Tuesday, 5 June 2012

Amboi busy nya dia...

Assalamualaikum semua..pa habaq???
Lama x jumpa. Maaf sangat2 ana sibuk buat persiapan nak kahwin ni...

Kahwin dengan sape?
Kahwin dengan final exam minggu depan... So persiapan utk menghadapi hari penting tu kita kena la struggle sikit..


Kama 'arafna (seperti mana yg kita tahu), sekarang memang musim peperiksaan bg semua pelajar IPT x kira la yg dlm mahu pun oversea hatta over the sea pun mereka semua sedang mempersiapkan diri utk berjuang. Belajar juga salah satu jihad yg Allah akan bg ganjaran kelak.

   Perbetulkan NIAT yg kita belajar bukan sebab nak lulus exam or sebab2 lain yg sewaktu dengannya tp hanya kerana ALLAH. (ingatan utk diri sendiri sebenarnya)

 Exam, exam juga tp tanggungjawab yg lain jangan diabaikan... Especially SOLAT... Ibadah tu yg paling penting dalam menghubungkan hamba dgn Pencipta.. 
Charge balik tenaga kita yg dah banyak keluar ketika menelaah dengan air wudhu'
Confirm segar balik lepas tu..

 Hubungan dgn mak ayah kena jaga juga...kwn2, lecturer n semua la yg berkaitan dgn hidup kita... 

 Doakan juga kejayaan sahabat2 yg lain.. Jgn doa utk diri sendiri je.. Apa barang berjaya sorang2 kalau kengkawan kita yg lain duk bermuram durja... 


 Last but not least, usaha sehabis baik. 
Lepas tu tawakal dan teruskan berdoa. Allah tu kan Maha Mendengar. Dia mesti makbulkan doa hambaNya. Cuma lambat atau cepat je proses tu...

Moga kata2 ni dapat memberi sumber kekuatan sikit...




Wednesday, 11 April 2012

Novel Pertama

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah syukur di atas nikmat-Mu yg x terhitung.. Akhirnya novel pertama ana telah pun siap..

Insya Allah kalian semua boleh dapatkan di pesta buku  hujung  bulan April ni..
Selamat membaca..
Segala kkritikan boleh la dihantar melalui blog ini mahupun facebook ana..

Memandangkan ini karya pertama ana, jadi banyak la kekurangan yg ada. So, kritikan membina dari kalian amat diharapkan..

Terimalah...



Wallahua'alam..

Sunday, 1 April 2012

Kalau terluka macam mana?


Bismillah pembuka kalam...
Tajuk kali ini untuk memberi kesedaran ataupun sedikit nasihat kepada orang yang kita paling sayang.. 

Siapakah mereka?



Mereka adalah saudara perempuan kita.

Kenapa nak beri nasihat pada diorang ni? Apa salah yang depa dah buat?

Tahukan anda terdapat 4 golongan yang bakal ditarik ke neraka jika kita tidak ambil kisah pun apa yg diorg buat jika ianya bertentangan dengan suruhan ALLAH???

Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

(Diedit dari http://www.hanan.com.my)

Masalahnya sekarang macam mana kita nak tegur diorg ni. Maklumlah depa ni org yg dekat dengan kita, org yg paling kita sayang pula tu.

Rasulullah kan dah ajar kita kalau nak bagi nasihat:
- jangan malukan dia depan khalayak ramai
-tegur kesalahannya dengan lemah lembut

Situasi utk si ayah:

Ayah : Siti sayang kat ayah dak?
Siti    : Mestilah Siti sayang ayah. Kelakar la ayah ni...
Ayah : Dulu zaman sekolah elok ja ayah tengok Siti pakai tudung. La ni awat keluaq x pakai 
           dah?
Siti    : Tu zaman sekolah ayah. La ni Siti dah tak terikat dengan peraturan sekolah lagi.
Ayah : Tapi tutup aurat tu kan peraturan Allah sejak azali lagi.
Siti    : .*#@...
Ayah : Ayah faham remaja sekarang suka berfesyen, tapi Islam sendiri ada cara untuk 
           berfesyen dalam keadaan yg lebih terjaga.
Siti    : (masih terdiam)
Ayah : Kalau betul Siti sayang ayah, lepas ni bila keluaq pakai la tudung. Tapi jangan 
           berbonggol2 unta tu ada atas kepala. Baju biaq longgaq na. Ayah dah cuba 
           jadi ayah terbaik untuk Siti. Ilmu agama ayah dah bagi sejak kecik lagi. Siti 
           jangan lupa na semua tu. Jangan tarik ayah ke neraka bila akhirat kelak.
Siti    : (Sambil teresak) Baik ayah.Siti akan berubah lepas ni...

Situasi utk si suami

Suami : Syg...syg syg abang x?
Isteri   : (Berkerut dahi) Mesti la Sayang syg abang.
Suami : Sebelum tu, abang nak minta maaf jika selama ni abang tersalah mendidik
            Sayang.
Isteri   : Kenapa dengan abang ni?
Suami : Kalau dulu sebelum kahwin abang tak ada hak nak tegur sayang tapi 
            sekarang abang ketua keluarga dan abang rasa abang patut buat sesuatu
            demi kebahagiaan kita dunia akhirat.
Isteri   : Apa yg abang cuba nak bagi tahu ni?
Suami : Abang lebih suka tengok sayang bertudung dari terdedah sana terdedah sini.
            Faham kan maksud abang?
Isteri   : Abang x bangga ke ada isteri secantik Sayang ni?
Suami : Kecantikan itu x kekal lama sayang. Cukuplah kecantikan itu disimpan utk
            abang suami sayang ni. x perlu nak tunjuk pada orang lain. Nanti abang jeles tau.
Isteri   : x kan sebab jeles je bang...
Suami : Sebab abang nak bawa sayang menuju ke syurga tanpa ada sebarang 
            sekatan yg datang dari api neraka... Sayang amanah abang dari Allah. Abang
            juga pemegang amanah dari ayah sayang utk terus mendidik sayang dengan 
            acuan dan arahan dari Allah...
Isteri   : (begitu tersentuh) maafkan Sayang kerana x taat perintah abang sebelum ni.
            Abang tegur la sayang jika sayang tersilap langkah. Sayang ni kan 
            kaum yg lemah. (Tunduk mengucup tangan suami)


Situasi utk si abang atau adiknya

Along  : Angah nak pi mana tu?
Angah : Nak keluar sat Along.
Along  : Ce tengok kat diri angah ada yg kurang dak?
Angah : (Muka blur) apa yg kurangnya Along...
Along  : Angah dah baligh kan....kat sekolah pun dah belajaq pasal ni. Along

             kena habaq mai lg sekali ka?
Angah : Apa kaitan dgn apa yg Along habaq. Angah x faham.
Along  : Along sayang kat Angah sangat. Angah tengok zaman sekarang, 

             remaja perempuan kebanyakannya dah rosak. Along x nak Angah 
             jadi lagu tu...
Angah : Habis tu Along nak Angah jd lagu mana?
Along  : Angah tau dak awat ramai pompuan kat luaq sana dah rosak?
Angah : x tau..
Along  : Depa jadi lagu tu sebab pak depa,suami depa, abang depa

             dgn anak depa x peduli apa yg depa nak buat kat luaq rumah. Along
             x nak abaikan tggjawab Along kat Angah. Lepas pak dah tak dak,
             tggjwb pak jatuh atas bahu Along. Jadi, Along nak Angah jaga diri elok2 na.
Angah : Awat la Along cakap berbelit sangat ni. Habaq tenguih ja kan senang.
             Cheq x paham.
Along  : Meh sini Along bg analogi skit. Kalau diberi pilihan antara gula2
            yg terbuka dgn yg masih ada plastik mana 1 Angah nak pilih?
Angah : Mesti la yg masih berplastik tu.
Along  : Awat?
Angah : Sebab masih elok la. Kalau dah terbuka mesti dah x elok.
Along  : Ha lagu tu juga kami kaum Adam ni pandang kat hang pa. Kalau tutup
            aurat tu lagi baik dari yg terbuka. Sekarang dah faham maksud Along?
Angah : Faham. Baik Along. Terima kasih kerana sedarkan Angah. Angah x 
             nak tarik Along pi neraka. Kesian kat Along...

Situasi utk si anak lelaki

Aiman : Ibu...
Ibu      : Ada apa Man?
Aiman : Man ada hadiah nak bagi kat ibu. Man harap ibu suka dengan
             hadiah yg x seberapa ni.
Ibu      : Kenapa tetiba bagi ibu hadiah ni. Besday ibu lambat lagi.
Aiman : Kalau kita nak bagi hadiah x payah tggu besday la ibu. Bila2 
             masa je blh bagi.

Ibunya pun membuka balutan hadiah dari anaknya lalu terdiam.

Aiman :Kenapa ibu diam? Ibu x suka hadiah dari Man?

Ibu Aiman hanya memandang sayu tudung pemberian anak lelakinya. 
Selama ini dia x pernah bertudung tetapi tetap berkeras untuk menghantar 
Aiman ke sekolah agama. Sekarang anaknya pula yg nak membetulkan kesalahannya.

Aiman semakin resah bila ibunya diam membisu.

Aiman : Maafkan Man ibu. Man x berniat utk lukakan hati ibu. From 
            bottom of my heart, Man sangat suka kalau ibu pakai tudung. Nampak
            manis dan tenang je.
Ibu      : Kenapa Man cakap macam tu?
Aiman : Maafkan Man sekali lagi ibu kerana ini perintah Allah yg patut Man
            jalankan. Sebagai anak lelaki ibu, Man patut jaga ibu dengan sebaiknya 
            sebab Islam sendiri dah angkat tinggi martabat kaum perempuan dengan
            menyuruh mereka menutup aurat. Sebab Allah tau apa yg terbaik 
            utk hambaNya.
Ibu      : Malu ibu anak ibu pula yg tegur silap ibu. Maafkan ibu sebab
             x tunjukkan contoh yg baik pd kamu.
Aiman : Mana ada manusia yg sempurna ibu. Ibu kembali kepada fitrah asal ye.
Ibu      : Baik la Man.

Ini antara jalan yg penuh hikmah untuk menegur perempuan2 yg kita sayang. Cuba la lepas ni untuk bawa mereka menuju jalan ke syurga jika benar kita sayang mereka...

Wallahua'alam...

Monday, 12 March 2012

Ya syabbab!!!

Bismillahir rahmanir rahim...

Hari ni ana nak kongsi 1 video dr anak2 muda yg sedang menanti result spm. Ana bangga dan gembira kerana masih ada lagi golongan seperti mereka yg cuba utk menyampaikan dakwah dgn cara yg begitu kreatif dan santai.

Khas untuk para pemuda...
Jom muhasabah diri balik...
Kita dah cukup ke buat semua amalan2 yg dinyatakan dlm video ni?


credited to Mr The All Shared for the nice & impressive video


1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!


TEPUK DADA TANYA IMAN KITA...

Persiapkan diri dgn ilmu kerana kita yg bakal memimpin keluarga kita kelak...

Wallahua'alam...

Tuesday, 28 February 2012

Tanggungjawab kau ke aku ke kita?

Bismillahirrahmanir rahim...

Wah, dah berhabuk gamaknya blog ni ek. Lama dh x jenguk..x jenguk ke rasanya jenguk je tapi x berkesempatan nak meng'update' je sebenarnya.



Sem baru pun dah mula. So, insya Allah semangat mestilah diperbaharui.
Apa yg penting? Bukan kerjasama jawabnya.
Tapi niat kita belajar mestilah kena betul. Moga ilmu yg ana dpt kat sini dapat dikongsi dengan kalian di luar sana.

Hari tu ana blajar Dakwah. Subjek ni dlm bhsa arab. Mula2 rasa

 "ha dlm ba!". blh ke nk faham ni. "
Tapi alhamdulillah ustaz gunakan 2 bhsa iaitu bhsa inggeris & bhsa arab utk memudahkan kami memahaminya.

Rupa2nya subjek ni sgt menarik.

Nak tau kenapa?
Sebab kita ni la bakal meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yg terhenti sampai akhir hayat baginda dulu.

Kita ni kan ibarat produk keluaran islam jadi kena la tunjukkan akhlak yg baik. Zaman Rasulullah dulu pun org kafir ramai yg msuk islam sebab jatuh hati dgn akhlak baginda yg sgt cantik, tertarik mmg debom la kan.
Apa salahnya kita pun berbuat baik dgn org bukan islam.


ادْعُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ٰ سَبِيلِ رَبِّÙƒَ بِالْØ­ِÙƒْÙ…َØ©ِ ÙˆَالْÙ…َÙˆْعِظَØ©ِ الْØ­َسَÙ†َØ©ِ ۖ ÙˆَجَادِÙ„ْÙ‡ُÙ…ْ بِالَّتِÙŠ Ù‡ِÙŠَ Ø£َØ­ْسَÙ†ُ ۚ Ø¥ِÙ†َّ رَبَّÙƒَ Ù‡ُÙˆَ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ بِÙ…َÙ†ْ ضَÙ„َّ عَÙ†ْ سَبِيلِÙ‡ِ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ بِالْÙ…ُÙ‡ْتَدِينَ 
 (Surah An-Nahl,125)

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Mana la tau kan depa pun terbuka hati nak peluk islam bila tgk akhlak kita yg baik
Jgn pula kita jauhkan diri dari diorg
Mentang2 la depa ni kafir trus x nk pandang dh
Kalau boleh nk kwn dgn org islam je
x blh la mcm tu
nnti diorg x dpt gambaran yg jelas pasal agama kita
tu yg kluar islam ni terrorism la itu la ini la
padahal agama kita dh ckup baik da
cara nak perkenalkan je x brapa betul sikit

Nak tau x kenapa Allah ciptakan kita semua ni lain-lain agama?
Kalau ikutkan Allah boleh je jadikan semua makhluk yg ada kat muka bumi ni jadi Islam
Cuba korang fikir kenapa ada orang cina, india, kristian semua tu
Sebab Allah nak tolong org Islam dpt pahala lebih dgn menyebarkan dakwah kpd mereka


Jadi persoalannya sekarang, tanggungjawab siapa pula ni yg nak sebarkan dakwah?

Ustaz dgn para ulama la yg layak...
mungkin itu jawapan korang
tet...jawapan anda salah sila cuba lagi..

Dlm surah Ali Imran,104 Allah dah kata:



Maksudnya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Ha...dh jelas kan.Kena ada juga sebahagian daripada kita yg bljar agama utk meneruskan misi ni. Jadi sebarkan dakwah tu dah jadi tanggungjawab kita. Jangan fikir org tua alim ulama je kena tau bnda ni org muda lagi pnting dan diperlukan to spread the deen around the world.

Rasulullah pernah bersabda:
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Nak sebarkan dakwah ni kena ada ilmu. Ustaz ckp klau x de ilmu nnti jd fahaman sesat lg payah jadinya.
 Anak2 muda kat luar sana
Jgn tau dok merempit je dgn 'sweet' girl tu 'sweet' girl ni 
x ada faedah langsung
itu la yg korg suka buat kan
tp para pembaca blog ni insya Allah semua baik2 belaka

lepas ni ubah perspektif okey
drpd melepak kat tepi jln tu baik lepak kat masjid
at least dpt belajar ilmu agama

 Jadi, jom kita tolong Allah sebarkan agama-Nya
Insya Allah pasti akan tolong kita balik
Percaya lah...


Akhir kalam, mari kita sama2 menjadi hamba yg sentiasa perbaiki diri dari hari ke hari...

Wallahua'alam.
 

Friday, 10 February 2012

Syafaat Baginda yg kt terlepas pandang....

Assalamualaikum wbt...

Kt masih lg dlm mood maulidur rasul kan...
So apa kata ambil masa skit selawat ke ats baginda SAW

Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim
Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim
Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim



 Meh, nk share smthing dgn hangpa...

Ari tu ana ada dgr tazkirah kat tv..
Ustaz ni ada bgtau ssuatu yg kt dh tau tp mgkin kt tlpas pndang kot.
Ana pun mcm tu gak..
xpe lpas ni kt sama2 cba ikut snnah  baginda kay..

tau x lpas azan kt dgalakkan mbca slawat ke atas baginda..
jgn trus bc doa lpas azan
dpt gmbarkan x?
x dpt..x pa ana trangkan bg jlas skit na..

smbil2 kt jwb azan tu
katakanlah azan dh smpai ke phujungnya..
allahu akbar allahu akbar
lailahaillallah...

trus bc allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..
then. baru baca doa lpas azan.
ingt x doa tu?
 ini doanya bg sesiapa yg lupa mahupun x tau






Maksudnya:"Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

 Jd lpas ni cuba amalkan ye...moga Rasulullah akan mbri syafaat kpd kita umat akhir zaman ni...

Wednesday, 25 January 2012

Perginya pemuda idaman islam...

Bismillahirrahmanir rahim...

Terasa berat jari ni utk menaip post kali ini. Tp saya gagahkan jua utk bkgsi ssuatu yg bmkna utk kalian. Moga dpt ambil iktibar.

Tanggal 23 jan yg lalu stelah mndpt brita drpd Pak Ngah, saya tsntap.Bgaikan x pcaya yg Along dh x de. Slepas Asar saya skluarga bgegas mnuju ke Hospital Serdang utk mlihat jnazah. Stelah post-mortem dlakukan, pihak hspital mbnarkan kluarga tdekat utk mlihat wjah arwah.

Along...
wajah Along tenang je walaupun ada lebam skit kat pipi.Lpas tu, jnazah Along dmndikan. Along tau x rmai sgt kwn2 Along yg mnunggu dr ptg smpai la Along siap utk dbwa plg ke kampung slepas Isyak.



Bila smpai kat dpan masjid dkat dgn rmh Along, ramai sgt org kampung dh stia mnnti jnazah Along utk dsmbahyangkan. Smua org kampung x sabar nk solatkan jenazah ank muda yg hatinya sntiasa dekat dgn msjid mcm Along.
Solat 5 waktu Along smua kat msjid smpai nama Along pun dknali ramai. Along sgt mjga hbgan dgn Allah apatah lg hbgn dgn mnusia..Along jg sllu bgun mlm utk bmnajat pd Kekasih yg Satu krana Along rasa wktu siang sbuk dgn urusan dnia sbb tu Along pilih di spertiga mlm utk btmu Allah. Tp kini Along sdh slmat kmbali ke sisiNya..

Btol la pepatah dulu ada mngatakan "harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama". Rmai org mnyebut yg Along ni org nya baik. Aie x nafikan Along memang ank yg baik, abg yg baik, pkerja yg baik lg AMANAH, shbt yg baik. Sbb tu ramai yg snang dgn prangai Along.

Lpas Along dsmbhyangkan, jnazah Along dbwa ke rmah sbb adik2 prempuan Along nk tgk wjah Along buat kali terakhir. Nenek pun nk tgk jg wajah Along.Adik2 Along dh teresak2, ada smpai nk pitam.Ibu Along cba kuatkan diri utk ank2 prmpuan dia.

Saudara mara dan shbat handai gagahkan diri utk mgucup Along sblm dkbumikan. Darah di telinga Along x bhnti2 mngalir persis org yg mati syahid yg darahnya sntiasa mengalir.

Stelah jnazah Along dtutup, Iji x dpt menahan sebak. Dia trus peluk adik2 & kakak dia. Tggjwab Along kini tlah jtuh ats bahu dia. Dia yg bakal mlndungi kluarga ni. Dia jg akn mgganti posisi Along sbg hrpan kluarga.
Ayh Along redha walaupun berat utk mnrima kenyataan yg Along dh pergi buat slama2nya.

Along tau x spjg nk mnguruskan pngbumian Along, smuanya bjln lancar. Traffic light smua hijau. Kereta pun x bnyk.Org kata kalau org baik mmg mudah je nk uruskan.

Along...
Jdoh Along x ksampaian d dnia, tp Aie yakin yg Allah dh siapkan bdadari syurga utk menymbut kpulangan Along yakni pmuda idaman Islam yg drindui oleh bdadari2 syurgawi slama ni.

Along...
Aie sntiasa doakan moga Allah tmpatkan Along dlm kalangan mreka yg briman dan beramal soleh. Sekarang ni Allah nk ambil nyawa org2 yg baik je. Nnti smpai suatu ktika tggal la org yg jahil kat dnia ni. Waktu tu x tau la apa yg jd.

Perginya Along mbri impak yg sgt bsar dlm hdup Aie.x dpt dnafikan Aie trut rasa tmpias ksdihan kluarga Along. Kesedihan itu ftrah jwa x mngapa utk mnangis seketika sbg 1 smber kkuatan d masa hdpan.

Yg dh pergi ttap prgi.Kt yg hdup prlu truskan pjuangan agama yg blum slesai. Along telah pergi, pergi bsama doaku. Along tggu d sana, pasti Aie akan menyusul nnti.

Buat spupuku Iji...
Tbah & kuatlah utk menggalas amanah Along.Bjuanglah agar Along tsenyum gmbira di Barzakh sana. Sedekahkanlah al-Fatihah dan al-Mulk biar sungai pahala trus mngalir utk arwah selamanya.

Ingatlah Iji,
Dulu kamu berdua btmu utk bpisah. Kini kamu berdua bpisah utk btemu.
Ikutlah jejak langkah Alongmu yg x jmu mperbaiki kualiti ibadah sbg hmba.
Beribadahlah shgga kau rasa letih utk mrasa sedih
Andai ksdihan dtg btamu, bwudhuklah dan tataplah kitab suci itu serta dirikanlah solat.
Solat itu 1 kerehatan.
Rasulullah sdri bila sdih, diluahkan apa yg tbuku d hati pd Ilahi.

Mati itu PASTI hdup INSYA ALLAH...
Maut itu x mngenal usia..
xcdent hnya pnyebab shja kpd kmatian..
Hakikatnya nama Along yg trukir d daun syurga tlah gugur smlm utk diambil nyawa dan kmbali kpd Sang Pencipta.
Along jg smpat bpesan 3 hari sblm arwah mninggal utk wanita khususnya  TUTUPLAH AURAT KALIAN... Insya Allah Along adik2 prmpuan Along smua btudung dgn 'TUDUNG YG SEBENAR2NYA'. Mereka x akan mnarik Along ke dlm neraka.

Along..
Moga kau tenang di sana..

Al-Fatihah buat Muhammad Basir Hair...