Sunday 25 December 2011

Istikharah Cinta: 7 Julai...

SHAM IZWANI leka memerhatikan buku-buka agama yang berada di Popular itu. Di tangannya sudah ada buku yang dicari tapi hatinya tidak mahu pulang lagi. Tanpa disedari tubuhnya dilanggar seseorang sehingga terlepas buku yang berada dalam pegangannya.

     "Maaf, saya tak sengaja." Haris Najmi berasa serba salah. Matanya kini terpaku pada insan yang berada di hadapannya. Semuanya serba hitam. Tudung besar bidang 60 hitam, blaus labuh hitam, kain hitam, niqabnya hitam,sandal dan stokin juga bewarna hitam. Hanya satu yang paling menyerlah iaitu perempuan itu memiliki sepasang mata biru laut yang cukup cantik. Orang Arab mungkin.
     "Asif jiddan." Haris mengulang kembali perkataan maaf dalam bahasa Arab. Sham terkedu kerana insan yang selama ini hanya berada dalam doanya kini sudah berada di hadapannya.
     "Ris..." Hanya itu yang terlafaz di sebalik purdahnya. Sangat perlahan tapi sudah cukup utk smpai ke pendengaran Haris.
     "How do you know my name?" Aku pernah jumpa kat mana-mana ke?
     "Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu." Sham terlebih bijak menutup malu. Tangannya dilekap ke telinga seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang dan berlalu meninggalkan Haris.

    Ceh, dia bukan cakap dengan aku ke! Malunya ya Allah. Haris mengetuk perlahan kepalanya. Tapi bahasa yang aku dengar tadi bukan bahasa Arab maknanya dia orang Melayu la. Tapi mata dia warna biru. Pakai lens kot.
    Haris baru tersedar buku perempuan tadi ada di tangannya. Allah! Macam mana boleh lupa nak bagi ni. Kepalanya dipusingkan 360 darjah untuk mencari kelibat perempuan tadi tapi tiada. Akhirnya dia membawa buku itu ke kaunter pembayaran. Kalau jumpa lagi boleh bagi pada dia.
    Sham melajukan langkahnya meninggalkan kedai buku itu. Ya Allah dia benar-benar berada di hadapanku kini. Dia dah habis belajar kat Cairo ke?


BUKU Bawalah Hatimu Kepada Tuhan kepunyaan insan yang tidak diketahui namanya itu diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya.

     Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia. Penampilan yang sangat berbeza dengan orang lain. Purdah yang menutupi wajahnya juga lain dari yang lain. Selalunya kalau perempuan Malaysia nak pakai purdah guna kain yang lain tapi warna yang sama. Dia tak. Purdahnya dari kain bidang tudung yang sama juga. Paling tak boleh lupa, mata dia. Kenapa aku rasa familiar sangat dengan mata tu?
     Sony Ericsson W20 yang mendengdangkan For The Rest of My Life melenyapkan segala kekusutan yang melanda dalam benaknya.

    "Assalamualaikum akhi. Apa cerita sejak jejak Tanah Melayu ni? Senyap je." Haris mengeluh perlahan.
    "Kenapa ni Haris? Macam ada masalah besar je. Ce cite dengan aku." Pali di hujung talian setia menanti.
    "Jom keluar weh. Nanti aku cerita kat kau."
    "Woi, kau ingat Penang dengan Puchong ni dekat sangat ke?" Apa kena dengan kawan aku ni. Tak sampai seminggu sampai tanah air jadi mereng ni apa hal?

    Haris menepuk dahinya. "Sorry der. Aku lupa bagi tahu kau yang aku ada kat KL sekarang. Aku duduk rumah abang aku. Umi dengan ayah aku pun ada dekat sini. So aku memang tak balik Penang lagi."

    "Tu la kau. Lain kali habaq awal-awal. Tak de menyusahkan orang. Nak jumpa kat mana ni?"
    "Jom lepak kat Sate Kajang. Tak jauh sangat kan dengan rumah kau."
    "Okey. Dalam setengah jam lagi aku sampai." Talian dimatikan. Masing-masing bersiap untuk date. No dating with women before akad. Dengan kawan sejantina boleh diterima akal lagi selagi tidak melanggar syara'.


 HARIS NAJMI setia menunggu teman sekuliahnya di Cairo dulu. Allah menemukan mereka di bumi anbiya' itu dan mereka juga tinggal serumah di sana. No wonder la hubungan yang terjalin sangat akrab.

    "Assalamualaikum ya zamili." Salam disambut dan mereka berpelukan serta berlaga pipi. Budaya arab itu juga telah lama sebati dalam diri mereka. Kalau orang yang tak faham mesti ingat mereka berdua ni gay. Tapi sayangnya ramai yang tak tahu itu juga budaya Rasulullah untuk mengeratkan lagi ukhuwah. Ingat orang perempaun je boleh laga pipi. Lelaki pun boleh la.
    "Cepat la cerita." Dzul Fadzly atau lebih dikenali sebagai Pali duduk berhadapan dengan Haris tidak sabar untuk mendengar masalah yang dihadapi sahabatnya.
    "Kut ye pun excited nak dengar cerita aku, order la air dulu ke. Kau nak sate apa?" Haris mencicip limau ais di hadapannya.
     "Bagi sate ayam 10 cucuk dengan sirap limau ais satu." Pekerja kedai tadi telah berlalu setelah mengambil pesanan.

     Kali ini pandangan Pali jauh menikan mata Haris sebagai tanda untuk dia cepat menceritakan hal yang sebenarnya. Haris yang mengerti mula membetulkan duduknya.

    "Macam ni al kisahnya. Petang tadi aku pergi kedai buku. Aku ada terlanggar seorang perempuan ni..."
    "Aku dah agak mesti pasal perempuan punya. Kalau tak kau tak ada mengeluh berat beno bila aku call tadi." Pali menggelengkan kepalanya.
   
    Haris merengus kecil. "Kau ni tadi beria suruh aku cerita. Aku tak habis lagi kau dah potong cakap aku." Pali tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik. "Sorry. Sila sambung kembali ya pak."

    "Penampilan dia sangat terjaga. Susah nak tengok perempuan sekarang yang begitu menjaga auratnya. Semuanya tertutup. Aku just nampak mata dia je. Warna biru laut macam Laut Matrouh yang kita pernah pergi dulu."
    "Haru la kau. Ada ke patut samakan mata perempuan tu dengan laut kat Mesir sana. Orang Arab ke?" Sate yang baru tiba di mejanya dijamah.
    "Itulah pasal. Aku pun ingat orang Arab tapi dia cakap Melayu."
    "Apa nak peliknya. Orang Arab ramai la kat Malaysia ni. Bahasa kita pun bukan susah sangat nak belajar." Haris berfikir sejenak. Kata sahabatnya itu ada benarnya.

    Haris mengambil sate daging dan dicicahkan ke dalam kuah kacang. Mereka menikmati seketika makanan yang berada di hadapan mereka. Memang dah lama tak makan makanan Malaysia. Peluang balik bercuti kali ini sebelum tahun terakhir mereka sebagai pelajar medik digunakan sebaik mungkin untuk berada di samping keluarga tersayang.

    "Tapi bila dia pandang muka aku, dia sebut Ris. Itu lagi buat aku bertambah pelik."
    "Macam mana dia tahu nama kau pulak." Cerita sahabatnya semakin menarik untuk didengari.
    "Lepas tu aku tanyalah mana dia tahu nama aku. Dia jawab, 'Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu.' Rupa-rupanya dia cakap dengan telefon. Malu gila. Aku rasa nak aje sorok muka ni belakang almari buku banyak-banyak tu."

    Ketawa Pali dah meletus terlebih dahulu. "Lawak la cerita kau. Buat malu kaum aje. Tapi kalau aku ada kat tempat kau pun aku buat macam tu juga. Dah la nama panggilan kita yang dipanggilnya. Lepas tu apa jadi?"
    "Dia pergi macam tu je. Buku dia ada pada aku. Tak perasan la tu lepas berlanggar dengan aku." Limau ais sudah tinggal separuh gelas.
    "So, apa masalah kau sekarang?"
    "Entahlah Pali. Aku asyik teringat mata dia je ni."
    "Jangan kata kat aku yang kau dah jatuh cinta."
    "May be..." Pandangan Haris jauh dilemparkan ke arah bangunan Metro Kajang yang berada di hadapan kedai makan yang cukup sinonim dengan Kajang.

    Pali tersedak mendengar jawapan Haris. "Parah dah kau ni. Baru jumpa, kenal pun tak lagi dah jatuh cinta."
    "Kau kan ada pengalaman. Macam ni ke perasaan bila dah suka seseorang?" Mata Haris bersinar memandang Pali. "Apasal kau tanya aku pula?"
    "Iyalah kau tu dah bertunang. Sebelum tunang kau dah kenal si Adila tu kan."
    "Memanglah tapi at least aku dengan dia belajar di tempat yang sama. So dapatlah aku kenal dia sedikit sebanyak. Untuk mengelakkan dari tersasar jauh aku ikat dia dulu. Kau tu nama perempuan tu pun kau tak tahu macam mana nak settle ni?"

    Haris semakin buntu. Masing-masing memikirkan jalan keluar. "Macam ni la Ris. Kau istikharah dulu minta petunjuk betul ke dia tulang rusuk kau yang Allah hilangkan tu untuk kau cari balik. Buat solat hajat moga akan ada pertemuan yang seterusnya dengan dia."
    Cadangan Pali diterima baik oleh Haris. Itu sahaja sebaik-baik jalan penyelesaian. Allah pasti akan membantu hamba-hamba yang memohon petunujuk daripada-Nya.


DI SEPERTIGA malam, Sham bangun melabuhkan cintanya kepada Maha Pencipta. Bukan mudah untuk dia bangkit dan keluar dari zaman silamnya yang dirasakan cukup kotor dan perit untuk diingat kembali.

    "Ya Allah kenapa aku rasa lain sangat bila berhadapan dengan dia. Kerana dia juga yang telah banyak menyedarkan aku akan cinta-Mu. Aku malu sangat untuk berhadapan dengannya lagi. Tidak aku nafikan hati ini cukup gembira akhirnya Kau perkenankan doaku yang dulu untuk dipertemukan dengan insan yang ku rasakan sempurna agamanya di mataku. Pada masa yang sama, aku juga rasa tidak bersedia dan tidak layak untuk berada di sampingnya ya Allah..." Air jernih mula membasahi pipi Sham.
    "Bantulah aku yang lemah ini ya Rabb. Berikanlah aku petunjuk yang tepat."

    Haris juga sentiasa mengambil masa sebegini untuk meluahkan rasa rindu kepada Tuhan yang sentiasa menunggu hamba-Nya.
    "Ya Allah yang Maha Mengetahui isi hati yang terpendam dalam diri manusia. Kali ini buat pertama kalinya aku diuji dengan perasaan sebegini. Apa maksudnya ya Allah? Bantulah aku untuk menemukan jawapannya. Siapakah dia wanita yang ku rasakan cukup hebat itu?"

    Setelah selesai melakukan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan istikharah, Haris mengambil masa untuk lelap seketika sementara menunggu waktu Subuh.

    Kabus memenuhi ruang kamarnya. Kelibat seorang wanita juga dirasakan sukar untuk dilihat dengan jelas. Semakin lama gambaran itu semakin jelas dan dekat. Wanita itu berpakaian serba putih. Hanya mata biru laut yang kelihatan.
    "Ya zauji...ya zauji...ya zauji..." Itu sahaja yang disebut oleh wanita itu sebelum meninggalkan Haris Najmi.
    "Astaghfirullah..." Haris terjaga dari lenanya saat azan Subuh berkumandang. Ternyata mimpi itu datang lagi. Dulu sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia mimpi itu juga pernah menjengah dirinya.
    "Ya Allah andai itu jawapan dariMu, akan ku buru wanita itu untuk melengkapkan sunnah Rasulullah..."

Wednesday 14 December 2011

Aduhai Wanita...

Assalamualaikum wbt...

Kaifa haluk kullukum? Harapnya smua sihat2 belaka. Maaf dah lama x update blog ni. Ana smakin sbuk dgn assignment di phujung semester ni. So kena la dahulukan yg wajib.

Hari tu ana tdgr luahan dr seorg shbt(perempuan)  ttg tdg zman skarang. 

"Weh, aku rasa malu la tgk pmpuan zaman sekarang. Ko tgk la fesyen tdg skang. Ntahpaperntah. Lilit sana lilit sini. Tmbh lak lg dgn toncit kemain tggi lg ats kpala tu. Lawa sgt ke."

 
Ana pun tgk la sekeliling. A'ah mmg betul pun tdg skang memang pelik. Wanita kita telah dijajah pemikirannya melalui fesyen terkini. Nak bergaya x salah asalkan x berlebihan & menepati hukum syara'.


Adakah tudung labuh itu dilabel ketinggalan zaman?
Adakah memakai baju yg longgar itu dikatakan x up-to-date?


korang, agama Islam ni dh ckup cntik & sgt ssuai spjg zman. x de istilah ketinggalan zaman. Asal la pmikiran korang cetek sgt. Aturan Allah tu dah elok da..x payah nk memandai buat hkum sdri.


Bg sesiapa yg x tahu lg la kan...

Rasulullah pnah bersabda:


عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:

Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212,
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)-



 Rasulullah dh pesan awal2 klau buat mcm tu x dpt hidu bau syurga. Bau pun x dpt apatah lg nk msuk. 

Ya akhawatul karimah...


Agama Islam dh cuba utk mengangkat martabat kaum hawa stggi yg mngkin. Agama kita nk pelihara wanita drpd pkara yg x elok.So please la tlg la tutup apa yg patut. X perlu nk tayang pd bkn yg slayaknya. Jagalah aurat betul2. Smpan utk tatapan sang suami bkn utk tygn umum...


Kalau shbt ana yg pmpuan pun malu tgk ni apatah lg kaum adam. Menyampah lg ada la. Kalau bttup elok kan manis je.. Perempuan skang keliru agaknya balut dgn tutup aurat.. Jadi tlg la  jgn balut tp tutup dgn elok. Ramai je yg btdg skang tp pkaian ketat, jarang, lengan pendek n bnyk lg la yg x kena. Apa2 pun sblm kluar rmh tu ce tgk cermin. Tanya balik diri sdri pakaian aku ni buat Allah marah tak? 


Jgn peduli apa org nak kata sbb mulut manusia mmg x blh nk ttup tp kt kena pduli apa Allah akn kata ttg cara kt.


Akhirul kalam, maaf andai post kali ini agak kasar. tp ianya btujuan utk mbri kesedaran pd akhawat yg dsygi...

Sunday 4 December 2011

Apakah Sumbangan Kita???

Assalamualaikum wbt... Apa kabo iman kome? Harapnya makin meningkat la ye..





Pagi tadi ana ada program di fakulti ana. Mula2 malas juga nak pergi tp sbb dh byar kan nk x nak pergi je la.
 Rupa2nya Allah gerakkan hati ana pergi majlis tu utk dpt smthing utk dikongsikan bsama kalian. Firstly tahniah buat akhi Azim yg baru graduate smlm.. Smga snang dpt keje lpas ni..

Pesan akhi  Azim td..truskan mnuntut ilmu di sini.jgn sesekali bputus asa even kt gagal bnyk kali. Org yg bjaya pun pnah gagal jg krana kgagalan la yg mematangkan kita. Tuntut la ilmu bsugguh2 krana ummah di luar sana sdg menanti kt  bakal graduan utk kluar bbkti slpas mdpt sgulung ijazah. Islam jg memerlukan kita. Tak kisah la kalau pointer kita rendah sekalipun sbb ummah x pdg pointer kita tp memandang apa smbangan kita utk mreka.

Kata2 akhi bgtu menyentap kalbu ana & mmbuatkan ana bfikir smula apa tujuan ana brada di kmpus ni.. Bsar tggungjwb kt sbnarnya.

Kmudian Naib Canselor(NC) pula berbicara...
Beliau mengamanahkan kami yg mdgr utk mnympaikan kpd org lain.

NC menyuruh kita utk mjd ejen. Ejen apa?
bkn ejen insurans mahu pun ejen top up...
Tp ejen transformasi ummah..

kita la yg bakal mngubah apa yg x btulnya dlm ptadbiran yg ada skang..
kita la yg bakal mbawa 1 bnda baru yg x ada lg dlm malaysia ni...

1 persoalan beliau pd kmi knapa umat islam skang makin mundur klau nk dbndingkan dgn umat islam yg tdhulu lbih mju?

jwpan beliau amat mudah. Sbbnya umat islam sekarang malas bc al-Quran. Kla ada yg BACA pun blm tntu dia FAHAM kalau faham pun blm tntu dia HAYATI kalau dh hayati blm tntu dia AMALKAN...

kata2 beliau mmg tpat kena btg hdung ana..x dinafikan kt ni blajar bnda baru bnyk tp nk amalkan punya la payah gila bapak..apa kata lpas ni kita sama2 cuba amalkan 1 ilmu baru plahan2 dlm hdup kt.skit pun jd asalkan istiqamah...

Ilmu kita kena mendahului masyarakat krna kt yg bakal mjd pmimpin..msyrakat sekarang ramai yg dh lari dr landasan yg sebenar. Mmg mjd tugas kt utk mbawa mreka kmbali ke pangkal jln bpndukan AL-QURAN & SUNNAH Rasulullah saw...


Kt masih brada di tahap yg sgt rendah.. blm capai ke tahap IHSAN, IKHLAS  apatah lg AL-ABRAR. Al-abrar itu tahap yg plg tggi di mana kita hanya mmbri tnpa mhrapkan balasan.. Mampukah kita???

Tepuk dada tanya iman kita..Mampukah kita membri smbangan kpd msykt tnpa mhrapkan apa2 balsan.. Psoalan ni lbih dtujukan kpd ana yg sering alpa & leka...Sama2 la kita perbaiki diri lg utk mcapai ke tahap al-abrar..

Wallahu a'alam..

Sunday 27 November 2011

Tahun Baru ke Awal Muharram???

Assalamualaikum wbt...

Sblm ana nk tulis lbih lnjut, jom kita selami kisah di sebalik bulan muharram ni...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan/pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidak tdpt  bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Seringkali  thn hijri ini dilupakan & dpdg sbelah mata manakala tahun baru masihi pula dsambut dgn meriah dan ckup melalaikan. Lepas ni cuba kita tkar hari2 kt dgn mnggunakan tahun hijrah pula. Moga kita smua dpt memperbaiki amalan kita ke arah yg lbih baik

TAUBAT DIDAHULUKAN, AMAL IBADAH DIUTAMAKAN

Credit to Ahmad Luqman Hakim ats slogan yg ckup bmkna...



Buka buku baru, buka lembaran baru, catitlah kisah2 baru dlm menelusuri jln berliku mnuju Ilahi.. Nak brubah mjd lbih baik itu sukar jika tiada keazaman yg kuat dan matlamat yg  jelas.

Apa yg pntg? bukan kerjasama jwpannya..tp niat kita.  Allah pdg itu yg utama. Dunia makin hampir ke phujungnya. Fitnah jg makin bnyk yg tmbul dr sgala aspek.Moga kt smua dpt mhindarinya dgn mdalami ilmu agama & mngamalkannya..

Ayuh ikhwan & akhawat mengembara & trus mngembara mencari cinta Allah...Insya Allah nikmat halawatul iman tu x thgga...

Ana jg nk kgsikan antra amalan2 yg kt blh lakukan dlm bulan Muharram ni:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Akhir kalam hayatilah lagu ni...

Hijrah menuju Allah

Album : Devotees
Munsyid : Devotees


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah...


Sunday 20 November 2011

Lau Kana Bainana

Assalamualaikum wbt...

Jom ambil masa sekejap utk berselawat pd junjungan bsar Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'ala alhi wasohbihi wabarik wasallim. (7x)



Agak-agak la kan dlm sehari brapa bnyk sunnah Rasulullah  yg kt dpt buat? Tepuk dada tanya iman. Ana sdri pun ntah brape je yg dpt amalkan dlm sehari. Dekat sini ana nak kngsi sikit antara sunnah2 Nabi kita yg mdh utk kita laksanakan, insya Allah.

Lepas ni kt cba jaga ek sunnah ni stiap hari..

1. Tahajud
-krna kmuliaan seorg mkmin tletak pada tahajudnya.

2.Baca al-Quran sblm terbit matahari
-izinkan mata kt mlihat kitab suci itu sblm mlihat dunia. Baca dgn pnuh tartil & fahamkan. x bnyk pun sikit jadi la kan..

3.Jgn tggalkan masjid trutamanya pd wktu Subuh
- mulakan hari ptama kt dgn mlgkah ke msjid sblm ke kmpus atau tmpat lain. Allah suka pd hambaNya yg meng'imarahkan rmh Allah.

4.Jaga solat Dhuha
-kalau jadual kelas korang x pnuh apa slhnya ambil masa dlm 10 minit utk buat solat Dhuha ni. Insya Allah kunci rezeki ada di sini.

5.Jaga sedekah stiap hari
-Allah suka pd org yg bsdekah & para malaikat pula akan mendoakan sesiapa yg bsdekah. Niat kena la btul sblm nk bsedakh tu. Sedekah bkn bmksud kena kluar duit stiap hari..Tlg susun selipar sblm msuk rmah or blik pun  dikira sdekah.Senyum pd org lain pun sedekah tp jgn la snyum yg mnggoda pula ye.huhu...Tlg lecturer angkt brg ke..kalau nmpk sampah or something yg mhalang pjlanan org lain. Apa salahnya alihkan or buangkan.Itu pun sdekah jg.Mudah kan Allah tu nak bg pahala kat kt. Kita ni je yg smbong dgn Allah. Org yg mnulis ni pun kdg2 liat je nk buat tp jom la kt sama2 pbaiki diri.   

6.Jaga wudhuk terus menerus
-Allah syg pd hamba yg suka bwdhuk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib "org yg slalu bwdhuk sntiasa akn mrasa sllu bersolat & djga oleh malaikat dgn 2 doa "ampuni dosa & sayangi dia ya Allah". Jadi, bila kentut je pergilah ambil wudhuk.Jenuh la mcm tu. Klau org yg ada angin mcm mana? Asyik2 nk tkntut? gi minum eno dulu kut. buang smua angin dlm bdn tu bru lega..hahakk..apa2 pun sntiasa perbaharui wudhuk..

7.Amalkan istighfar stiap saat
 -kita ni kan sllu sgt buat dosa..stiap hari kut.kt je yg x sedar. mengata org ni skit, dosa dh. Terdetik pkra yg bkn2 dlm hti kt, dosa dh, tpandang ikhwan or akhawat, dosa dh.Jadi, sbnarnya ada je dosa yg kt buat. So, selalulah beristighfar.

Sbg pnutup, jom kt cuba ikuti sunnah  ni perlahan-lahan.Insya Allah lama-lama nnti dh sebati.Bila dh sebati nk tggalkan pun rasa janggal. Hayatilah lagu ni...


Wallahu a'alam.

Monday 14 November 2011

Salam Taaruf

Assalamualaikum pemula tinta...

Sbenarnya dah lama ana nak buat blog. Baru sekarang berkesempatan setelah banyak kerja lain yg prlu diutamakan. Ana akn cba mnulis sbnyk yg mngkin jka tiada prkara lain yg mghalang. Moga mbri mnfaat pd yg mmbaca (kalau ada yg sudi bc blog ni). Kalau ada salah silap,tegurlah ana kerana ana x smpurna mana. Niat ana hanya satu utk bkgsi ilmu apa yg ana dpt spjg di arena kehidupan di alam kampus.

Dlm hadith Rasulullah sdri bginda bsbda:
انما الأعمال بالنيات

"ssguhnya dtrima amal pbuatan itu bgntung pd niatnya..."

Moga niat ana sntiasa betul...

 
Akhir kalam salam perkenalan utk smua...