Sunday 27 November 2011

Tahun Baru ke Awal Muharram???

Assalamualaikum wbt...

Sblm ana nk tulis lbih lnjut, jom kita selami kisah di sebalik bulan muharram ni...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan/pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidak tdpt  bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Seringkali  thn hijri ini dilupakan & dpdg sbelah mata manakala tahun baru masihi pula dsambut dgn meriah dan ckup melalaikan. Lepas ni cuba kita tkar hari2 kt dgn mnggunakan tahun hijrah pula. Moga kita smua dpt memperbaiki amalan kita ke arah yg lbih baik

TAUBAT DIDAHULUKAN, AMAL IBADAH DIUTAMAKAN

Credit to Ahmad Luqman Hakim ats slogan yg ckup bmkna...



Buka buku baru, buka lembaran baru, catitlah kisah2 baru dlm menelusuri jln berliku mnuju Ilahi.. Nak brubah mjd lbih baik itu sukar jika tiada keazaman yg kuat dan matlamat yg  jelas.

Apa yg pntg? bukan kerjasama jwpannya..tp niat kita.  Allah pdg itu yg utama. Dunia makin hampir ke phujungnya. Fitnah jg makin bnyk yg tmbul dr sgala aspek.Moga kt smua dpt mhindarinya dgn mdalami ilmu agama & mngamalkannya..

Ayuh ikhwan & akhawat mengembara & trus mngembara mencari cinta Allah...Insya Allah nikmat halawatul iman tu x thgga...

Ana jg nk kgsikan antra amalan2 yg kt blh lakukan dlm bulan Muharram ni:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Akhir kalam hayatilah lagu ni...

Hijrah menuju Allah

Album : Devotees
Munsyid : Devotees


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah...


No comments:

Post a Comment