Saturday 13 October 2012

Tahukah anda???

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah Allah  masih  sudi  bagi  ana  peluang  untuk  mencoret  tinta  untuk  semua.  Akhirnya  dapat  juga  ana  update  blog  ni  setelah  sekian  lama  menanti  masa  senggang.  Even  dah  mula  sem  pun  sesak  juga  nafas  ni  nak  gali  ilmu  baru  kali  ni.  Moga  Allah  permudahkan  segala  urusan  ana  dan  sahabat2  ana  sepanjang  berada  dalam  sem  baru  ni.

Baru2  ni,  dunia  digemparkan  dengan  filem  yg  menghina  baginda.  Apa  respon  kita sbg umat akhir zaman  ni?  Apa  yg  mmpu  kita  buat  untuk  mempertahankan  nama  baginda  daripada  dihina? Apa  dan  apa  lgi?  Tepuk  dada  tanya  iman  kita.




Kali  ni  ana  nak  kongsikan  apa  yg  ustaz  ana  bgtau  dlm  kelas.  Kita  cite  pasal  neraka  pula  ya.  Dah  selalu  sangat  dengar  orang  cite  pasal  syurga..

Allah  sukakkan  nombor  yg  ganjil  Seperti  mana  Dia  menciptakan  langit  dan  bumi  yg  ada  7  lapis  seperti  tu  juga  Allah  ciptakan  syurga  dan  neraka  yg  ada  7  tingkat.

Malaikat  Jibril  menceritakan  kpd  Rasul  SAW  tentang  neraka...


Tingkat  pertama  yakni  bawah  sekali  untuk orang-orang  munafik, dan  orang-orang  yg
 kafir  
 Tingkat  kedua  tempat  orang-orang  musyrikin  
  Tingkat  ketiga  tempat orang shobi'in bernama Saqar.
 Tingkat  keempat  tempat  Iblis  dan  pengikutnya 
  Tingkat  kelima  orang yahudi 
 Tingkat  keenam  tempat  orang nasara
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk tingkat ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
 Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
 Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi  s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
 Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 
 Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 
Allahu  akbar...sayangnya  Rasulullah  pd  kita  umat  akhir  zaman  ni  tp  apa  yg  kita  buat  utk  baginda  tersenyum  melihat  kt  di  akhirat  sana..  Di  saat  nyawa  baginda  ditarik  pun  lidah  baginda  x  pernah  jemu  menyebut  ummati...ummati...ummati..  Betapa  rindunya  baginda  terhadap  kita.  Kita  pula  sekarang  macam  mana?  Pernah  tak  dalam  sehari  berselawat  ke  atas  baginda?  Pernah  tak  dalam  sehari  cuba  utk  ikut  sunnah  baginda?  Pernah  tak?

Peringatan  utk  diri  sendiri  jg,  sama2  la  kita  lakukan  yg  terbaik  utk  buat  baginda  bangga  dgn  kita.  Jadi  bila  ada  org  kafir  yg  hina  Nabi  kita  of  course  kita  marah.  Itu  tanda  kita  syg  nabi.  Kalau  nk  dibandingkan  syg  kita  pd  nabi  besar  lg  sayang  baginda  thdap  umatnya.

Wa  akhiran,  allahumma  solli  'ala  muhammad  wa'ala  alihi  wa  sohbihi  wa  barik  wassallim..

Wallahua'alam...




No comments:

Post a Comment