Salam ramadhan untuk semua umat islam di seluruh pelusuk dunia..
Jangan sesekali tinggalkan sahur tau. Kenapa ye?
"Mengantuk la..x pe la kalau x sahur pun orang boleh puasa juga.."
Ini mungkin alasan yg selalu kita dengar.
Meh sini nak habaq mai apa yg bestnya kalau kita bangun sahur. Salah satunya sahur membezakan puasa org Islam dengan ahli kitab.
Dalam satu hadith riwayat Ahmad:
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata, Rasulullah telah bersabda:
"Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah dan doa memohon pengampunan daripada malaikat) atas mereka yg bersahur."
Amacam ok x setakat ni? Harapnya semua masih bersemangat tapi janganlah semangat awal2 je. Lepas 15 ramadhan nanti semua dah lemah gemalai, otak pun pikiaq nak raya ja. Itulah mind set org melayu kat Malaysia ni. x sabaq2 nak raya. Kat Malaysia ni bulan puasa dah jadi pesta makanan. Bazar berlambak-lambak. Cakap ja nak makan apa macam2 ada. Sepatutnya bulan ramadhan ni jadi pesta ibadah bukannya pesta melantak x sudah2.. Betul dak?
Orang pas pertengahan bulan puasa ni la kena rebut segala tawaran yg Allah dah sediakan. Paling penting kejar LAILATUL QADAR bukan kejar LAILATUL KAMDAR terutamanya kaum perempuan. Ar-rijal wa syabbab pun rajin2 la pergi terawih kat surau or masjid yg berdekatan dengan rumah korang. Jangan pula pas maghrib pergi melepak, merokok segala bagai. Mentang2 la siang x boleh merokok korang bedal lepas berbuka pula. Cari port baik punya kat tempat2 sunyi pulak tu. x nak ada gangguan or takut ayah nampak katanya.
Dah..dah..cheq nak sarankan hangpa semua tengok video ni.. Org yg berniaga pun boleh berhenti sat sebab nak cari malam lailatul qadar tu. Inikan pula kita yg x buat apa-apa.
Kita akan lebih menghargai agama kita kalau ada kat tempat orang even pepatah melayu ada kata hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri. Tapi kalau negara sendiri pun x mampu nak hidupkan biah yg menghargai agama Islam, lebih baik duduk tempat org yg sangat appreciate Islam dan bersungguh-sungguh untuk merebut pahala.
Manusia ni memang memerlukan persekitaran yg mampu mendorong kita utk melakukan kebaikan. Jadi carilah biah tu. Moga diri kita akan terbentuk dengan acuan yg cantik dan baik.
Tak kisah la kat mana pun kita berada, segalanya bermula dengan diri kita. Moga kita semua cuba perbaiki amalan kita. Moga ramadhan tahun ni lagi baik dr sebelumnya.
(p/s: teguran lebih kpd diri sendiri sebenarnya yg sering alpa dan leka)
Wallhua'alam...
No comments:
Post a Comment