Saturday, 24 November 2012

Innallaha ma'akum...

Bismillah pembuka kalam...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bertaubat memperbaiki diri dari hari ke hari.

Dah lama saya tak berkongsi cerita dengan korang semua. Hari ni Allah izinkan saya utk pergi ke satu talk yg berkaitan dgn saudara kita di Palestin sana.




Tak mampu ana tahan air mata ini daripada mengalir apabila melihat setiap detik saudara2 kita di Gaza diselubungi dgn ancaman yg dtg tanpa sebarang amaran. Mereka diserang ketika masih berada di sekolah. Tidak cukup di sekolah di rumah juga Israel masih melancarkan serangan bukan saja pada waktu siang bahkan malam.

kalau ada masa tengok la drama gaza ni

http://www.youtube.com/watch?v=GUCuFeBYCdc


Allahu akbar...
Mereka di sana duduk dlm kegelapan dihurung kesedihan
Sedangkan kita hidup di sini penuh keselesaan

Mereka di sana kekurangan makanan dan ada yg x dpt minum air utk beberapa hari apatah lagi utk berwudhu'. Kita di sini dah cukup semuanya tapi masih liat utk mengerjakan solat..

Kontra sangat kan kita dgn mereka?

Sila hayati video ini...Di manakah kita saat saudara seislam kita diseksa??? Apa yg mampu kita buat utk mereka? Tepuk dada tanya iman kita..




Ya ikhwan wa akhawat...ingat la janji Allah itu benar seperti dlm firmannya:


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
 (Surah al-Syarh:5-6)

Maksudnya: Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap2 kesukaran disertai kemudahan.

Percayalah wahai saudara2ku.. Palestin akan bebas tak lama lagi..Teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan kerana gencatan senjata tak menjamin apa2...

Sumbanglah sesuatu utk saudara2 kita di sana..

Akhir kalam, la tahzan ya ikhwan innallaha ma'akum (Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu semua).

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wa nikmannasir...

Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!



Saturday, 13 October 2012

Tahukah anda???

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah Allah  masih  sudi  bagi  ana  peluang  untuk  mencoret  tinta  untuk  semua.  Akhirnya  dapat  juga  ana  update  blog  ni  setelah  sekian  lama  menanti  masa  senggang.  Even  dah  mula  sem  pun  sesak  juga  nafas  ni  nak  gali  ilmu  baru  kali  ni.  Moga  Allah  permudahkan  segala  urusan  ana  dan  sahabat2  ana  sepanjang  berada  dalam  sem  baru  ni.

Baru2  ni,  dunia  digemparkan  dengan  filem  yg  menghina  baginda.  Apa  respon  kita sbg umat akhir zaman  ni?  Apa  yg  mmpu  kita  buat  untuk  mempertahankan  nama  baginda  daripada  dihina? Apa  dan  apa  lgi?  Tepuk  dada  tanya  iman  kita.




Kali  ni  ana  nak  kongsikan  apa  yg  ustaz  ana  bgtau  dlm  kelas.  Kita  cite  pasal  neraka  pula  ya.  Dah  selalu  sangat  dengar  orang  cite  pasal  syurga..

Allah  sukakkan  nombor  yg  ganjil  Seperti  mana  Dia  menciptakan  langit  dan  bumi  yg  ada  7  lapis  seperti  tu  juga  Allah  ciptakan  syurga  dan  neraka  yg  ada  7  tingkat.

Malaikat  Jibril  menceritakan  kpd  Rasul  SAW  tentang  neraka...


Tingkat  pertama  yakni  bawah  sekali  untuk orang-orang  munafik, dan  orang-orang  yg
 kafir  
 Tingkat  kedua  tempat  orang-orang  musyrikin  
  Tingkat  ketiga  tempat orang shobi'in bernama Saqar.
 Tingkat  keempat  tempat  Iblis  dan  pengikutnya 
  Tingkat  kelima  orang yahudi 
 Tingkat  keenam  tempat  orang nasara
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk tingkat ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
 Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
 Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi  s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
 Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 
 Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 
Allahu  akbar...sayangnya  Rasulullah  pd  kita  umat  akhir  zaman  ni  tp  apa  yg  kita  buat  utk  baginda  tersenyum  melihat  kt  di  akhirat  sana..  Di  saat  nyawa  baginda  ditarik  pun  lidah  baginda  x  pernah  jemu  menyebut  ummati...ummati...ummati..  Betapa  rindunya  baginda  terhadap  kita.  Kita  pula  sekarang  macam  mana?  Pernah  tak  dalam  sehari  berselawat  ke  atas  baginda?  Pernah  tak  dalam  sehari  cuba  utk  ikut  sunnah  baginda?  Pernah  tak?

Peringatan  utk  diri  sendiri  jg,  sama2  la  kita  lakukan  yg  terbaik  utk  buat  baginda  bangga  dgn  kita.  Jadi  bila  ada  org  kafir  yg  hina  Nabi  kita  of  course  kita  marah.  Itu  tanda  kita  syg  nabi.  Kalau  nk  dibandingkan  syg  kita  pd  nabi  besar  lg  sayang  baginda  thdap  umatnya.

Wa  akhiran,  allahumma  solli  'ala  muhammad  wa'ala  alihi  wa  sohbihi  wa  barik  wassallim..

Wallahua'alam...




Thursday, 6 September 2012

Ahlan wasahlan..

Assalamualaikum  semua..

Kita  masih  di  bulan  syawal  kan.  Jadi  saya  nak  ucapkan  selamat  hari  raya  aidilifitri  kepada  seluruh  umat  Islam  di  seluruh  dunia.  Taqabbalallahu  minna  wa  minkum..  Siapa  yg  belum  lg  puasa  6  cepat2  settlekan  selagi  masih  ada  masa  ni.. Pahalanya  umpama  kita  puasa  sepanjang  tahun. Jom  rebut  pahala  yg  Allah  nk  bg  free..  Baik  kan  Allah  mcm2  Dia  bg  nikmat  kat  kt.  Kita  aje  yg  x  reti  nak  bersyukur  mungkin  hanya  pandang  dgn  sebelah  mata.

Ingat  jangan  bagi  roh  ramadhan  hari  tu  hilang  macam  tu  saja..keep  on  baca  quran..kalau  bulan  puasa  boleh  bc  2  atau  3  juzuk  sehari  bulan  yg  seterusnya  ni  at  least  1 juzuk  pun  dah  kira  okey..

Memandangkan  dah  masuk  bulan  9,  ramai  adik2  kita  yg  sudah  mendaftar  masuk  ke  universiti  tak  kira  la  dalam  mahupun  luar  negara.  Matlamatnya  tetap  sama  iaitu  menuntut  ilmu.  Tak  kira  kat  mana  pun  sama  aje  yg  penting  syariat  yg  Allah  dah  tetapkan  sentiasa  kita  dahulukan. 

Buat  adik2  ahlan  wasahlan  ilal  jami'ah..(selamat  datang  ke  universiti...)


Belajaq  rajin2  na..  Besaq  harapan  mak  dengan  pak  nak  tengok  hangpa  berjaya.  Dah  masuk u  ni  cabarannya  lagi  besar.  Pandai2  bawa  diri.  Jangan  mudah  terpengaruh  dengan  org  lain.  Be  yourself  is  more  than  enough.

Wahai  adikku,
Pertama kali melangkah  ke medan  universiti,
Pelbagai  rasa  datang  menerjah  pintu  hati,
Yakinlah  kerana  kita  punya  Ilahi,
Yang  sentiasa  di  sisi  untuk  menemani.

Wahai  adikku,
Harapan  ibu  ayah  dibawa  bersama,
Sebagai  permulaan  langkah  yg  pertama,
Jangan  alpa  dan  leka,
Kelak  kau  akan  menyesal  dan  merana.

Wahai  adikku,
Di  menara  gading  banyak  cabarannya,
Bekalkan  diri  dengan  iman  dan  taqwa,
Moga  kau  dapat  tempuhi  dengan  mudahnya,
Menjadikan  dirimu  lebih  bijaksana.



Untuk  semua  pelajar  baru  dan  lama,  perbaharui  niat  setiap  sem.  Moga  Allah  permudahkan  segala  urusan  kita  sepanjang  mencari  Ilmu..  moga  keluar  kita  dari  medan  perjuangan  itu  nanti  dapat  berbakti  pada  umat, agama  dan  negara..

Wallahua'alam...

Thursday, 9 August 2012

Jom race, der!


Assalamualaikum semua..

Kaifa  halukum  jami'an?  Harapnya  semua  sihat  luar  dan  dalam.  Kita  semua  dah  masuk  ke  fasa  ketiga  di  bulan  yg  penuh  barakah  ni.  Apa  lagi,  jom  la  tukar  gear  maximum  untuk  racing  merebut  malam  Lailatul  Qadar.

Untung  kita  jadi  umat  Nabi  Muhammad  saw.  Allah  sangat  sayangkan  kita.  Dia  bagi  kita  nikmat  yg x  terhingga  untuk  merebut  pahala  yg  berlipat  kali  ganda.

Dalam surah Al-Qadr ayat 2,  Allah  berfirman  maksudnya:

“Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Dengan kata lain, siapa yang beramal dan melakukan kebaikan pada malam itu, dia seolah-olah telah melakukannya selama 1000 bulan.  Mudahnya  Allah  nak  bagi  pahala.

Umat  akhir  zaman  ni  umur  setakat  60-70  je.  Mana  sempat  nak  cari  pahala  sampai  1000  bulan.  Nah,  Allah  dah  bagi  jalan!  Ambil  la  jangan  sombong  sangat.  Umat  terdahulu  boleh  hidup  sampai  beratus-ratus  tahun.  Depa  boleh  buat  banyak  amal  untuk  mencari  pahala  lebih.  Kita  bila  dah  umur  70-an  tu  belum  tentu  sihat  lagi.  Nak  beramal  pun  macam  x  de  feeling  je.  Kalau  nyanyuk  lagi  parah.  Dah  x  ingat  sangat  apa  bacaan2  yg  selalu  kita  amalkan.

Hidup  kita  hanya  sekali.  So,  jom  kita  enjoy  mengikut  skema  dari  Allah.


من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang membangunkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 

Insya  Allah  kita  akan  dapat  keampunan  tu  sebab  Allah  x  pernah  memungkiri  janji-Nya.  Kita  yg  manusia  ni  je  selalu  mungkir  janji  dengan  Allah.  Dah  taubat  lepas  tu  buat  jahat  balik...Moga  lepas  ni  kita  tetapkan  hati  utk  terus  istiqamah  berbuat  kebaikan.

 
Isi  la  malam-malam  terakhir  ni  dengan  zikir,  baca  Al-Quran,  qiyamullail.  Biar  hati  kita  menggebu  dengan  rasa  cinta  pada  Ilahi.

Jangan  pula  dah  hujung2  ramadhan  ni  pi  bantai  tiduq  dari  sahur  sampai  ke  petang.  Memang  sia-sia  la  der  puasa  kau!  Suka-suki  je  tinggalkan  solat.  Kita  ni  orang  Islam.  Tak  malu  ke  tinggalkan  suruhan  Dia.  Bila  tengah  susah  reti  pula  nak  berdoa  pada  Dia.  Minta  itu  minta  ini.  Sujud  pada  Dia  sekali  pun  tak.  Harap  puasa  dengan  menahan  lapar  dan  dahaga  je.

Rugi  gila  bagi  sesiapa  yg  x  nak  rebut  pahala  di  bulan  Ramadhan  kareem..

Sebelum  ana  akhiri  kalam  ni,  pesanan  ini  ditujukan  khas  utk  diri  sendiri  yg  sering  alpa  dan  leka..

Moga  keluar  dari  madrasah  Ramadhan  ni,  hati  ini  akan  terus  melakukan  amalan2  lazim  yg  dah  dilakukan  sepanjang  sebulan  (baca  al-Quran,  qiyam,  menjaga  diri  dari  segala  aspek).  Jangan  hanya  di  bulan  puasa  je  baru  kita  nak  buka  Al-Quran.  Dah  setahun  tinggal  sampai  berhabuk  baru  nak  baca  balik..No..no..no..silap  besar  ni.

Jom  perbaiki  diri  dari  hari  ke  hari  demi  menggapai  redha  Ilahi..


Monday, 23 July 2012

Amacam ok tak?

Bismillahirrahmanir rahim..

Salam  ramadhan  untuk  semua  umat  islam  di  seluruh  pelusuk  dunia..


Hari  ni  dah  masuk  hari  ke-3  kita  berpuasa. Sahur  tak  hari  ni?
Jangan  sesekali  tinggalkan  sahur  tau.  Kenapa  ye? 

"Mengantuk la..x pe  la  kalau  x  sahur  pun  orang  boleh  puasa  juga.."

Ini  mungkin  alasan  yg  selalu  kita  dengar.
Meh  sini  nak  habaq  mai  apa  yg  bestnya  kalau  kita  bangun  sahur.  Salah  satunya  sahur  membezakan  puasa  org  Islam  dengan  ahli  kitab.

Dalam  satu  hadith  riwayat  Ahmad:
Diriwayatkan  daripada  Abu  Said  al-Khudri  r.a  berkata,  Rasulullah  telah  bersabda:
"Makan  sahur  itu  ada  keberkatan,  maka  janganlah  kamu  meninggalkannya  walaupun  salah  seorang  dalam  kalangan  kamu  hanya  minum  seteguk  air.  Sesungguhnya  Allah  dan  para  malaikat-Nya  berselawat (rahmat  daripada  Allah  dan  doa  memohon  pengampunan  daripada  malaikat)  atas  mereka  yg  bersahur."  

Amacam  ok  x  setakat  ni?  Harapnya  semua  masih  bersemangat tapi  janganlah  semangat  awal2  je.  Lepas  15  ramadhan  nanti semua  dah  lemah  gemalai,  otak  pun  pikiaq  nak  raya  ja.  Itulah  mind  set  org  melayu  kat  Malaysia  ni. x  sabaq2  nak  raya.  Kat  Malaysia  ni  bulan  puasa  dah  jadi  pesta  makanan.  Bazar  berlambak-lambak.  Cakap  ja  nak  makan  apa  macam2  ada.  Sepatutnya  bulan  ramadhan  ni  jadi  pesta  ibadah  bukannya  pesta  melantak  x  sudah2..  Betul  dak?

Orang  pas pertengahan  bulan  puasa  ni  la  kena  rebut  segala  tawaran  yg  Allah  dah  sediakan. Paling  penting  kejar  LAILATUL  QADAR  bukan  kejar  LAILATUL  KAMDAR  terutamanya  kaum  perempuan.  Ar-rijal  wa  syabbab  pun  rajin2  la  pergi  terawih  kat  surau  or  masjid  yg  berdekatan  dengan  rumah  korang.  Jangan  pula  pas  maghrib  pergi  melepak,  merokok  segala  bagai.  Mentang2  la  siang  x boleh  merokok  korang  bedal  lepas  berbuka  pula.  Cari  port  baik  punya  kat  tempat2  sunyi  pulak  tu.  x  nak  ada  gangguan  or  takut  ayah  nampak  katanya.  

Dah..dah..cheq  nak  sarankan  hangpa  semua  tengok  video  ni.. Org  yg  berniaga  pun  boleh  berhenti  sat  sebab  nak  cari  malam  lailatul  qadar  tu.  Inikan  pula  kita  yg  x  buat  apa-apa.




Kita  akan  lebih  menghargai  agama  kita  kalau  ada  kat  tempat  orang  even  pepatah  melayu  ada  kata  hujan  emas  di  negeri  orang  hujan  batu  di  negeri  sendiri  lebih  baik  negeri  sendiri.  Tapi  kalau  negara  sendiri  pun  x  mampu  nak  hidupkan  biah  yg  menghargai  agama  Islam, lebih  baik  duduk  tempat  org  yg  sangat  appreciate  Islam  dan  bersungguh-sungguh  untuk  merebut  pahala.

Manusia  ni  memang  memerlukan  persekitaran  yg  mampu  mendorong  kita  utk  melakukan  kebaikan. Jadi  carilah  biah  tu.  Moga  diri  kita  akan  terbentuk  dengan  acuan  yg  cantik  dan  baik.

Tak  kisah  la  kat  mana  pun  kita  berada,  segalanya  bermula  dengan  diri  kita.  Moga  kita  semua  cuba  perbaiki  amalan  kita.  Moga  ramadhan  tahun  ni  lagi  baik  dr  sebelumnya.
(p/s:  teguran  lebih  kpd  diri  sendiri  sebenarnya  yg  sering  alpa  dan  leka)

Wallhua'alam...

Sunday, 8 July 2012

Tawaran hebat..mai...mai..mai

Bismillahirrahmanir rahim...

Ha...mesti ramai yg tertanya-tanya apa tawaran hebat tu..Memandangkan bulan syaaban pun bakal berlalu x lama lagi, bulan yg penuh dengan tawaran hebat ni pula yg akan muncul yakni Ramadhan.

Jadi kita kena persiapkan diri terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke Akademi Ramadhan(AR) yg lagi hebat dari Akademi Fantasia tu (fantasi semata-mata).. Kat AR x de penyingkiran..kita dapat timba ilmu dan buat macam-macam amalan sebanyak yg mungkin. Walaupun tempohnya hanya sebulan tapi itu bulan yg cukup bermakna. Orang yg pandang remeh perkara ni je akan lepaskan peluang keemasan yg Allah dah bagi.

So start dari sekarang, apa kata kita biasakan diri baca al-Quran, qiyamullail dan berzikir. Nanti dah masuk bulan Ramadhan x de la kekok sangat kan nak buat benda ni. Kalau orang zaman dulu boleh buat kenapa tidak kita. Am I right? Sebab Allah kan dah berfirman:





Untuk jadi orang yg bertaqwa kita kena buat amalan2 yg dinyatakan kat atas tadi..Tengok ciptaan Allah pun kita boleh tingkatkan ketaqwaan kita pada sang pencipta.

INGAT! Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk kita di sana kelak..

Sebenarnya puasa ni dah mula dari zaman Nabi Adam lagi.. Puasa kan bermakna kita menahan diri.

Nabi Adam as puasa dengan menahan diri dari memakan buah khuldi..
Nabi Musa as pula puasa selama 40 hari
Nabi Daud as puasa selang sehari (sebaik-baik puasa)
Nabi Muhammad juga mengamalkan puasa bukan sahaja pada bulan ramadhan tapi 3 hari dalam sebulan

Kita cuba la ikut apa yg nabi kita pernah buat x banyak pun sikit jadi la kan dari x de langsung..

Binatang pun reti nak puasa ni kan pula kita manusia yg Allah dh bagi akal untuk berfikir
 binatang apakah?

ha meh ni nak bagi tau jawapan..

Ular puasa sebab nak jaga struktur badan..ce tengok badan ular kan slim aje..org yg berbadan agak 
berisi sedikit jom la puasa insya Allah boleh kurus mcm ular..

Beluncas puasa juga untuk bertukar jadi rama2..

The moral of these story, jadikan bulan Ramdahan yg akan datang ni sebagai kepompong untuk membentuk diri kita menjadi rama2 yg cantik menjelang Aidilfitri nanti. Jangan jadi ulat bulu balik dah la dengan perangai ntahpaperntah kan..

Last but not least,jom buat sedikit persiapan menjelang bulan Ramadhan yg mulia ni..

-paling penting ruh kita kena get ready untuk menempuh bulan ni
-jangan tinggalkan sahur sebab kat situ ada berkat yg perlu kita rebut
-latih diri untuk puasa sunat supaya kita x rasa letih sgt bulan puasa nanti
-mula menabung untuk bersedekah
-Ilmu pun penting gak jgn ikut org semata-mata dalam melakukan sesuatu amal

Nasihat ana buat kaum Hawa yg belum habis ganti puasa lagi, kalian masih ada masa x sampai 2 minggu lagi nak settlekan hutang dengan Allah.. Jangan ambil kesempatan untuk x berpuasa dengan menggunakan alasan anda uzur, cuti or whatsoever la..Rebutlah tawaran yg hanya datang setahun sekali ni..

MOGA RAMDADHAN TAHUN NI LEBIH BAIK DARI YG SEBELUM NI


 





Tuesday, 5 June 2012

Amboi busy nya dia...

Assalamualaikum semua..pa habaq???
Lama x jumpa. Maaf sangat2 ana sibuk buat persiapan nak kahwin ni...

Kahwin dengan sape?
Kahwin dengan final exam minggu depan... So persiapan utk menghadapi hari penting tu kita kena la struggle sikit..


Kama 'arafna (seperti mana yg kita tahu), sekarang memang musim peperiksaan bg semua pelajar IPT x kira la yg dlm mahu pun oversea hatta over the sea pun mereka semua sedang mempersiapkan diri utk berjuang. Belajar juga salah satu jihad yg Allah akan bg ganjaran kelak.

   Perbetulkan NIAT yg kita belajar bukan sebab nak lulus exam or sebab2 lain yg sewaktu dengannya tp hanya kerana ALLAH. (ingatan utk diri sendiri sebenarnya)

 Exam, exam juga tp tanggungjawab yg lain jangan diabaikan... Especially SOLAT... Ibadah tu yg paling penting dalam menghubungkan hamba dgn Pencipta.. 
Charge balik tenaga kita yg dah banyak keluar ketika menelaah dengan air wudhu'
Confirm segar balik lepas tu..

 Hubungan dgn mak ayah kena jaga juga...kwn2, lecturer n semua la yg berkaitan dgn hidup kita... 

 Doakan juga kejayaan sahabat2 yg lain.. Jgn doa utk diri sendiri je.. Apa barang berjaya sorang2 kalau kengkawan kita yg lain duk bermuram durja... 


 Last but not least, usaha sehabis baik. 
Lepas tu tawakal dan teruskan berdoa. Allah tu kan Maha Mendengar. Dia mesti makbulkan doa hambaNya. Cuma lambat atau cepat je proses tu...

Moga kata2 ni dapat memberi sumber kekuatan sikit...