Tuesday 5 February 2013

Konvensyen Pendakwah Muda IPT Asean 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ana bercerita lebih panjang, ana ingin mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program yang sangat baik dengan kerjasama daripada pihak JAKIM.

Alhamdulillah program ni telah dihadiri oleh lebih drpd 1000 mahasiswa daripasa seluruh IPT di Malaysia termasuk  la dari  Brunei dan Indonesia.

Banyak input yang ana dapat bermula program dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Prof Dato' Dr. Sidek Baba yg merupakan pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau sgt berpengalaman dalam dunia dakwah ini. Katanya, "dakwah itu kerja kita hidayah kerja Allah".

Ana sokong. Kita sbg manusia hanya mampu membawa org dekat dgn pintu hidayah selebihnya serahkan kepada Allah utk memberikan kpd mereka atau pun tidak.  Seorang pendakwah juga tidak boleh mengkafirkan org sesuka hati.

"Kau tak pakai tudung confirm masuk neraka punya."
"Kenapa tak solat? Berani tempah tiket neraka awal2 kau ni.."
"Hisy, teruknya kau ni tak puasa. Nak jadi org kafir ke?"

Siapa kita nak tentukan org ni masuk syurga ke neraka? Kita bukannya Tuhan. Org yg bertudung mahupun solat pun belum tentu dijamin syurga la.

Tapi tu la kebanyakan org yg tau agama tu buat. Sesedap rasa je nak menghukum org. Patutnya bagi peluang dan tunjukkan jalan yg betul kerana mereka mungkin tak tahu

Kata Ustaz Zaidi dakwah tu hukumnya FARDHU AIN. So setiap individu sudah pun menggalas tanggungjawab sbg pendakwah secara automatiknya.Nak jadi pendakwah tu bukannya mudah. Kita kena mempersiapkan diri kita dengan ilmu yg secukupnya beserta kemahiran-kemahiran tertentu.

Kemudian Prof Dr. Abu Hassan pula menasihatkan kami anak muda supaya menggunakan teknologi yg ada sekarang sebaiknya utk menyampaikan dakwah.  Siapa yg tau melukis silakan melukis kartun atau apa2 pun untuk menyampaikan mesej Islam. Siapa yg tau menulis, sebarkan apa yg anda tau melalui penulisan. Pastikan mesej yg disampaikan dpt diterima oleh masyarakat.

Slot seterusnya diteruskan oleh IM Hafiz sebagar moderator bicara selebriti menampilkan Sham Kamikaze dan Ana Rafali. Tahniah kepada Imam Muda Hafiz yg berjaya membawakan slot ini secara santai dan sangat sempoi sekali. Kami sgt terhibur.

Selepas Zohor, kami dihidangkan pula perkembangan dakwah di Singapura dan Indonesia. Ana sangat kagum dgn usaha mereka yg sgt komited. Moga Malaysia juga mampu utk membuat program-program sedemikian rupa utk anak muda Melayu kita yg kian layu sekarang dgn anasir2 luar.

Majlis penutup pada belah petang tidak kurang juga hebatnya. Ana kira program ini sgt berjaya. Sebelum berakhir, kami diberi poster Mahasiswa Anti Valentine's Day. 


Ini salah satu usaha utk mencegah ank Melayu kita yg beragama Islam yg pastinya utk tidak terlibat dgn sambutan org kafir ni. Zina itu perlu dicegah bukan dihampiri. Tak perlu nak sambut sgt la hari kekasih ni. Tak ada manfaat pun mendatangkan bala lagi ada.  Hari Kekasih Allah (Rasulullah SAW) itu patut lebih diingati. Ini la poster yg kami dpt tu...



Pada malamnya pula, rakaman Forum Perdana untuk tv1 membariskan tiga org panel iaitu IM Hizbur, Ustaz Akmal dan Saudara Razif Fuad yg merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  dan Saudara Mohd Hariri yg juga mantan MPP USIM sebagai moderator.



Apa yg ana dpt simpulkan dari forum 'Darah Muda' itu di usia muda memang anak muda berani utk cuba mcm2 perkara tapi lebih baik dipandu ke arah kebaikan. Itu lebih bermanfaat.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yg penting dlm mengawal anak2 supaya tidak terlibat dgn gejala sosial seperti merempit, merokok mahupun mengambil dadah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  Segala-galanya perlu diperhatikan dan mencari alternatif terbaik utk mengawal ank2 tanpa mereka rasa sedang dikongkong.

Rakaman Forum Perdana seterusnya bertajuk 'Muda Hanya Sekali'. Bak kata Ustaz Zamri waktu muda kita 2 kali sebenarnya. Pertama di dunia dan kedua di syurga. Insya Allah moga kita semua dpt merasai yg kedua punya di sana kelak.

Akhir kalam, ayuh bangkit wahai pemuda Islam semua. Jom kita sambung perjuangan baginda SAW dlm menyampaikan dakwah...