Saturday 4 January 2014

Penat sangat ke?

Assalamualaikum semua..

Dah masuk tahun 2014 pun. Maaf lama sangat x update blog ni. Maklum la sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar.. Ini pun menyelit kejap time tengah study utk update..

Belajar...belajar..belajar...
Menuntut ilmu tu takkan pernah tamat sampai  la kita mati pun sebab menuntut ilmu tu bermula dari buaian hingga ke liang lahad.

Ilmu Allah tu kan luas. So kita kena la kaut sebanyak yg mungkin selagi masih bernafas. Tipu la kata tak penat asyik belajar dari tadika sampai la dah masuk alam universiti ni. Penat kot..Tapi makin kita belajar makin bodoh sebenarnya kita ni sebab banyak sangat benda yg kita tak tahu. Pointer tinggi pun kalau bab akhirat ke laut pun x guna juga..betoi ke idak yop?

Kerdilnya la hai diri ni kan. Allah tu Maha Besar dan Maha Mengetahui segala benda yg ada dalam dunia ni. Tapi kata-kata arwah Ammar telah banyak membuatkan hati manusia zaman sekarang ni tersentap termasuk la ana yg x ada menyumbangkan apa2 lagi utk ummah.

"Dunia ni memang tempat utk kita rasa penat dengan perjuangan..kat syurga nanti kita rehat la.."



Pemergiannya telah membuka banyak hati anak muda utk mengikuti jejak langkah beliau. Moga Malaysia akan dibanjiri dengan anak muda yg bersemangat untuk meneruskan perjuangan para nabi seperti arwah. Anak muda kena bangkit sekarang untuk menyelamatkan ummah di akhir zaman yg sudah semakin tenat dengan pelbagai penyakit dan virus yg semakin galak merebak.

Apa perisai yg kita ada sebagai anak muda yg org masih pandang lemah ni??

Perisai kita adalah dengan menuntut ILMU 
&
Turun berkhidmat utk MASYARAKAT 

Fikirkan apa sumbangan kita utk ummah. Ambil tahu apa yg berlaku pada saudara2 kita kat Palestin, Syria, Mesir, Rohingya malah seluruh pelusuk dunia. Jangan asyik dok menghadap laptop...main game aje 24 jam..melepak x tentu hala.. At least spend some time to think about our contribution to our sisters and brothers there.

Ayuh  anak muda kita bangkit utk meneruskan perjuangan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.. Besar harapan arwah utk melihat negara kita kembali pada zaman kegemilangan Islam semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh dulu.

Takbir!
Allahu akbar!
Takbir!
Allahu akbar!
Takbir! 
Allahu akbar!

Tegakkan Islam di tanah air kita. Hapuskan segala hiburan yg dah lama merosakkan fikiran anak muda. Kita dah terlalu lama duduk dalam zon selesa. Keluar la dari zon hijau letakkan diri kita dalam zon merah pula. Jom bawa pembaharuan. Brunei dah laksanakan hudud. Malaysia bila lagi? 

* al-Fatihah utk arwah Ammar... 

No comments:

Post a Comment