Wednesday 12 August 2015

Novel Ke-2

Assalamualaikum..

Maaf lama dah x update blog ni atas kesibukan  menghabiskan tahun terakhir sebagai pelajar universiti..

Kepada semua  yg menantikan karya saya yg seterusnya, tahun ni baru ada. Alhamdulillah setelah melalui pelbagai proses hampir setahun lebih lamanya terbit juga manuskrip ni.

Setelah tiga tahun baru saya kembali dengan karya terbaru.
Terima la Bius Cinta Dari Ardul Kinanah...


Sedikit gambaran tentang novel ni utk tatapan korang semua..

“Abang  Ngah  sibuk  sangat  nak  paksa  Sham  buat  benda  yang  Sham  tak  suka  ni  kenapa?  Abang  Ngah  ingat  semua  perempuan  bertudung  tu  baik  ke?” – Sham Izwani

            Dari  blog  turun  ke  hati.  Itulah  yang  berlaku  pada  Sham  Izwani.  Jika  dulu  hidupnya  mengagungkan  hukum  duniawi  tapi  kini  cinta  Ilahi  yang  dijejaki  untuk  membentuk  peribadi  menjadi  muslimah  yang  sejati.  Darul  Quran  menjadi  pilihan  di  hati  untuk  menjunjung  amanah  kitab  Ilahi.  Di  sana,  hatinya  diuji  dengan  cinta  seorang  lelaki  yang  mahu  merebut  cintanya  terhadap  Rabbul  ‘Izzati.

“Hang  dah  kenai  aku  lama  kan.  Tolong  la  faham  keadaan  aku.  I  need  some  time  for  myself.  It  is  not  easy  for  me  to  go  through  and  forget  about  it  easily.  Bila  dah  sampai  masanya  nanti  Allah  hadirkan  seorang  wanita  yang  mampu  melengkapkan  hidup  aku,  aku  takkan  tolak.” – Haris Naim

            Haris  Naim  merupakan  seorang  pemuda  yang  menuntut  di  bumi  anbiya’  mula  memperkasakan  diri  mencari  ilmu  perubatan  dan  ukhrawi  untuk  dijadikan  benteng  pertahanan  diri.  Pengalaman  lalu  yang  amat  memeritkan  menjadikan  dia  trauma  dengan  insan  bergelar  perempuan  sehingga  hadirnya  seorang  muslimah  yang  berjaya  mencairkan  hati  yang  dahulunya  dingin  bagaikan  ais  di  kutub  utara.

“Awak  kena  percaya  kita  merancang  dan  Allah  juga  merancang  kan.  But  Allah  is  the  best  planner  isn’t  it?  Andai  kata  penantian  awak  tu  terlalu  lama  dan  saya  masih  tidak  muncul,  awak  terimalah  mana-mana  lelaki  yang  baik  untuk  memiliki  awak.”  - Haris Naim

“Kalau  betul  Sham  belum  berpunya,  saya  nak  masuk  meminang  dia.  Tak  payah  tunang  pun  tak  apa  terus  kahwin.” – Najmuddin Rabbani

Saat  bahagia  yang  ingin  dikecapi,  takdir  Allah  tidak  dapat  dihindari.  Najmuddin  Rabbani  datang  menuntut  janji.  Siapakah  yang  bakal  menjadi  pilihan  Sham  Izwani?  Adakah  untuk  terus  setia  dengan  Haris  Naim  ataupun  memilih  untuk  hidup  bersama  Najmuddin  Rabbani?

 Korang boleh dapatkan novel ni di kedai buku yg berdekatan atau beli online je kat www.p2u.my.

Kalau dah baca nanti komen je kat sini kay. :-)

29 comments:

  1. Bentuk cerita dri permulaan..hingga akhir...sgt menarik..actually,like your style writing,the best novel i've read,sbb byk info2 baru yg saya dpt..harap ade lgi novel keluaran baru,keep in writing..btw ape tajuk novel pertama?? please reply soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. First skali trima kasih sbb sudi dptkan novel ni.
      Any negative comment for me? Blh saya improve for the next novel insya Allah.novel pertama utk bdk sek tajuk Dorm Puteri Banafsaji..

      Delete
  2. reading this novel right now. tahniah atas penulisan yang penuh pengisian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Enjoy your reading.
      Once you've done read it please feel free to drop any comments here.thanks again..:-)

      Delete
  3. reading this novel right now. tahniah atas penulisan yang penuh pengisian.

    ReplyDelete
  4. Penuh pengisian. Jangan pernah berhenti dakwah melalui pena ini..teruskan..sangat memberi pengalaman membaca yg berbeza..jauh lebih baik drpd novel sekrg yg bnyk tersasar..lagi satu..bnyk sangat isi2 yg mampu menyentuh hati untk berfikir dan tarbiah balik..bagus sangatttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ssb sudi bc karya saya yg bnyk kekurangan ni..

      Delete
  5. Assalamualaikum....sy suka jalan crita novel ni...ilmu yg sgt bermnfaat byk terlakar dlm novel ni...sy tersentuh ms bca novel ni...i hav read since i in graduation moment...good luck too u to create such islamic novel..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...sy ska pengisian dlm novel ni..islamic mmpu mnrik ramai jiwa mengenal indah nya islam dr byk sisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala pujian hanya utk Dia sbb dr Dia yg mengirimkan ilham.
      Diri ni bnyk lg yg perlu dipelajari..btw thanks sbb sudi dptkan novel ni..

      Delete
  7. InsyaAllah....yg baik smua dr yang Maha Agung....Alhmdulillah..smoga ad yg lebih baik lepas ni

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt,..anti sgt kagum dgn ketulusan anta mnulis sambil berdakwah..moga pendekatan ini mdktkan lagi silaturrahim kta pdNya n sesama ummah.syukran ya zilan,tuan penulis.moga karya2 tuan penulis akan anti simpan baik,di kongsi serta moga karya2 tuan semakin bertambah dgn ide2 yg baik.wassalam

    ReplyDelete
  9. dah baca..mnyentu qalbu sngt msa kat palestin..
    harap dpt hasilkan karya yg lg baik

    ReplyDelete
  10. First time saya kagum dengan penulis novel yang saya baca then saya tengok sape penulis and i was surprise "wow lelaki penulis novel ni" . And yeah novel ni islamic sangat . Banyak benda baru yang saya belajar drp novel ni. Fyi dua kali kluar air mata saya baca novel ni . hope dapat keluarkan lagi novel islamic camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene mana yg smpai kluaq ayaq mata tu?insha Allah..mohon doanya untuk menyiapkan manuskrip seterusnya..

      Delete
  11. Alhamdulillah, satu garapan yg indah. Mudah2an ade lg novel yg akan dtg dr tuan. Doa saya moga tuan dpt menghasilkan lebih byk novel yg islamik. In syaa Allah. Syabas, tuan.

    ReplyDelete
  12. Best novel in...bnyk pngajaran

    ReplyDelete
  13. Baru jahh baca novel ni..Alhamdulillah..okay..cuma satu jah..banyak sangat kebetulan haris berjumpa dgn sham..mcm disengajakan..just my opinion..tpi memang menarik..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dah habis baca novel ni. Cerita sangat menarik. Part yg paling saya tersentuh masa seorang rakyat gaza meluahkan isi hati dia. Seriously saya menangis masa tu. Novel ni juga mengajar saya dua sunnah yg kita jarang amalkan iaitu senyuman yg manis dan memberi salam. Novel ni juga mengajar saya untuk menjadi bakal suami mithali. Doakan saya mendapat isteri yg solehah suatu hari nanti. Insyaallah. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe bro. Ilmu baru ke lama yg penting kt cuba amalkan kay. Remember 1 thing if you want a good wife you have to be a good husband as well. Solehahnya dia mengalir dr kesolehan kita.:-)

      Delete
  15. Antara novel yang sy tak rasa menyesal beli! Dapat byk ilmu dan input tambahan dalam novel. Syukran sebab berjaya hasilkan novel sebegini. :D Bukan apa, majoriti novel yang diterbitkan skrg sgt cliche dan kadang-kadang nak baca pun rasa muak. Jalan cerita sama dan tak ada intipati yng boleh dimanfaatkan. Teruskan berkarya dan diharapakn selepas ni, byk lagi novel2 mcm ni diterbitkan :)

    p/s ada kenal satu instagram ni, berpurdah dan mata warna biru. terus teringat ke Sham Izwani hihi. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn pendapat saudari sebab itu saya cabar diri saya utk menghasilkan novel lain dr yg lain utk mendidik masyarakat berpijak di dunia realiti.cukup2 la novel yg ada sekarang buat pembaca melayang ats angin.btw ig sape yg mata biru tu? Foreigner kot.hehe..

      Delete
  16. Asslamualaikum,berdasarkan syarat ketiga yang dinyatakan oleh syam izwani berkenaan akad nikah(rujuk m/s 417-418) adakah hadis atau dalil yang menyatakan berkenaan perkara tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bnyk perbincangan pasal ni.kalau aman dr fitnah blh je nk buat akad nikah dlm masjid. tp kalau fitnahnya lg besar smpai terjejas kesucian masjid so better buat kat tmpt lain la.ustz haryanto ada kata sebaik2 tmpt nk buat akad nikah di rmh kita sendiri. Kalau awk nk lg penjelasan blh baca kat sini https://almanhaj.or.id/2706-apakah-dianjurkan-akad-nikah-di-masjid.html
      Saya pun masih belajar. Kalau salah sila la tegur saya.:-)

      Delete
  17. Assalammualaikum saudara Azrad.
    Saya dah habis membaca karya ke-2 saudara ini.
    Bagi pendapat saya,karya ini banyak pengisiannya.Terutama tentang islam :)
    Ada beberapa perkara yang menyedarkan saya setelah membaca karya ini. Terima kasih di atas segala perkongsiannya.
    Saya sangat suka akan perwatakan Haris dan Sham. Ianya sangat menarik.Keperibadian mereka boleh dijadikan sebagai contoh ke arah mengejar cinta ilahi.
    Dalam karya ini, ada juga part yang menyayat hati dan sedih sewaktu Sham diduga kehilangan tunangnya,Haris yang ditimpal kecelakaan semasa cubaan menyelamatkan seorang kanak2 daripada serangan israel. Pada mulanya,saya menyakakan Haris sudah betul2 meninggal dunia.Sungguh saya merasa begitu simpati terhadap Sham.
    Namun,pengakhiran mereka berakhir dengan hubungan yang halal itu sangat mengembirakan hati saya.
    Saya harap karya saudara akan datang dapat diteruskan lagi dengan lebih baik. Terapkan agenda atau peristiwa atau jalan cerita yang penuh saspen dan mendebarkan hati pembaca.
    Penulisan ini sedikit sebanyak menuju ke arah dakwah bagi meraih cinta ilahi. Teruskan usaha ini.
    In syallah. Saya akan sentiasa mendukung anda dan mendoakan kejayaan anda di dunia mahu pun di akhirat. Amin... :-)

    ReplyDelete
  18. Thank you for this book.. Banyak kenangan dalam membaca buku ini.. Biarpun dah lama dikeluarkan,ia membuka hati sy untuk lebih memperbaiki diri.. Bkn sbb inginkan kehidupan spt Haris dan Sham, tp kerana inginkan redha ALLAH.. Semoga Azraq terus sukses hari ini dan hari2 akan dtg.. aminn.. and againn, thank you!

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kerna terbit novel ini.. Secara tidak langsung awak telah sedsrkan saya tentang wajib nya menutup aurat dengan sempurna serta menitiskan kan airmata saya dengan teguran yang sangat lembut...terima kasih kerana sedarkan saya semoga saya mampu jadi wanita solehah dan patut arahn allah selepas ini amin

    ReplyDelete
  20. Memang best sgt Novel nii . walaupun dh byk kali ulang😊byk motivasi dlm novel ni.

    ReplyDelete
  21. Aslmualaikum..novel ni byk kenangan bg saya..first jumpa novel ni kt kedai buku 5 thun lpas tp tk dpt nk beli,dpt tgk je..sedihlh jugk time tu.second trjumpa kt popular thun 2017 tk silap n alhmdulillah dpt beli tp thun tu jugk buku tu hilang ..sbb kwn pinjm..skrg nk cari susah dah..tp alhmdulillah buln lps scroll ² shoppe trjumpa lg buku ni sbb rse mcm byk pulk kenangan utk dptkn buku ni n alhmdulillah kmbali smula kpd saya hehe even sblum hilang tu dh brkali repeat bce..tringin sgt klau ade karya yg strusnya..

    ReplyDelete