Kita masih di bulan syawal kan. Jadi saya nak ucapkan selamat hari raya aidilifitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Taqabbalallahu minna wa minkum.. Siapa yg belum lg puasa 6 cepat2 settlekan selagi masih ada masa ni.. Pahalanya umpama kita puasa sepanjang tahun. Jom rebut pahala yg Allah nk bg free.. Baik kan Allah mcm2 Dia bg nikmat kat kt. Kita aje yg x reti nak bersyukur mungkin hanya pandang dgn sebelah mata.
Ingat jangan bagi roh ramadhan hari tu hilang macam tu saja..keep on baca quran..kalau bulan puasa boleh bc 2 atau 3 juzuk sehari bulan yg seterusnya ni at least 1 juzuk pun dah kira okey..
Memandangkan dah masuk bulan 9, ramai adik2 kita yg sudah mendaftar masuk ke universiti tak kira la dalam mahupun luar negara. Matlamatnya tetap sama iaitu menuntut ilmu. Tak kira kat mana pun sama aje yg penting syariat yg Allah dah tetapkan sentiasa kita dahulukan.
Buat adik2 ahlan wasahlan ilal jami'ah..(selamat datang ke universiti...)
Belajaq rajin2 na.. Besaq harapan mak dengan pak nak tengok hangpa berjaya. Dah masuk u ni cabarannya lagi besar. Pandai2 bawa diri. Jangan mudah terpengaruh dengan org lain. Be yourself is more than enough.
Wahai adikku,
Pertama kali melangkah ke medan universiti,
Pelbagai rasa datang menerjah pintu hati,
Yakinlah kerana kita punya Ilahi,
Yang sentiasa di sisi untuk menemani.
Wahai adikku,
Harapan ibu ayah dibawa bersama,
Sebagai permulaan langkah yg pertama,
Jangan alpa dan leka,
Kelak kau akan menyesal dan merana.
Wahai adikku,
Di menara gading banyak cabarannya,
Bekalkan diri dengan iman dan taqwa,
Moga kau dapat tempuhi dengan mudahnya,
Menjadikan dirimu lebih bijaksana.
Untuk semua pelajar baru dan lama, perbaharui niat setiap sem. Moga Allah permudahkan segala urusan kita sepanjang mencari Ilmu.. moga keluar kita dari medan perjuangan itu nanti dapat berbakti pada umat, agama dan negara..
Wallahua'alam...