Bismillahirrahmanirrahim...
Sebelum ana bercerita lebih panjang, ana ingin mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program yang sangat baik dengan kerjasama daripada pihak JAKIM.
Alhamdulillah program ni telah dihadiri oleh lebih drpd 1000 mahasiswa daripasa seluruh IPT di Malaysia termasuk la dari Brunei dan Indonesia.
Banyak input yang ana dapat bermula program dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Prof Dato' Dr. Sidek Baba yg merupakan pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau sgt berpengalaman dalam dunia dakwah ini. Katanya, "dakwah itu kerja kita hidayah kerja Allah".
Ana sokong. Kita sbg manusia hanya mampu membawa org dekat dgn pintu hidayah selebihnya serahkan kepada Allah utk memberikan kpd mereka atau pun tidak. Seorang pendakwah juga tidak boleh mengkafirkan org sesuka hati.
"Kau tak pakai tudung confirm masuk neraka punya."
"Kenapa tak solat? Berani tempah tiket neraka awal2 kau ni.."
"Hisy, teruknya kau ni tak puasa. Nak jadi org kafir ke?"
Siapa kita nak tentukan org ni masuk syurga ke neraka? Kita bukannya Tuhan. Org yg bertudung mahupun solat pun belum tentu dijamin syurga la.
Tapi tu la kebanyakan org yg tau agama tu buat. Sesedap rasa je nak menghukum org. Patutnya bagi peluang dan tunjukkan jalan yg betul kerana mereka mungkin tak tahu
Kata Ustaz Zaidi dakwah tu hukumnya FARDHU AIN. So setiap individu sudah pun menggalas tanggungjawab sbg pendakwah secara automatiknya.Nak jadi pendakwah tu bukannya mudah. Kita kena mempersiapkan diri kita dengan ilmu yg secukupnya beserta kemahiran-kemahiran tertentu.
Kemudian Prof Dr. Abu Hassan pula menasihatkan kami anak muda supaya menggunakan teknologi yg ada sekarang sebaiknya utk menyampaikan dakwah. Siapa yg tau melukis silakan melukis kartun atau apa2 pun untuk menyampaikan mesej Islam. Siapa yg tau menulis, sebarkan apa yg anda tau melalui penulisan. Pastikan mesej yg disampaikan dpt diterima oleh masyarakat.
Slot seterusnya diteruskan oleh IM Hafiz sebagar moderator bicara selebriti menampilkan Sham Kamikaze dan Ana Rafali. Tahniah kepada Imam Muda Hafiz yg berjaya membawakan slot ini secara santai dan sangat sempoi sekali. Kami sgt terhibur.
Selepas Zohor, kami dihidangkan pula perkembangan dakwah di Singapura dan Indonesia. Ana sangat kagum dgn usaha mereka yg sgt komited. Moga Malaysia juga mampu utk membuat program-program sedemikian rupa utk anak muda Melayu kita yg kian layu sekarang dgn anasir2 luar.
Majlis penutup pada belah petang tidak kurang juga hebatnya. Ana kira program ini sgt berjaya. Sebelum berakhir, kami diberi poster Mahasiswa Anti Valentine's Day.
Ini salah satu usaha utk mencegah ank Melayu kita yg beragama Islam yg pastinya utk tidak terlibat dgn sambutan org kafir ni. Zina itu perlu dicegah bukan dihampiri. Tak perlu nak sambut sgt la hari kekasih ni. Tak ada manfaat pun mendatangkan bala lagi ada. Hari Kekasih Allah (Rasulullah SAW) itu patut lebih diingati. Ini la poster yg kami dpt tu...
Pada malamnya pula, rakaman Forum Perdana untuk tv1 membariskan tiga org panel iaitu IM Hizbur, Ustaz Akmal dan Saudara Razif Fuad yg merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudara Mohd Hariri yg juga mantan MPP USIM sebagai moderator.
Apa yg ana dpt simpulkan dari forum 'Darah Muda' itu di usia muda memang anak muda berani utk cuba mcm2 perkara tapi lebih baik dipandu ke arah kebaikan. Itu lebih bermanfaat.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yg penting dlm mengawal anak2 supaya tidak terlibat dgn gejala sosial seperti merempit, merokok mahupun mengambil dadah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Segala-galanya perlu diperhatikan dan mencari alternatif terbaik utk mengawal ank2 tanpa mereka rasa sedang dikongkong.
Rakaman Forum Perdana seterusnya bertajuk 'Muda Hanya Sekali'. Bak kata Ustaz Zamri waktu muda kita 2 kali sebenarnya. Pertama di dunia dan kedua di syurga. Insya Allah moga kita semua dpt merasai yg kedua punya di sana kelak.
Akhir kalam, ayuh bangkit wahai pemuda Islam semua. Jom kita sambung perjuangan baginda SAW dlm menyampaikan dakwah...
Tuesday, 5 February 2013
Wednesday, 23 January 2013
Ya Habibullah...
Bismillahir rahmanir rahim...
صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم
صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم
صلئ الله علئ محمد صلئ الله عليه وسلم
Jom kita banyakkan selawat ke atas baginda SAW...
Tak perlu nak tunggu maulidur rasul baru nak selawat kay..
Latih lidah tu setiap hari supaya rajin ingat kat nabi kesayangan kita yg dah banyak sangat berkorban untuk umat akhir zaman ni..
Ya Rasulullah...
Izinkan kami mendapat syafaatmu di akhirat kelak melalui selawat2 yg kami panjatkan kepadamu..
Wednesday, 26 December 2012
Duhai Hati...
Bismillah pembuka kalam,
Moga hati yang kering dapat disiram,
Menyuluh jiwa yang kelam dan suram...
Hari ni kita sentuh pasal hati sikit ye. Hati la paling susah nak jaga berbanding anggota badan yg lain.Ye dak?
Rasulullah pernah bersabda:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.
Duhai hati,
Kau raja buat diri ini,
Jika tersilap langkah rugi yang menanti,
Sehingga membuatkan diri tiada sinar lagi.
Duhai hati,
Jangan kau mudah rebah kerana duniawi,
Hidup ini ada visi dan misi,
Untuk mengejar cinta dan redha Ilahi.
Duhai hati,
Moga benteng terbina kukuh,
Pasakkan tiang keimanan yang lebih utuh,
Menjadi penghalang dari segala kemungkaran,
Kerana hidup kita punya tujuan.
Duhai hati,
Tutup pintumu dari permulaan zina,
Supaya tidak menjadi manusia yang hina,
Cinta manusia biar sekadarnya,
Biar cinta Ilahi mengatasi segalanya.
Ya Allah peliharalah hati ini. Suburkanlah dengan cinta yang menggebu terhadapmu. Jika Engkau ingin serahkan hati ini kepada manusia, berilah kepada mereka yang turut mencintaimu bukan yang mengingkari perintahMu...
wallahua'alam...
p/s :
doakan ana nak final exam tak lama lagi..perjuangan mesti diteruskan. Ana di sini hanya mampu berjuang menuntut ilmu belum sampai masanya untuk berjihad di bumi Palestin.. Lindungilah saudara2 kami di sana ya Rabb..

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Maksudnya
: Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada
seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan
jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah
bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Duhai hati,
Kau raja buat diri ini,
Jika tersilap langkah rugi yang menanti,
Sehingga membuatkan diri tiada sinar lagi.
Duhai hati,
Jangan kau mudah rebah kerana duniawi,
Hidup ini ada visi dan misi,
Untuk mengejar cinta dan redha Ilahi.
Duhai hati,
Moga benteng terbina kukuh,
Pasakkan tiang keimanan yang lebih utuh,
Menjadi penghalang dari segala kemungkaran,
Kerana hidup kita punya tujuan.
Duhai hati,
Tutup pintumu dari permulaan zina,
Supaya tidak menjadi manusia yang hina,
Cinta manusia biar sekadarnya,
Biar cinta Ilahi mengatasi segalanya.
Ya Allah peliharalah hati ini. Suburkanlah dengan cinta yang menggebu terhadapmu. Jika Engkau ingin serahkan hati ini kepada manusia, berilah kepada mereka yang turut mencintaimu bukan yang mengingkari perintahMu...
wallahua'alam...
p/s :
doakan ana nak final exam tak lama lagi..perjuangan mesti diteruskan. Ana di sini hanya mampu berjuang menuntut ilmu belum sampai masanya untuk berjihad di bumi Palestin.. Lindungilah saudara2 kami di sana ya Rabb..
Saturday, 24 November 2012
Innallaha ma'akum...
Bismillah pembuka kalam...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bertaubat memperbaiki diri dari hari ke hari.
Dah lama saya tak berkongsi cerita dengan korang semua. Hari ni Allah izinkan saya utk pergi ke satu talk yg berkaitan dgn saudara kita di Palestin sana.
Tak mampu ana tahan air mata ini daripada mengalir apabila melihat setiap detik saudara2 kita di Gaza diselubungi dgn ancaman yg dtg tanpa sebarang amaran. Mereka diserang ketika masih berada di sekolah. Tidak cukup di sekolah di rumah juga Israel masih melancarkan serangan bukan saja pada waktu siang bahkan malam.
kalau ada masa tengok la drama gaza ni
http://www.youtube.com/watch?v=GUCuFeBYCdc
Allahu akbar...

Mereka di sana duduk dlm kegelapan dihurung kesedihan
Sedangkan kita hidup di sini penuh keselesaan
Sedangkan kita hidup di sini penuh keselesaan
Mereka di sana kekurangan makanan dan ada yg x dpt minum air utk beberapa hari apatah lagi utk berwudhu'. Kita di sini dah cukup semuanya tapi masih liat utk mengerjakan solat..
Kontra sangat kan kita dgn mereka?
Akhir kalam, la tahzan ya ikhwan innallaha ma'akum (Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu semua).
Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wa nikmannasir...
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Sila hayati video ini...Di manakah kita saat saudara seislam kita diseksa??? Apa yg mampu kita buat utk mereka? Tepuk dada tanya iman kita..
Ya ikhwan wa akhawat...ingat la janji Allah itu benar seperti dlm firmannya:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Surah al-Syarh:5-6)
Maksudnya: Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap2 kesukaran disertai kemudahan.
Percayalah wahai saudara2ku.. Palestin akan bebas tak lama lagi..Teruskan berdoa dan menghulurkan bantuan kerana gencatan senjata tak menjamin apa2...
Sumbanglah sesuatu utk saudara2 kita di sana..
Sumbanglah sesuatu utk saudara2 kita di sana..
Akhir kalam, la tahzan ya ikhwan innallaha ma'akum (Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu semua).
Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wa nikmannasir...
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Celakalah Israel!
Saturday, 13 October 2012
Tahukah anda???
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Allah masih sudi bagi ana peluang untuk mencoret tinta untuk semua. Akhirnya dapat juga ana update blog ni setelah sekian lama menanti masa senggang. Even dah mula sem pun sesak juga nafas ni nak gali ilmu baru kali ni. Moga Allah permudahkan segala urusan ana dan sahabat2 ana sepanjang berada dalam sem baru ni.
Baru2 ni, dunia digemparkan dengan filem yg menghina baginda. Apa respon kita sbg umat akhir zaman ni? Apa yg mmpu kita buat untuk mempertahankan nama baginda daripada dihina? Apa dan apa lgi? Tepuk dada tanya iman kita.
Kali ni ana nak kongsikan apa yg ustaz ana bgtau dlm kelas. Kita cite pasal neraka pula ya. Dah selalu sangat dengar orang cite pasal syurga..
Allah sukakkan nombor yg ganjil Seperti mana Dia menciptakan langit dan bumi yg ada 7 lapis seperti tu juga Allah ciptakan syurga dan neraka yg ada 7 tingkat.
Malaikat Jibril menceritakan kpd Rasul SAW tentang neraka...
Allahu akbar...sayangnya Rasulullah pd kita umat akhir zaman ni tp apa yg kita buat utk baginda tersenyum melihat kt di akhirat sana.. Di saat nyawa baginda ditarik pun lidah baginda x pernah jemu menyebut ummati...ummati...ummati.. Betapa rindunya baginda terhadap kita. Kita pula sekarang macam mana? Pernah tak dalam sehari berselawat ke atas baginda? Pernah tak dalam sehari cuba utk ikut sunnah baginda? Pernah tak?
Peringatan utk diri sendiri jg, sama2 la kita lakukan yg terbaik utk buat baginda bangga dgn kita. Jadi bila ada org kafir yg hina Nabi kita of course kita marah. Itu tanda kita syg nabi. Kalau nk dibandingkan syg kita pd nabi besar lg sayang baginda thdap umatnya.
Wa akhiran, allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wa sohbihi wa barik wassallim..
Wallahua'alam...
Alhamdulillah Allah masih sudi bagi ana peluang untuk mencoret tinta untuk semua. Akhirnya dapat juga ana update blog ni setelah sekian lama menanti masa senggang. Even dah mula sem pun sesak juga nafas ni nak gali ilmu baru kali ni. Moga Allah permudahkan segala urusan ana dan sahabat2 ana sepanjang berada dalam sem baru ni.
Baru2 ni, dunia digemparkan dengan filem yg menghina baginda. Apa respon kita sbg umat akhir zaman ni? Apa yg mmpu kita buat untuk mempertahankan nama baginda daripada dihina? Apa dan apa lgi? Tepuk dada tanya iman kita.
Kali ni ana nak kongsikan apa yg ustaz ana bgtau dlm kelas. Kita cite pasal neraka pula ya. Dah selalu sangat dengar orang cite pasal syurga..
Allah sukakkan nombor yg ganjil Seperti mana Dia menciptakan langit dan bumi yg ada 7 lapis seperti tu juga Allah ciptakan syurga dan neraka yg ada 7 tingkat.
Malaikat Jibril menceritakan kpd Rasul SAW tentang neraka...
Tingkat pertama yakni bawah sekali untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir
Tingkat kedua tempat orang-orang musyrikin
Tingkat ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Tingkat keempat tempat Iblis dan pengikutnya
Tingkat kelima orang yahudi
Tingkat keenam tempat orang nasara
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk tingkat ketujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka
nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah
sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian
nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari
Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Peringatan utk diri sendiri jg, sama2 la kita lakukan yg terbaik utk buat baginda bangga dgn kita. Jadi bila ada org kafir yg hina Nabi kita of course kita marah. Itu tanda kita syg nabi. Kalau nk dibandingkan syg kita pd nabi besar lg sayang baginda thdap umatnya.
Wa akhiran, allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wa sohbihi wa barik wassallim..
Wallahua'alam...
Thursday, 6 September 2012
Ahlan wasahlan..
Assalamualaikum semua..
Kita masih di bulan syawal kan. Jadi saya nak ucapkan selamat hari raya aidilifitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Taqabbalallahu minna wa minkum.. Siapa yg belum lg puasa 6 cepat2 settlekan selagi masih ada masa ni.. Pahalanya umpama kita puasa sepanjang tahun. Jom rebut pahala yg Allah nk bg free.. Baik kan Allah mcm2 Dia bg nikmat kat kt. Kita aje yg x reti nak bersyukur mungkin hanya pandang dgn sebelah mata.
Ingat jangan bagi roh ramadhan hari tu hilang macam tu saja..keep on baca quran..kalau bulan puasa boleh bc 2 atau 3 juzuk sehari bulan yg seterusnya ni at least 1 juzuk pun dah kira okey..
Memandangkan dah masuk bulan 9, ramai adik2 kita yg sudah mendaftar masuk ke universiti tak kira la dalam mahupun luar negara. Matlamatnya tetap sama iaitu menuntut ilmu. Tak kira kat mana pun sama aje yg penting syariat yg Allah dah tetapkan sentiasa kita dahulukan.
Buat adik2 ahlan wasahlan ilal jami'ah..(selamat datang ke universiti...)
Belajaq rajin2 na.. Besaq harapan mak dengan pak nak tengok hangpa berjaya. Dah masuk u ni cabarannya lagi besar. Pandai2 bawa diri. Jangan mudah terpengaruh dengan org lain. Be yourself is more than enough.
Wahai adikku,
Pertama kali melangkah ke medan universiti,
Pelbagai rasa datang menerjah pintu hati,
Yakinlah kerana kita punya Ilahi,
Yang sentiasa di sisi untuk menemani.
Wahai adikku,
Harapan ibu ayah dibawa bersama,
Sebagai permulaan langkah yg pertama,
Jangan alpa dan leka,
Kelak kau akan menyesal dan merana.
Wahai adikku,
Di menara gading banyak cabarannya,
Bekalkan diri dengan iman dan taqwa,
Moga kau dapat tempuhi dengan mudahnya,
Menjadikan dirimu lebih bijaksana.
Untuk semua pelajar baru dan lama, perbaharui niat setiap sem. Moga Allah permudahkan segala urusan kita sepanjang mencari Ilmu.. moga keluar kita dari medan perjuangan itu nanti dapat berbakti pada umat, agama dan negara..

Thursday, 9 August 2012
Jom race, der!
Assalamualaikum semua..
Kaifa halukum jami'an? Harapnya semua sihat luar dan dalam. Kita semua dah masuk ke fasa ketiga di bulan yg penuh barakah ni. Apa lagi, jom la tukar gear maximum untuk racing merebut malam Lailatul Qadar.
Untung kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Allah sangat sayangkan kita. Dia bagi kita nikmat yg x terhingga untuk merebut pahala yg berlipat kali ganda.
Dalam surah Al-Qadr ayat 2, Allah berfirman maksudnya:
“Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Dengan kata lain, siapa yang beramal dan melakukan kebaikan pada
malam itu, dia seolah-olah telah melakukannya selama 1000 bulan. Mudahnya Allah nak bagi pahala.
Umat akhir zaman ni umur setakat 60-70 je. Mana sempat nak cari pahala sampai 1000 bulan. Nah, Allah dah bagi jalan! Ambil la jangan sombong sangat. Umat terdahulu boleh hidup sampai beratus-ratus tahun. Depa boleh buat banyak amal untuk mencari pahala lebih. Kita bila dah umur 70-an tu belum tentu sihat lagi. Nak beramal pun macam x de feeling je. Kalau nyanyuk lagi parah. Dah x ingat sangat apa bacaan2 yg selalu kita amalkan.
Hidup kita hanya sekali. So, jom kita enjoy mengikut skema dari Allah.
من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
“Barangsiapa yang membangunkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
Insya Allah kita akan dapat keampunan tu sebab Allah x pernah memungkiri janji-Nya. Kita yg manusia ni je selalu mungkir janji dengan Allah. Dah taubat lepas tu buat jahat balik...Moga lepas ni kita tetapkan hati utk terus istiqamah berbuat kebaikan.
Isi la malam-malam terakhir ni dengan zikir, baca Al-Quran, qiyamullail. Biar hati kita menggebu dengan rasa cinta pada Ilahi.
Jangan pula dah hujung2 ramadhan ni pi bantai tiduq dari sahur sampai ke petang. Memang sia-sia la der puasa kau! Suka-suki je tinggalkan solat. Kita ni orang Islam. Tak malu ke tinggalkan suruhan Dia. Bila tengah susah reti pula nak berdoa pada Dia. Minta itu minta ini. Sujud pada Dia sekali pun tak. Harap puasa dengan menahan lapar dan dahaga je.
Sebelum ana
akhiri kalam ni, pesanan ini ditujukan
khas utk diri sendiri yg sering alpa
dan leka..
Moga keluar dari madrasah Ramadhan ni, hati ini akan terus melakukan amalan2 lazim yg dah dilakukan sepanjang sebulan (baca al-Quran, qiyam, menjaga diri dari segala aspek). Jangan hanya di bulan puasa je baru kita nak buka Al-Quran. Dah setahun tinggal sampai berhabuk baru nak baca balik..No..no..no..silap besar ni.
Jom perbaiki diri dari hari ke hari demi menggapai redha Ilahi..
Isi la malam-malam terakhir ni dengan zikir, baca Al-Quran, qiyamullail. Biar hati kita menggebu dengan rasa cinta pada Ilahi.
Jangan pula dah hujung2 ramadhan ni pi bantai tiduq dari sahur sampai ke petang. Memang sia-sia la der puasa kau! Suka-suki je tinggalkan solat. Kita ni orang Islam. Tak malu ke tinggalkan suruhan Dia. Bila tengah susah reti pula nak berdoa pada Dia. Minta itu minta ini. Sujud pada Dia sekali pun tak. Harap puasa dengan menahan lapar dan dahaga je.
Rugi
gila bagi sesiapa yg x nak rebut
pahala di bulan Ramadhan kareem..
Moga keluar dari madrasah Ramadhan ni, hati ini akan terus melakukan amalan2 lazim yg dah dilakukan sepanjang sebulan (baca al-Quran, qiyam, menjaga diri dari segala aspek). Jangan hanya di bulan puasa je baru kita nak buka Al-Quran. Dah setahun tinggal sampai berhabuk baru nak baca balik..No..no..no..silap besar ni.
Jom perbaiki diri dari hari ke hari demi menggapai redha Ilahi..
Subscribe to:
Posts (Atom)