Wednesday 26 December 2012

Duhai Hati...

Bismillah pembuka kalam,
Moga hati yang kering dapat disiram,
Menyuluh jiwa yang kelam dan suram...

Hari ni kita sentuh pasal hati sikit ye. Hati la paling susah nak jaga berbanding anggota badan yg lain.Ye dak?


Rasulullah pernah bersabda:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)              

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     



Duhai hati,
Kau raja buat diri ini,
Jika tersilap langkah rugi yang menanti,
Sehingga membuatkan diri tiada sinar lagi.

Duhai hati,
Jangan kau mudah rebah kerana duniawi,
Hidup ini ada visi dan misi,
Untuk mengejar cinta dan redha Ilahi.

Duhai hati,
Moga benteng terbina kukuh,
Pasakkan tiang keimanan yang lebih utuh,
Menjadi penghalang dari segala kemungkaran,
Kerana hidup kita punya tujuan.

Duhai hati,
Tutup pintumu dari permulaan zina,
Supaya tidak menjadi manusia yang hina,
Cinta manusia biar sekadarnya,
Biar cinta Ilahi mengatasi segalanya.

Ya Allah peliharalah hati ini. Suburkanlah dengan cinta yang menggebu terhadapmu. Jika Engkau ingin serahkan hati ini kepada manusia, berilah kepada mereka yang turut mencintaimu bukan yang mengingkari perintahMu...

wallahua'alam...

p/s :
doakan ana nak final exam tak lama lagi..perjuangan mesti diteruskan. Ana di sini hanya mampu berjuang menuntut ilmu belum sampai masanya untuk berjihad di bumi Palestin.. Lindungilah saudara2 kami di sana ya Rabb..