Friday 24 October 2014

1 Muharram

 

Bismillah..alhamdulillah..

Kita dah pun masuk ke tahun baru islam.
So jom tinggalkan masa lalu..

Terus melangkah ke hadapan. Jangan pandang belakang..bukan sebab ada hantu tapi cukup sekadar masa lalu dijadikan iktibar supaya kita x ulang lagi kesilapan di masa hadapan.

Semua orang ada zaman jahiliyyah mereka sendiri..itu x bermakna mereka x layak diberi peluang utk berubah.

Siapa kita nak menghukum seseorang.. "Dia ni kafir".. "Murtad la ko ni".."ko ni ahli neraka"..

Oh..ho..jangan la kome semua mengata deme kat luar sana sampai begitu sekali..
Kita ni pun bukan baik mana..

Allah pun Maha Pengampun..inikan pula kita hamba yg lemah x nak maafkan kesalahan org lain.

It's such a good started to change yourself.. Baiki diri..baiki kualiti ibadah kita.. Baiki segala aspek yg terasa banyak rompongnya..

Better late than never right..

Telah tiba awal muharram,
Mulakan langkah penghijrahan diri,
Ambil iktibar dari zaman silam,
Supaya tidak tersasar dari landasan Ilahi..

Wallahu a'alam..

Maaf salah silap kepada semua pembaca..

P/s : dunia ni banyak dugaannya..biar jatuh bangun banyak kali dalam perjalanan mencari Tuhan..kerana di situ pasti akan kalian merasa manisnya iman..

Wednesday 2 July 2014

Senjata Paling Ampuh

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah masih panjang umur untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.. Kita di sini masih berada di zon yg sangat selesa ketika bersahur dan berbuka..tapi saudara2 kita di Palestin pula diserang lagi oleh Israel laknatullah...

Allahu akbar....
Engkau berilah kekuatan kepada saudara2ku di sana untuk menjalani ibadah puasa ni..

Kami di sini hanya mampu menghulur bantuan dari segi kewangan dan doa yg tidak pernah putus buat mereka.. Hapuskanlah musuh-Mu yg sgt kejam itu.. Berilah peluang utk ummat Islam di sana utk menjalani ibadah puasa dengan tenang ya rabb..



Bukakanlah pintu rahmat seluas2nya di bulan yg penuh barakah ini..Pandanglah kami dengan pandangan ihsan dari-Mu ya Allah..  Ini saja senjata yg kami ada menandakan kami hamba yg sgt lemah kerana sentiasa perlu bergantung kepada-Mu ya Muhaimin..

Ayuh sahabat sekalian...tembak doa laju2 utk semua saudara2 kita di seluruh pelusuk dunia tak kira la kat Palestin, Syria, Mesir dan mana2 sekalipun moga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian dr-Nya..

Bulan yg mulia ni, insya-Alah doa kita senang Allah nak makbulkan..keep on praying guys...

Saturday 4 January 2014

Penat sangat ke?

Assalamualaikum semua..

Dah masuk tahun 2014 pun. Maaf lama sangat x update blog ni. Maklum la sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar.. Ini pun menyelit kejap time tengah study utk update..

Belajar...belajar..belajar...
Menuntut ilmu tu takkan pernah tamat sampai  la kita mati pun sebab menuntut ilmu tu bermula dari buaian hingga ke liang lahad.

Ilmu Allah tu kan luas. So kita kena la kaut sebanyak yg mungkin selagi masih bernafas. Tipu la kata tak penat asyik belajar dari tadika sampai la dah masuk alam universiti ni. Penat kot..Tapi makin kita belajar makin bodoh sebenarnya kita ni sebab banyak sangat benda yg kita tak tahu. Pointer tinggi pun kalau bab akhirat ke laut pun x guna juga..betoi ke idak yop?

Kerdilnya la hai diri ni kan. Allah tu Maha Besar dan Maha Mengetahui segala benda yg ada dalam dunia ni. Tapi kata-kata arwah Ammar telah banyak membuatkan hati manusia zaman sekarang ni tersentap termasuk la ana yg x ada menyumbangkan apa2 lagi utk ummah.

"Dunia ni memang tempat utk kita rasa penat dengan perjuangan..kat syurga nanti kita rehat la.."



Pemergiannya telah membuka banyak hati anak muda utk mengikuti jejak langkah beliau. Moga Malaysia akan dibanjiri dengan anak muda yg bersemangat untuk meneruskan perjuangan para nabi seperti arwah. Anak muda kena bangkit sekarang untuk menyelamatkan ummah di akhir zaman yg sudah semakin tenat dengan pelbagai penyakit dan virus yg semakin galak merebak.

Apa perisai yg kita ada sebagai anak muda yg org masih pandang lemah ni??

Perisai kita adalah dengan menuntut ILMU 
&
Turun berkhidmat utk MASYARAKAT 

Fikirkan apa sumbangan kita utk ummah. Ambil tahu apa yg berlaku pada saudara2 kita kat Palestin, Syria, Mesir, Rohingya malah seluruh pelusuk dunia. Jangan asyik dok menghadap laptop...main game aje 24 jam..melepak x tentu hala.. At least spend some time to think about our contribution to our sisters and brothers there.

Ayuh  anak muda kita bangkit utk meneruskan perjuangan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.. Besar harapan arwah utk melihat negara kita kembali pada zaman kegemilangan Islam semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh dulu.

Takbir!
Allahu akbar!
Takbir!
Allahu akbar!
Takbir! 
Allahu akbar!

Tegakkan Islam di tanah air kita. Hapuskan segala hiburan yg dah lama merosakkan fikiran anak muda. Kita dah terlalu lama duduk dalam zon selesa. Keluar la dari zon hijau letakkan diri kita dalam zon merah pula. Jom bawa pembaharuan. Brunei dah laksanakan hudud. Malaysia bila lagi? 

* al-Fatihah utk arwah Ammar...