hidup mereka penuh penderitaan dgn hilang kaki, hilang tangan, hilang penglihatan, hilang ahli keluarga, namun senyuman yg ikhlas sentiasa mekar meniti di bibir mereka saat menyambut kedatangan rakyat Malaysia.

Layanan mereka  terhadap  rakyat Malaysia sangat istimewa. Betapa sayangnya mereka kat kita sebab depa kata bantuan pertama yg sampai di Gaza adalah dari Malaysia.  Tanpa bantuan itu kami sendiri x dapat melawan Israel laknatullah..

Subhanallah... bantuan kita x seberapa pun sebenarnya kalau nak dibandingkan dgn apa yg mereka tanggung.

Wallahi ana sgt sebak mendengar perkongsian drpd dua artis yg sudi hadir  menceritakan apa yg berlaku di bumi Palestin baru2 ini.

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)”
(Bukhari)

Rupa2nya ada hikmah besar kenapa nabi kita suruh pi sana..bukan saja untuk membantu tapi mengambil iktibar yg sgt besar dr kejadian yg telah berlaku kerana itu memang TANAH KITA!

Moga kita diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana..insya-Allah..

Wahai saudara2 di Gaza bersabarlah kerana ganjaran Allah sedang menanti kalian di Syurga nanti.. Bumi Palestin akan aman x lama lagi. Insya-Allah.. Takbir.. Allahu akbar! Takbir... Allahu akbar! Takbir.. Allahu akbar!

Tuesday 5 February 2013

Konvensyen Pendakwah Muda IPT Asean 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ana bercerita lebih panjang, ana ingin mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program yang sangat baik dengan kerjasama daripada pihak JAKIM.

Alhamdulillah program ni telah dihadiri oleh lebih drpd 1000 mahasiswa daripasa seluruh IPT di Malaysia termasuk  la dari  Brunei dan Indonesia.

Banyak input yang ana dapat bermula program dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Prof Dato' Dr. Sidek Baba yg merupakan pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau sgt berpengalaman dalam dunia dakwah ini. Katanya, "dakwah itu kerja kita hidayah kerja Allah".

Ana sokong. Kita sbg manusia hanya mampu membawa org dekat dgn pintu hidayah selebihnya serahkan kepada Allah utk memberikan kpd mereka atau pun tidak.  Seorang pendakwah juga tidak boleh mengkafirkan org sesuka hati.

"Kau tak pakai tudung confirm masuk neraka punya."
"Kenapa tak solat? Berani tempah tiket neraka awal2 kau ni.."
"Hisy, teruknya kau ni tak puasa. Nak jadi org kafir ke?"

Siapa kita nak tentukan org ni masuk syurga ke neraka? Kita bukannya Tuhan. Org yg bertudung mahupun solat pun belum tentu dijamin syurga la.

Tapi tu la kebanyakan org yg tau agama tu buat. Sesedap rasa je nak menghukum org. Patutnya bagi peluang dan tunjukkan jalan yg betul kerana mereka mungkin tak tahu

Kata Ustaz Zaidi dakwah tu hukumnya FARDHU AIN. So setiap individu sudah pun menggalas tanggungjawab sbg pendakwah secara automatiknya.Nak jadi pendakwah tu bukannya mudah. Kita kena mempersiapkan diri kita dengan ilmu yg secukupnya beserta kemahiran-kemahiran tertentu.

Kemudian Prof Dr. Abu Hassan pula menasihatkan kami anak muda supaya menggunakan teknologi yg ada sekarang sebaiknya utk menyampaikan dakwah.  Siapa yg tau melukis silakan melukis kartun atau apa2 pun untuk menyampaikan mesej Islam. Siapa yg tau menulis, sebarkan apa yg anda tau melalui penulisan. Pastikan mesej yg disampaikan dpt diterima oleh masyarakat.

Slot seterusnya diteruskan oleh IM Hafiz sebagar moderator bicara selebriti menampilkan Sham Kamikaze dan Ana Rafali. Tahniah kepada Imam Muda Hafiz yg berjaya membawakan slot ini secara santai dan sangat sempoi sekali. Kami sgt terhibur.

Selepas Zohor, kami dihidangkan pula perkembangan dakwah di Singapura dan Indonesia. Ana sangat kagum dgn usaha mereka yg sgt komited. Moga Malaysia juga mampu utk membuat program-program sedemikian rupa utk anak muda Melayu kita yg kian layu sekarang dgn anasir2 luar.

Majlis penutup pada belah petang tidak kurang juga hebatnya. Ana kira program ini sgt berjaya. Sebelum berakhir, kami diberi poster Mahasiswa Anti Valentine's Day. 


Ini salah satu usaha utk mencegah ank Melayu kita yg beragama Islam yg pastinya utk tidak terlibat dgn sambutan org kafir ni. Zina itu perlu dicegah bukan dihampiri. Tak perlu nak sambut sgt la hari kekasih ni. Tak ada manfaat pun mendatangkan bala lagi ada.  Hari Kekasih Allah (Rasulullah SAW) itu patut lebih diingati. Ini la poster yg kami dpt tu...



Pada malamnya pula, rakaman Forum Perdana untuk tv1 membariskan tiga org panel iaitu IM Hizbur, Ustaz Akmal dan Saudara Razif Fuad yg merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  dan Saudara Mohd Hariri yg juga mantan MPP USIM sebagai moderator.



Apa yg ana dpt simpulkan dari forum 'Darah Muda' itu di usia muda memang anak muda berani utk cuba mcm2 perkara tapi lebih baik dipandu ke arah kebaikan. Itu lebih bermanfaat.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yg penting dlm mengawal anak2 supaya tidak terlibat dgn gejala sosial seperti merempit, merokok mahupun mengambil dadah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  Segala-galanya perlu diperhatikan dan mencari alternatif terbaik utk mengawal ank2 tanpa mereka rasa sedang dikongkong.

Rakaman Forum Perdana seterusnya bertajuk 'Muda Hanya Sekali'. Bak kata Ustaz Zamri waktu muda kita 2 kali sebenarnya. Pertama di dunia dan kedua di syurga. Insya Allah moga kita semua dpt merasai yg kedua punya di sana kelak.

Akhir kalam, ayuh bangkit wahai pemuda Islam semua. Jom kita sambung perjuangan baginda SAW dlm menyampaikan dakwah...

Wednesday 23 January 2013

Ya Habibullah...

Bismillahir  rahmanir  rahim...

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم




Jom kita banyakkan selawat ke atas baginda SAW... 
Tak perlu nak tunggu maulidur rasul baru nak selawat kay..
Latih lidah tu setiap hari supaya rajin ingat kat nabi kesayangan kita yg dah banyak sangat berkorban untuk umat akhir zaman ni..



Ya Rasulullah...
Izinkan kami mendapat syafaatmu di akhirat kelak melalui selawat2 yg kami panjatkan kepadamu..