Monday 12 March 2012

Ya syabbab!!!

Bismillahir rahmanir rahim...

Hari ni ana nak kongsi 1 video dr anak2 muda yg sedang menanti result spm. Ana bangga dan gembira kerana masih ada lagi golongan seperti mereka yg cuba utk menyampaikan dakwah dgn cara yg begitu kreatif dan santai.

Khas untuk para pemuda...
Jom muhasabah diri balik...
Kita dah cukup ke buat semua amalan2 yg dinyatakan dlm video ni?


credited to Mr The All Shared for the nice & impressive video


1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!


TEPUK DADA TANYA IMAN KITA...

Persiapkan diri dgn ilmu kerana kita yg bakal memimpin keluarga kita kelak...

Wallahua'alam...