Assalamualaikum semua..
Kaifa halukum jami'an? Harapnya semua sihat luar dan dalam. Kita semua dah masuk ke fasa ketiga di bulan yg penuh barakah ni. Apa lagi, jom la tukar gear maximum untuk racing merebut malam Lailatul Qadar.
Untung kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Allah sangat sayangkan kita. Dia bagi kita nikmat yg x terhingga untuk merebut pahala yg berlipat kali ganda.
Dalam surah Al-Qadr ayat 2, Allah berfirman maksudnya:
“Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Dengan kata lain, siapa yang beramal dan melakukan kebaikan pada
malam itu, dia seolah-olah telah melakukannya selama 1000 bulan. Mudahnya Allah nak bagi pahala.
Umat akhir zaman ni umur setakat 60-70 je. Mana sempat nak cari pahala sampai 1000 bulan. Nah, Allah dah bagi jalan! Ambil la jangan sombong sangat. Umat terdahulu boleh hidup sampai beratus-ratus tahun. Depa boleh buat banyak amal untuk mencari pahala lebih. Kita bila dah umur 70-an tu belum tentu sihat lagi. Nak beramal pun macam x de feeling je. Kalau nyanyuk lagi parah. Dah x ingat sangat apa bacaan2 yg selalu kita amalkan.
Hidup kita hanya sekali. So, jom kita enjoy mengikut skema dari Allah.
من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
“Barangsiapa yang membangunkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
Insya Allah kita akan dapat keampunan tu sebab Allah x pernah memungkiri janji-Nya. Kita yg manusia ni je selalu mungkir janji dengan Allah. Dah taubat lepas tu buat jahat balik...Moga lepas ni kita tetapkan hati utk terus istiqamah berbuat kebaikan.
Isi la malam-malam terakhir ni dengan zikir, baca Al-Quran, qiyamullail. Biar hati kita menggebu dengan rasa cinta pada Ilahi.
Jangan pula dah hujung2 ramadhan ni pi bantai tiduq dari sahur sampai ke petang. Memang sia-sia la der puasa kau! Suka-suki je tinggalkan solat. Kita ni orang Islam. Tak malu ke tinggalkan suruhan Dia. Bila tengah susah reti pula nak berdoa pada Dia. Minta itu minta ini. Sujud pada Dia sekali pun tak. Harap puasa dengan menahan lapar dan dahaga je.
Sebelum ana
akhiri kalam ni, pesanan ini ditujukan
khas utk diri sendiri yg sering alpa
dan leka..
Moga keluar dari madrasah Ramadhan ni, hati ini akan terus melakukan amalan2 lazim yg dah dilakukan sepanjang sebulan (baca al-Quran, qiyam, menjaga diri dari segala aspek). Jangan hanya di bulan puasa je baru kita nak buka Al-Quran. Dah setahun tinggal sampai berhabuk baru nak baca balik..No..no..no..silap besar ni.
Jom perbaiki diri dari hari ke hari demi menggapai redha Ilahi..
Isi la malam-malam terakhir ni dengan zikir, baca Al-Quran, qiyamullail. Biar hati kita menggebu dengan rasa cinta pada Ilahi.
Jangan pula dah hujung2 ramadhan ni pi bantai tiduq dari sahur sampai ke petang. Memang sia-sia la der puasa kau! Suka-suki je tinggalkan solat. Kita ni orang Islam. Tak malu ke tinggalkan suruhan Dia. Bila tengah susah reti pula nak berdoa pada Dia. Minta itu minta ini. Sujud pada Dia sekali pun tak. Harap puasa dengan menahan lapar dan dahaga je.
Rugi
gila bagi sesiapa yg x nak rebut
pahala di bulan Ramadhan kareem..