Sunday 25 December 2011

Istikharah Cinta: 7 Julai...

SHAM IZWANI leka memerhatikan buku-buka agama yang berada di Popular itu. Di tangannya sudah ada buku yang dicari tapi hatinya tidak mahu pulang lagi. Tanpa disedari tubuhnya dilanggar seseorang sehingga terlepas buku yang berada dalam pegangannya.

     "Maaf, saya tak sengaja." Haris Najmi berasa serba salah. Matanya kini terpaku pada insan yang berada di hadapannya. Semuanya serba hitam. Tudung besar bidang 60 hitam, blaus labuh hitam, kain hitam, niqabnya hitam,sandal dan stokin juga bewarna hitam. Hanya satu yang paling menyerlah iaitu perempuan itu memiliki sepasang mata biru laut yang cukup cantik. Orang Arab mungkin.
     "Asif jiddan." Haris mengulang kembali perkataan maaf dalam bahasa Arab. Sham terkedu kerana insan yang selama ini hanya berada dalam doanya kini sudah berada di hadapannya.
     "Ris..." Hanya itu yang terlafaz di sebalik purdahnya. Sangat perlahan tapi sudah cukup utk smpai ke pendengaran Haris.
     "How do you know my name?" Aku pernah jumpa kat mana-mana ke?
     "Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu." Sham terlebih bijak menutup malu. Tangannya dilekap ke telinga seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang dan berlalu meninggalkan Haris.

    Ceh, dia bukan cakap dengan aku ke! Malunya ya Allah. Haris mengetuk perlahan kepalanya. Tapi bahasa yang aku dengar tadi bukan bahasa Arab maknanya dia orang Melayu la. Tapi mata dia warna biru. Pakai lens kot.
    Haris baru tersedar buku perempuan tadi ada di tangannya. Allah! Macam mana boleh lupa nak bagi ni. Kepalanya dipusingkan 360 darjah untuk mencari kelibat perempuan tadi tapi tiada. Akhirnya dia membawa buku itu ke kaunter pembayaran. Kalau jumpa lagi boleh bagi pada dia.
    Sham melajukan langkahnya meninggalkan kedai buku itu. Ya Allah dia benar-benar berada di hadapanku kini. Dia dah habis belajar kat Cairo ke?


BUKU Bawalah Hatimu Kepada Tuhan kepunyaan insan yang tidak diketahui namanya itu diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya.

     Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia. Penampilan yang sangat berbeza dengan orang lain. Purdah yang menutupi wajahnya juga lain dari yang lain. Selalunya kalau perempuan Malaysia nak pakai purdah guna kain yang lain tapi warna yang sama. Dia tak. Purdahnya dari kain bidang tudung yang sama juga. Paling tak boleh lupa, mata dia. Kenapa aku rasa familiar sangat dengan mata tu?
     Sony Ericsson W20 yang mendengdangkan For The Rest of My Life melenyapkan segala kekusutan yang melanda dalam benaknya.

    "Assalamualaikum akhi. Apa cerita sejak jejak Tanah Melayu ni? Senyap je." Haris mengeluh perlahan.
    "Kenapa ni Haris? Macam ada masalah besar je. Ce cite dengan aku." Pali di hujung talian setia menanti.
    "Jom keluar weh. Nanti aku cerita kat kau."
    "Woi, kau ingat Penang dengan Puchong ni dekat sangat ke?" Apa kena dengan kawan aku ni. Tak sampai seminggu sampai tanah air jadi mereng ni apa hal?

    Haris menepuk dahinya. "Sorry der. Aku lupa bagi tahu kau yang aku ada kat KL sekarang. Aku duduk rumah abang aku. Umi dengan ayah aku pun ada dekat sini. So aku memang tak balik Penang lagi."

    "Tu la kau. Lain kali habaq awal-awal. Tak de menyusahkan orang. Nak jumpa kat mana ni?"
    "Jom lepak kat Sate Kajang. Tak jauh sangat kan dengan rumah kau."
    "Okey. Dalam setengah jam lagi aku sampai." Talian dimatikan. Masing-masing bersiap untuk date. No dating with women before akad. Dengan kawan sejantina boleh diterima akal lagi selagi tidak melanggar syara'.


 HARIS NAJMI setia menunggu teman sekuliahnya di Cairo dulu. Allah menemukan mereka di bumi anbiya' itu dan mereka juga tinggal serumah di sana. No wonder la hubungan yang terjalin sangat akrab.

    "Assalamualaikum ya zamili." Salam disambut dan mereka berpelukan serta berlaga pipi. Budaya arab itu juga telah lama sebati dalam diri mereka. Kalau orang yang tak faham mesti ingat mereka berdua ni gay. Tapi sayangnya ramai yang tak tahu itu juga budaya Rasulullah untuk mengeratkan lagi ukhuwah. Ingat orang perempaun je boleh laga pipi. Lelaki pun boleh la.
    "Cepat la cerita." Dzul Fadzly atau lebih dikenali sebagai Pali duduk berhadapan dengan Haris tidak sabar untuk mendengar masalah yang dihadapi sahabatnya.
    "Kut ye pun excited nak dengar cerita aku, order la air dulu ke. Kau nak sate apa?" Haris mencicip limau ais di hadapannya.
     "Bagi sate ayam 10 cucuk dengan sirap limau ais satu." Pekerja kedai tadi telah berlalu setelah mengambil pesanan.

     Kali ini pandangan Pali jauh menikan mata Haris sebagai tanda untuk dia cepat menceritakan hal yang sebenarnya. Haris yang mengerti mula membetulkan duduknya.

    "Macam ni al kisahnya. Petang tadi aku pergi kedai buku. Aku ada terlanggar seorang perempuan ni..."
    "Aku dah agak mesti pasal perempuan punya. Kalau tak kau tak ada mengeluh berat beno bila aku call tadi." Pali menggelengkan kepalanya.
   
    Haris merengus kecil. "Kau ni tadi beria suruh aku cerita. Aku tak habis lagi kau dah potong cakap aku." Pali tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik. "Sorry. Sila sambung kembali ya pak."

    "Penampilan dia sangat terjaga. Susah nak tengok perempuan sekarang yang begitu menjaga auratnya. Semuanya tertutup. Aku just nampak mata dia je. Warna biru laut macam Laut Matrouh yang kita pernah pergi dulu."
    "Haru la kau. Ada ke patut samakan mata perempuan tu dengan laut kat Mesir sana. Orang Arab ke?" Sate yang baru tiba di mejanya dijamah.
    "Itulah pasal. Aku pun ingat orang Arab tapi dia cakap Melayu."
    "Apa nak peliknya. Orang Arab ramai la kat Malaysia ni. Bahasa kita pun bukan susah sangat nak belajar." Haris berfikir sejenak. Kata sahabatnya itu ada benarnya.

    Haris mengambil sate daging dan dicicahkan ke dalam kuah kacang. Mereka menikmati seketika makanan yang berada di hadapan mereka. Memang dah lama tak makan makanan Malaysia. Peluang balik bercuti kali ini sebelum tahun terakhir mereka sebagai pelajar medik digunakan sebaik mungkin untuk berada di samping keluarga tersayang.

    "Tapi bila dia pandang muka aku, dia sebut Ris. Itu lagi buat aku bertambah pelik."
    "Macam mana dia tahu nama kau pulak." Cerita sahabatnya semakin menarik untuk didengari.
    "Lepas tu aku tanyalah mana dia tahu nama aku. Dia jawab, 'Ris saya tak jumpa la buku yang awak nak tu.' Rupa-rupanya dia cakap dengan telefon. Malu gila. Aku rasa nak aje sorok muka ni belakang almari buku banyak-banyak tu."

    Ketawa Pali dah meletus terlebih dahulu. "Lawak la cerita kau. Buat malu kaum aje. Tapi kalau aku ada kat tempat kau pun aku buat macam tu juga. Dah la nama panggilan kita yang dipanggilnya. Lepas tu apa jadi?"
    "Dia pergi macam tu je. Buku dia ada pada aku. Tak perasan la tu lepas berlanggar dengan aku." Limau ais sudah tinggal separuh gelas.
    "So, apa masalah kau sekarang?"
    "Entahlah Pali. Aku asyik teringat mata dia je ni."
    "Jangan kata kat aku yang kau dah jatuh cinta."
    "May be..." Pandangan Haris jauh dilemparkan ke arah bangunan Metro Kajang yang berada di hadapan kedai makan yang cukup sinonim dengan Kajang.

    Pali tersedak mendengar jawapan Haris. "Parah dah kau ni. Baru jumpa, kenal pun tak lagi dah jatuh cinta."
    "Kau kan ada pengalaman. Macam ni ke perasaan bila dah suka seseorang?" Mata Haris bersinar memandang Pali. "Apasal kau tanya aku pula?"
    "Iyalah kau tu dah bertunang. Sebelum tunang kau dah kenal si Adila tu kan."
    "Memanglah tapi at least aku dengan dia belajar di tempat yang sama. So dapatlah aku kenal dia sedikit sebanyak. Untuk mengelakkan dari tersasar jauh aku ikat dia dulu. Kau tu nama perempuan tu pun kau tak tahu macam mana nak settle ni?"

    Haris semakin buntu. Masing-masing memikirkan jalan keluar. "Macam ni la Ris. Kau istikharah dulu minta petunjuk betul ke dia tulang rusuk kau yang Allah hilangkan tu untuk kau cari balik. Buat solat hajat moga akan ada pertemuan yang seterusnya dengan dia."
    Cadangan Pali diterima baik oleh Haris. Itu sahaja sebaik-baik jalan penyelesaian. Allah pasti akan membantu hamba-hamba yang memohon petunujuk daripada-Nya.


DI SEPERTIGA malam, Sham bangun melabuhkan cintanya kepada Maha Pencipta. Bukan mudah untuk dia bangkit dan keluar dari zaman silamnya yang dirasakan cukup kotor dan perit untuk diingat kembali.

    "Ya Allah kenapa aku rasa lain sangat bila berhadapan dengan dia. Kerana dia juga yang telah banyak menyedarkan aku akan cinta-Mu. Aku malu sangat untuk berhadapan dengannya lagi. Tidak aku nafikan hati ini cukup gembira akhirnya Kau perkenankan doaku yang dulu untuk dipertemukan dengan insan yang ku rasakan sempurna agamanya di mataku. Pada masa yang sama, aku juga rasa tidak bersedia dan tidak layak untuk berada di sampingnya ya Allah..." Air jernih mula membasahi pipi Sham.
    "Bantulah aku yang lemah ini ya Rabb. Berikanlah aku petunjuk yang tepat."

    Haris juga sentiasa mengambil masa sebegini untuk meluahkan rasa rindu kepada Tuhan yang sentiasa menunggu hamba-Nya.
    "Ya Allah yang Maha Mengetahui isi hati yang terpendam dalam diri manusia. Kali ini buat pertama kalinya aku diuji dengan perasaan sebegini. Apa maksudnya ya Allah? Bantulah aku untuk menemukan jawapannya. Siapakah dia wanita yang ku rasakan cukup hebat itu?"

    Setelah selesai melakukan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan istikharah, Haris mengambil masa untuk lelap seketika sementara menunggu waktu Subuh.

    Kabus memenuhi ruang kamarnya. Kelibat seorang wanita juga dirasakan sukar untuk dilihat dengan jelas. Semakin lama gambaran itu semakin jelas dan dekat. Wanita itu berpakaian serba putih. Hanya mata biru laut yang kelihatan.
    "Ya zauji...ya zauji...ya zauji..." Itu sahaja yang disebut oleh wanita itu sebelum meninggalkan Haris Najmi.
    "Astaghfirullah..." Haris terjaga dari lenanya saat azan Subuh berkumandang. Ternyata mimpi itu datang lagi. Dulu sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia mimpi itu juga pernah menjengah dirinya.
    "Ya Allah andai itu jawapan dariMu, akan ku buru wanita itu untuk melengkapkan sunnah Rasulullah..."

No comments:

Post a Comment