Saturday 30 March 2013

Malam Palestin Kami Bersamamu...

Bismillahir  rahmanir rahim..

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat umur yg masih panjang untuk meneruskan perjuangan baginda SAW...

Baru2 ini ana ada pergi satu talk yg sangat memberi impak maksima pd diri yg slalu sgt merungut akan nikmat Allah..perkongsian yg sgt menarik drpd Kak Farrah Adeeba dan Kak Salima yg telah pun menjejakkan kaki ke bumi tumpahnya darah para syuhada pd Disember 2012 yg lalu.



Satu kisah yg sangat menarik hati ana adalah saat rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Gaza,  mereka  disambut dgn penuh mesra.  Kata salah seorang rakyat Palestin "Selamat kembali ke tanah  kamu.  Ini tanah kamu bukan tanah kami. Kami hanya menjaganya saja.".

Allahu akbar! Sampai begitu sekali anggapan mereka sedangkan kita di Malaysia ini x pernah terfikir sebegitu rupa tentang  bumi Palestin. Walaupun hidup mereka penuh penderitaan dgn hilang kaki, hilang tangan, hilang penglihatan, hilang ahli keluarga, namun senyuman yg ikhlas sentiasa mekar meniti di bibir mereka saat menyambut kedatangan rakyat Malaysia.

Layanan mereka  terhadap  rakyat Malaysia sangat istimewa. Betapa sayangnya mereka kat kita sebab depa kata bantuan pertama yg sampai di Gaza adalah dari Malaysia.  Tanpa bantuan itu kami sendiri x dapat melawan Israel laknatullah..

Subhanallah... bantuan kita x seberapa pun sebenarnya kalau nak dibandingkan dgn apa yg mereka tanggung.

Wallahi ana sgt sebak mendengar perkongsian drpd dua artis yg sudi hadir  menceritakan apa yg berlaku di bumi Palestin baru2 ini.

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)”
(Bukhari)

Rupa2nya ada hikmah besar kenapa nabi kita suruh pi sana..bukan saja untuk membantu tapi mengambil iktibar yg sgt besar dr kejadian yg telah berlaku kerana itu memang TANAH KITA!

Moga kita diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana..insya-Allah..

Wahai saudara2 di Gaza bersabarlah kerana ganjaran Allah sedang menanti kalian di Syurga nanti.. Bumi Palestin akan aman x lama lagi. Insya-Allah.. Takbir.. Allahu akbar! Takbir... Allahu akbar! Takbir.. Allahu akbar!