Saturday, 30 March 2013

Malam Palestin Kami Bersamamu...

Bismillahir  rahmanir rahim..

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat umur yg masih panjang untuk meneruskan perjuangan baginda SAW...

Baru2 ini ana ada pergi satu talk yg sangat memberi impak maksima pd diri yg slalu sgt merungut akan nikmat Allah..perkongsian yg sgt menarik drpd Kak Farrah Adeeba dan Kak Salima yg telah pun menjejakkan kaki ke bumi tumpahnya darah para syuhada pd Disember 2012 yg lalu.



Satu kisah yg sangat menarik hati ana adalah saat rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Gaza,  mereka  disambut dgn penuh mesra.  Kata salah seorang rakyat Palestin "Selamat kembali ke tanah  kamu.  Ini tanah kamu bukan tanah kami. Kami hanya menjaganya saja.".

Allahu akbar! Sampai begitu sekali anggapan mereka sedangkan kita di Malaysia ini x pernah terfikir sebegitu rupa tentang  bumi Palestin. Walaupun hidup mereka penuh penderitaan dgn hilang kaki, hilang tangan, hilang penglihatan, hilang ahli keluarga, namun senyuman yg ikhlas sentiasa mekar meniti di bibir mereka saat menyambut kedatangan rakyat Malaysia.

Layanan mereka  terhadap  rakyat Malaysia sangat istimewa. Betapa sayangnya mereka kat kita sebab depa kata bantuan pertama yg sampai di Gaza adalah dari Malaysia.  Tanpa bantuan itu kami sendiri x dapat melawan Israel laknatullah..

Subhanallah... bantuan kita x seberapa pun sebenarnya kalau nak dibandingkan dgn apa yg mereka tanggung.

Wallahi ana sgt sebak mendengar perkongsian drpd dua artis yg sudi hadir  menceritakan apa yg berlaku di bumi Palestin baru2 ini.

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)”
(Bukhari)

Rupa2nya ada hikmah besar kenapa nabi kita suruh pi sana..bukan saja untuk membantu tapi mengambil iktibar yg sgt besar dr kejadian yg telah berlaku kerana itu memang TANAH KITA!

Moga kita diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana..insya-Allah..

Wahai saudara2 di Gaza bersabarlah kerana ganjaran Allah sedang menanti kalian di Syurga nanti.. Bumi Palestin akan aman x lama lagi. Insya-Allah.. Takbir.. Allahu akbar! Takbir... Allahu akbar! Takbir.. Allahu akbar!

Tuesday, 5 February 2013

Konvensyen Pendakwah Muda IPT Asean 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ana bercerita lebih panjang, ana ingin mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program yang sangat baik dengan kerjasama daripada pihak JAKIM.

Alhamdulillah program ni telah dihadiri oleh lebih drpd 1000 mahasiswa daripasa seluruh IPT di Malaysia termasuk  la dari  Brunei dan Indonesia.

Banyak input yang ana dapat bermula program dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Prof Dato' Dr. Sidek Baba yg merupakan pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau sgt berpengalaman dalam dunia dakwah ini. Katanya, "dakwah itu kerja kita hidayah kerja Allah".

Ana sokong. Kita sbg manusia hanya mampu membawa org dekat dgn pintu hidayah selebihnya serahkan kepada Allah utk memberikan kpd mereka atau pun tidak.  Seorang pendakwah juga tidak boleh mengkafirkan org sesuka hati.

"Kau tak pakai tudung confirm masuk neraka punya."
"Kenapa tak solat? Berani tempah tiket neraka awal2 kau ni.."
"Hisy, teruknya kau ni tak puasa. Nak jadi org kafir ke?"

Siapa kita nak tentukan org ni masuk syurga ke neraka? Kita bukannya Tuhan. Org yg bertudung mahupun solat pun belum tentu dijamin syurga la.

Tapi tu la kebanyakan org yg tau agama tu buat. Sesedap rasa je nak menghukum org. Patutnya bagi peluang dan tunjukkan jalan yg betul kerana mereka mungkin tak tahu

Kata Ustaz Zaidi dakwah tu hukumnya FARDHU AIN. So setiap individu sudah pun menggalas tanggungjawab sbg pendakwah secara automatiknya.Nak jadi pendakwah tu bukannya mudah. Kita kena mempersiapkan diri kita dengan ilmu yg secukupnya beserta kemahiran-kemahiran tertentu.

Kemudian Prof Dr. Abu Hassan pula menasihatkan kami anak muda supaya menggunakan teknologi yg ada sekarang sebaiknya utk menyampaikan dakwah.  Siapa yg tau melukis silakan melukis kartun atau apa2 pun untuk menyampaikan mesej Islam. Siapa yg tau menulis, sebarkan apa yg anda tau melalui penulisan. Pastikan mesej yg disampaikan dpt diterima oleh masyarakat.

Slot seterusnya diteruskan oleh IM Hafiz sebagar moderator bicara selebriti menampilkan Sham Kamikaze dan Ana Rafali. Tahniah kepada Imam Muda Hafiz yg berjaya membawakan slot ini secara santai dan sangat sempoi sekali. Kami sgt terhibur.

Selepas Zohor, kami dihidangkan pula perkembangan dakwah di Singapura dan Indonesia. Ana sangat kagum dgn usaha mereka yg sgt komited. Moga Malaysia juga mampu utk membuat program-program sedemikian rupa utk anak muda Melayu kita yg kian layu sekarang dgn anasir2 luar.

Majlis penutup pada belah petang tidak kurang juga hebatnya. Ana kira program ini sgt berjaya. Sebelum berakhir, kami diberi poster Mahasiswa Anti Valentine's Day. 


Ini salah satu usaha utk mencegah ank Melayu kita yg beragama Islam yg pastinya utk tidak terlibat dgn sambutan org kafir ni. Zina itu perlu dicegah bukan dihampiri. Tak perlu nak sambut sgt la hari kekasih ni. Tak ada manfaat pun mendatangkan bala lagi ada.  Hari Kekasih Allah (Rasulullah SAW) itu patut lebih diingati. Ini la poster yg kami dpt tu...



Pada malamnya pula, rakaman Forum Perdana untuk tv1 membariskan tiga org panel iaitu IM Hizbur, Ustaz Akmal dan Saudara Razif Fuad yg merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  dan Saudara Mohd Hariri yg juga mantan MPP USIM sebagai moderator.



Apa yg ana dpt simpulkan dari forum 'Darah Muda' itu di usia muda memang anak muda berani utk cuba mcm2 perkara tapi lebih baik dipandu ke arah kebaikan. Itu lebih bermanfaat.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yg penting dlm mengawal anak2 supaya tidak terlibat dgn gejala sosial seperti merempit, merokok mahupun mengambil dadah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  Segala-galanya perlu diperhatikan dan mencari alternatif terbaik utk mengawal ank2 tanpa mereka rasa sedang dikongkong.

Rakaman Forum Perdana seterusnya bertajuk 'Muda Hanya Sekali'. Bak kata Ustaz Zamri waktu muda kita 2 kali sebenarnya. Pertama di dunia dan kedua di syurga. Insya Allah moga kita semua dpt merasai yg kedua punya di sana kelak.

Akhir kalam, ayuh bangkit wahai pemuda Islam semua. Jom kita sambung perjuangan baginda SAW dlm menyampaikan dakwah...

Wednesday, 23 January 2013

Ya Habibullah...

Bismillahir  rahmanir  rahim...

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم

صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم




Jom kita banyakkan selawat ke atas baginda SAW... 
Tak perlu nak tunggu maulidur rasul baru nak selawat kay..
Latih lidah tu setiap hari supaya rajin ingat kat nabi kesayangan kita yg dah banyak sangat berkorban untuk umat akhir zaman ni..



Ya Rasulullah...
Izinkan kami mendapat syafaatmu di akhirat kelak melalui selawat2 yg kami panjatkan kepadamu..

Wednesday, 26 December 2012

Duhai Hati...

Bismillah pembuka kalam,
Moga hati yang kering dapat disiram,
Menyuluh jiwa yang kelam dan suram...

Hari ni kita sentuh pasal hati sikit ye. Hati la paling susah nak jaga berbanding anggota badan yg lain.Ye dak?


Rasulullah pernah bersabda:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. 
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)              

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     



Duhai hati,
Kau raja buat diri ini,
Jika tersilap langkah rugi yang menanti,
Sehingga membuatkan diri tiada sinar lagi.

Duhai hati,
Jangan kau mudah rebah kerana duniawi,
Hidup ini ada visi dan misi,
Untuk mengejar cinta dan redha Ilahi.

Duhai hati,
Moga benteng terbina kukuh,
Pasakkan tiang keimanan yang lebih utuh,
Menjadi penghalang dari segala kemungkaran,
Kerana hidup kita punya tujuan.

Duhai hati,
Tutup pintumu dari permulaan zina,
Supaya tidak menjadi manusia yang hina,
Cinta manusia biar sekadarnya,
Biar cinta Ilahi mengatasi segalanya.

Ya Allah peliharalah hati ini. Suburkanlah dengan cinta yang menggebu terhadapmu. Jika Engkau ingin serahkan hati ini kepada manusia, berilah kepada mereka yang turut mencintaimu bukan yang mengingkari perintahMu...

wallahua'alam...

p/s :
doakan ana nak final exam tak lama lagi..perjuangan mesti diteruskan. Ana di sini hanya mampu berjuang menuntut ilmu belum sampai masanya untuk berjihad di bumi Palestin.. Lindungilah saudara2 kami di sana ya Rabb..


Saturday, 24 November 2012

Innallaha ma'akum...

Bismillah pembuka kalam...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bertaubat memperbaiki diri dari hari ke hari.

Dah lama saya tak berkongsi cerita dengan korang semua. Hari ni Allah izinkan saya utk pergi ke satu talk yg berkaitan dgn saudara kita di Palestin sana.




Tak mampu ana tahan air mata ini daripada mengalir apabila melihat setiap detik saudara2 kita di Gaza diselubungi dgn ancaman yg dtg tanpa sebarang amaran. Mereka diserang ketika masih berada di sekolah. Tidak cukup di sekolah di rumah juga Israel masih melancarkan serangan bukan saja pada waktu siang bahkan malam.

kalau ada masa tengok la drama gaza ni

http://www.youtube.com/watch?v=GUCuFeBYCdc


Allahu akbar...
Mereka di sana duduk dlm kegelapan dihurung kesedihan
Sedangkan kita hidup di sini penuh keselesaan

Mereka di sana kekurangan makanan dan ada yg x dpt minum air utk beberapa hari apatah lagi utk berwudhu'. Kita di sini dah cukup semuanya tapi masih liat utk mengerjakan solat..

Kontra sangat kan kita dgn mereka?

Sila hayati video ini...Di manakah kita saat saudara seislam kita diseksa??? Apa yg mampu kita buat utk mereka? Tepuk dada tanya iman kita..




Ya ikhwan wa akhawat...ingat la janji Allah itu benar seperti dlm firmannya:


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
 (Surah al-Syarh:5-6)

Maksudnya: Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap2 kesukaran disertai kemudahan.

Percayalah wahai saudara2ku.. Palestin akan bebas tak lama lagi..Teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan kerana gencatan senjata tak menjamin apa2...

Sumbanglah sesuatu utk saudara2 kita di sana..

Akhir kalam, la tahzan ya ikhwan innallaha ma'akum (Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu semua).

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wa nikmannasir...

Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!



Saturday, 13 October 2012

Tahukah anda???

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah Allah  masih  sudi  bagi  ana  peluang  untuk  mencoret  tinta  untuk  semua.  Akhirnya  dapat  juga  ana  update  blog  ni  setelah  sekian  lama  menanti  masa  senggang.  Even  dah  mula  sem  pun  sesak  juga  nafas  ni  nak  gali  ilmu  baru  kali  ni.  Moga  Allah  permudahkan  segala  urusan  ana  dan  sahabat2  ana  sepanjang  berada  dalam  sem  baru  ni.

Baru2  ni,  dunia  digemparkan  dengan  filem  yg  menghina  baginda.  Apa  respon  kita sbg umat akhir zaman  ni?  Apa  yg  mmpu  kita  buat  untuk  mempertahankan  nama  baginda  daripada  dihina? Apa  dan  apa  lgi?  Tepuk  dada  tanya  iman  kita.




Kali  ni  ana  nak  kongsikan  apa  yg  ustaz  ana  bgtau  dlm  kelas.  Kita  cite  pasal  neraka  pula  ya.  Dah  selalu  sangat  dengar  orang  cite  pasal  syurga..

Allah  sukakkan  nombor  yg  ganjil  Seperti  mana  Dia  menciptakan  langit  dan  bumi  yg  ada  7  lapis  seperti  tu  juga  Allah  ciptakan  syurga  dan  neraka  yg  ada  7  tingkat.

Malaikat  Jibril  menceritakan  kpd  Rasul  SAW  tentang  neraka...


Tingkat  pertama  yakni  bawah  sekali  untuk orang-orang  munafik, dan  orang-orang  yg
 kafir  
 Tingkat  kedua  tempat  orang-orang  musyrikin  
  Tingkat  ketiga  tempat orang shobi'in bernama Saqar.
 Tingkat  keempat  tempat  Iblis  dan  pengikutnya 
  Tingkat  kelima  orang yahudi 
 Tingkat  keenam  tempat  orang nasara
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk tingkat ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
 Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
 Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi  s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
 Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 
 Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 
Allahu  akbar...sayangnya  Rasulullah  pd  kita  umat  akhir  zaman  ni  tp  apa  yg  kita  buat  utk  baginda  tersenyum  melihat  kt  di  akhirat  sana..  Di  saat  nyawa  baginda  ditarik  pun  lidah  baginda  x  pernah  jemu  menyebut  ummati...ummati...ummati..  Betapa  rindunya  baginda  terhadap  kita.  Kita  pula  sekarang  macam  mana?  Pernah  tak  dalam  sehari  berselawat  ke  atas  baginda?  Pernah  tak  dalam  sehari  cuba  utk  ikut  sunnah  baginda?  Pernah  tak?

Peringatan  utk  diri  sendiri  jg,  sama2  la  kita  lakukan  yg  terbaik  utk  buat  baginda  bangga  dgn  kita.  Jadi  bila  ada  org  kafir  yg  hina  Nabi  kita  of  course  kita  marah.  Itu  tanda  kita  syg  nabi.  Kalau  nk  dibandingkan  syg  kita  pd  nabi  besar  lg  sayang  baginda  thdap  umatnya.

Wa  akhiran,  allahumma  solli  'ala  muhammad  wa'ala  alihi  wa  sohbihi  wa  barik  wassallim..

Wallahua'alam...




Thursday, 6 September 2012

Ahlan wasahlan..

Assalamualaikum  semua..

Kita  masih  di  bulan  syawal  kan.  Jadi  saya  nak  ucapkan  selamat  hari  raya  aidilifitri  kepada  seluruh  umat  Islam  di  seluruh  dunia.  Taqabbalallahu  minna  wa  minkum..  Siapa  yg  belum  lg  puasa  6  cepat2  settlekan  selagi  masih  ada  masa  ni.. Pahalanya  umpama  kita  puasa  sepanjang  tahun. Jom  rebut  pahala  yg  Allah  nk  bg  free..  Baik  kan  Allah  mcm2  Dia  bg  nikmat  kat  kt.  Kita  aje  yg  x  reti  nak  bersyukur  mungkin  hanya  pandang  dgn  sebelah  mata.

Ingat  jangan  bagi  roh  ramadhan  hari  tu  hilang  macam  tu  saja..keep  on  baca  quran..kalau  bulan  puasa  boleh  bc  2  atau  3  juzuk  sehari  bulan  yg  seterusnya  ni  at  least  1 juzuk  pun  dah  kira  okey..

Memandangkan  dah  masuk  bulan  9,  ramai  adik2  kita  yg  sudah  mendaftar  masuk  ke  universiti  tak  kira  la  dalam  mahupun  luar  negara.  Matlamatnya  tetap  sama  iaitu  menuntut  ilmu.  Tak  kira  kat  mana  pun  sama  aje  yg  penting  syariat  yg  Allah  dah  tetapkan  sentiasa  kita  dahulukan. 

Buat  adik2  ahlan  wasahlan  ilal  jami'ah..(selamat  datang  ke  universiti...)


Belajaq  rajin2  na..  Besaq  harapan  mak  dengan  pak  nak  tengok  hangpa  berjaya.  Dah  masuk u  ni  cabarannya  lagi  besar.  Pandai2  bawa  diri.  Jangan  mudah  terpengaruh  dengan  org  lain.  Be  yourself  is  more  than  enough.

Wahai  adikku,
Pertama kali melangkah  ke medan  universiti,
Pelbagai  rasa  datang  menerjah  pintu  hati,
Yakinlah  kerana  kita  punya  Ilahi,
Yang  sentiasa  di  sisi  untuk  menemani.

Wahai  adikku,
Harapan  ibu  ayah  dibawa  bersama,
Sebagai  permulaan  langkah  yg  pertama,
Jangan  alpa  dan  leka,
Kelak  kau  akan  menyesal  dan  merana.

Wahai  adikku,
Di  menara  gading  banyak  cabarannya,
Bekalkan  diri  dengan  iman  dan  taqwa,
Moga  kau  dapat  tempuhi  dengan  mudahnya,
Menjadikan  dirimu  lebih  bijaksana.



Untuk  semua  pelajar  baru  dan  lama,  perbaharui  niat  setiap  sem.  Moga  Allah  permudahkan  segala  urusan  kita  sepanjang  mencari  Ilmu..  moga  keluar  kita  dari  medan  perjuangan  itu  nanti  dapat  berbakti  pada  umat, agama  dan  negara..

Wallahua'alam...