Tuesday 30 April 2013

1 + 1 = ?

Bismillahirrahmanir rahim..

Fuh! Penat dok menyapu sawang2 yg bertapa dlm blog ni..Maaf sgt sibuk dgn komitmen yg perlu diutamakan.. Kenapa tajuk kali ni pelik  sikit?

1 + 1 = ?.. Cikgu kat sekolah ajar dapat 2 la jawapannya. Itu pakai teori zaman sekolah. Zaman sekarang dunia dah maju so formula pun boleh berubah luar dari apa yg kita fikirkan..

Di ambang PRU yg semakin hangat terasa ni, macam2 yg berlaku. Tolong la org Melayu semua...bangkitlah! Jgn tunjukkan kelemahan kita pada musuh2 negara kat luar sana.. sampai bila nak jadi macam ni? sampai bila? A tuduh B..C bawa cerita pasal B..D pula menokok tambah..Apa semua ni? Asyik2 nak bawa cerita tak betul aje mengalahkan wartawan Melodi.. Please stop this bad habit..

Bagi saya 1 + 1 = RAMAI
Tak kira parti apa sekali pun, jangan dok memfitnah sesama sendiri..
Kita kena bersatu bukan bergaduh..
zaman kanak2 dah lama lepas..dah tua2 ni toksah la gaduh2..buruk rupanya..
Dunia dah akhir zaman jadi UMAT ISLAM perlu bersatu utk kembalikan zaman kegemilangan Islam yg pernah saudara2 kita gapai dulu

Para pemuda!
Tolong kembalikan zaman yg Sultan Muhammad al-Fateh hidupkan dulu..
Kalau dia boleh menakluki Constantinople ketika berusia 21 tahun sehingga berjaya menukarkan negara itu menjadi negara Islam, kenapa kita kat negara kita sendiri yg lebih 60% semua penduduknya adalah beragama Islam tapi tak mampu tegakkan hukum sebenar agama Islam yg telah lama dinobatkan sbg AGAMA RASMI...Jgn berani sangat la dok permainkan apatah lagi pertikaikan hukum yg Allah dah tetapkan.. Kita ni HAMBA ALLAH je..Hidup kat dunia ni pun ada tujuan jgn berlagak sgt dgn nikmat yg Allah bg sampai lupa diri..

Apa rahsia di sebalik kejayaan besar Sultan al-Fateh tu?


Ini lah rahsianya..para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Kalau ada yg masih belum tau org kafir sgt takut bila melihat org Islam SOLAT BERJEMAAH. Itu la tanda penyatuan umat..tapi kita ni berjemaah bila solat Jumaat..solat terawih..solat hari raya..solat fardhu susah la nmpak masjid tu penuh mcm solat2 tadi..Itulah masalah kita sekarang x nak bersatu..

Allahu Akbar...betapa hebat ciri2 seorang pemimpin seperti Sultan Al-Fateh..
Ya Allah jika masih ada pemimpin seperti beliau, tampilkanlah untuk meneraju tampuk pemerintahan yg baru supaya kami semua dapat bersatu untuk menggapai redha-Mu..

Bolehkah kita buat Rasulullah bangga dgn keadaan umatnya sekarang?
Tepuk dada tanya iman..
Anda semua bijak belaka utk membuat pilihan..
Pilih la pemimpin yg Allah redha..
Kita juga akn dipersoal di akhirat nanti ats apa pilihan kita..

Wallahu a'alam..


No comments:

Post a Comment